Buat ibu-ibu yang nak mencuba resipi baru, mungkin Nasi Ayam Mandy ini sesuai untuk dicuba. Resipi yang dikongsikan oleh Nurfaryana Nazari simple je tapi membuka selera.
Bagi penggemar makanan dari Timur Tengah, Nasi ayam mandy yang berasal dari Yaman adalah salah satu hidangan nasi arab yang digabungkan nasi dan ayam dengan pelbagai rempah ratus dari Arab. Nak cuba sendiri di rumah? Jom tengok resipi ini!
RESEPI by FARYANA:
Rebus ayam 1/2 ekor 30minit bersama
* 1kiub pati ayam
* 1/2 sudu jntn manis, 1/2 sudu ketumbar, 1/2 sudu lada hitam biji
* 1 bawang besar potong 4, 1 cili hijau/merah potong 2, 1bji tomato potong 4
*sesudu garam
Ads
NASI
beras basmathi 3cwn rendam 30minit
*tumis planta sesudu besar, daun kari(optional), 1/2sudu jintan manis, 1/2sudu ketumbar biji, 1 kulit kayu manis, masukkan beras yg direndam, gaul 1minit, transfer masuk dlm periuk nasi..
*letak sup ayam ikut paras masak nasi yg sesuai, letak tulang2 ayam (kaki n leher), masuk skali bhn2 dlm sup tu, tomato bwg, lada n lain2.. tabur daun sup/ketumbar, masak mcm biasa nasi.. baki sup tu nnt jadikan sup utk mkn dgn nasi..
* bila nasi dh masak, buka penutup titis pewarna merah n kuning sikit, gembur guna garfu.
Ads
ACAR
*potong dadu 4biji tomato, timun, hiris halus kobis n carrot..
*perah lemon, garam n gula.
Ads
SAMBAL
*blend 2biji tomato saiz sederhana, 2biji cili besar, 10bj cili padi, garam gula, n perahan air asam jawa/ lemon..
*hiris halus bawang besar n tomato, gaul dgn bhn blend.
AYAM
keluarkan ayam dalam sup td, lumur kunyit, kicap manis(perap kejap), lepas tu boleh bakar sekejap bg ada garing tu.. SIAP!! korang boleh la try.. comfirm mnjadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua menurunkan uric Asid yang mengakibatkan sakit GHOUT punca banyak makan seafood kerang ,udang,sotong tak boleh makan…semua jenis kacang, ikan pun tak boleh..memang kena pantang betul semasa mengamalkan petua ini…pantang lebih baik daripada tidak boleh makan selamanya.
Mesti cuba
Anda mesti cuba petua nie….insyaallah akan baik 80%_99% sebab saya dah berusaha sedaya upaya untuk orang kesayangan saya amalkan petua ini…sebab kaki beliau membengkak. Nak jalan pun sakit kadang tak
Mampu berjalan. setiap hari
Minum jus ini pagi dan malam jika sudah serius seperti itu…tanpa selang hari hanya dalam tempoh 2 bulan doktor pun terkejut sebab kaki sudah kembali normal dan sakit pun hilang.URIC ASID berada ditahap normal semula dan dah bebas makan segalanya cuma kekalkan pengambilan ubat doktor untuk maintainkan URIC ASID.
Mesti kena rajin buat jus tersebut.sebab agak renyah tapi hasinya lumayan.
Nak cepat lega mesti kena rajin berusaha. Amin…..
PETUA GHOUT
Anak saudara saya umur 23. Dah dapat ghout sebab makan segala mak nenek.kalau makanan seafood pantang jumpa.kalau SHUSHI KING asalkan jumpa sekali makan dia seorang habis RM50-60 ringgit.seminggu sekali mesti.
Pastu kaki dia bengkak.mula mula tu dia sangka kan bengkak tu akibat kasut ketat. mak dia beli lah kasut baru. Pergi klinik dr.bagi ubat surut bengkak .
Kemudian bengkak hilang.pastu selang 4-5 hari bengkak lagi.
Lama lama baru ketahuan kaki dia akan bengkak kalau pergi makan di SHUSHI KING atau makan seafood.
last sekali pi jumpa doktor pakar.bila doktor pakar dengar dia bercerita pasal kakinya , sekejap bengkak sekejap tidak terus doktor kata ‘ saya rasa GHOUT nie….’
Jadi bila dah buat blood test …keputusannya “GHOUT level tertinggi.
Doktor bagi ubat.selain makan ubat doktor saya bagi petua ni dan suruh mak dia buat tiap tiap hari.minum tiap tiap hari selama 3 bulan.
Lepas 3 bulan tu jumpa doktor..cerita kat doktor amalkan petua sekali…doktor kata ‘ bagus!! Boleh balik buat jual petua ni….paras uric asid dah turun …lega
Seterusnya buat appoinmest jumpa doktor 2 bulan kemudian..ujian darah menunjukkan ‘ ghout’ dah tiada dah…dah hilang
Alhamdulillah. Jadi 3 bulan + 2 bulan asid uric pun hilang.
tapi makan tetap berpantang pantang dan jangan makan banyak banyak. Berpada pada sebab ghout’ boleh mai balik bila uric asid kembali tinggi.
“Saya ingat masa mula mula nak suruh dia minum jus ni..dia kata ‘petua mengarut’
Cubalah buat jus kesemua bahan ini.tapis.minum airnya 2 kali sehari. GHOUT akan kurang dan hilang terus.kena amalkan.
Kaalu ghuot teruk Setiap hari minum pagi sekali dan malam sekali setiap hari selama 3 bulan berturut turut.
Lepas tu pergi cek dekat doktor.pasti doktor akan terkejut sebab ghout anda sudah kurang banyak atau pun dah hilang.tiada lagi. Lepas tu kaki pun dah tak bengkak lagi.
Lepas dah sembuh dan uruc asid kembali ke paras biasa jangan makan sampai lupa dunia.makan berpada pada….insyaallah sihat sentiasa.
Ini caranya
Sukatan setiap kali buat jus
Apple hijau 1 biji
Batang saderi 2 pelepah
Lemon 1/2 biji diperah airnya ( masukkan kedalam jusbila dh dekat nak minum)
Timun sederhana 1 biji
Air sedikit sahaja sekadar mesin boleh berjalan.masukkan sedikit sedikit sebab kita nak had kan air biasa supaya boleh dapat jus yang yg asli dan pekat.
Kisar semuanya dan tapis ambil jusnya dan minum kesemuanya sekali.
** TIDAK BOLEH DISIMPAN DIDALAM PETI AIS UNTUK MINUM KEESOKANNYA”
Sumber: ida shahida See less
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pepatah Arab ada mengatakan “Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang”. Hanya dengan kata-kata membuatkan wanita ini berdendam lebih 10 tahun.
Inilah yang ingin dikongsikan oleh wanita bernama Balqis Huda.
Pengalaman 10 tahun lepas telah membuatkan beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada pelajar lain.
Jom ikuti kisah guru ini supaya menjadi iktibar kepada guru dan orang sekeliling kita berbicara.
Moga mendapat manfaat dari apa yang ingin disampaikan.
Ini kisah tentang dendam aku yang sudah terbalas, yang telah aku simpan lebih 10 tahun lamanya.
Tadi masa dalam kelas (Darjah 2) tiba-tiba seorang student datang ke depan dan berbisik kat aku dengan muka runsing,
“Teacher, saya belum beli buku lagi tau. Mak saya kata kalau mak saya dah gaji baru mak saya belikan.”
“Okay takpe takpe, boleh je”, jawabku sambil tersenyum.
Lepas tu dia pun balik ke tempat duduk dengan muka happy and ceria.
Kenapa aku kata dendam? Sebab 13 atau 14 tahun yang lalu, aku pernah cakap benda yang sama persis macam apa yang student aku cakap kat aku tu.
Dulu hidup kami agak susah, tapi guru kelas aku yang juga guru penasihat Puteri Islam tak habis-habis paksa aku untuk beli buku log Puteri Islam yang berharga RM9. Korang jangan sembang ‘RM9 je’, orang punya susah jangan pernah kau buat main. Buku log, yang bagi aku, kalau guna buku biasa pun takde masalah.
Tapi cikgu ni, tidak. Dia memilih untuk tekan aku, despite knowing how hard our family was trying to survive life.
Aku masih ingat lagi ketika itu, hari itu, dan saat itu, dengan sangat jelas. Takkan pernah aku lupa.
Masa tu cikgu tengah tampal kertas di papan kenyataan. Sama seperti yang pelajar aku buat hari ni, aku pergi ke cikgu dan berbisik,
“Cikgu, boleh tak kalau saya tak beli dulu buku log tu? Mak saya kata kalau mak saya dah mampu baru mak saya beli. Mak saya belum mampu lagi.”
Dengan mencebik, cikgu tu cakap,
“RM9 pun tak mampu?”, sambil tangannya terus menampal. Sedikitpun tak memandang ke wajahku.
Sumpah hati aku koyak ketika itu. Bukti koyak? Aku masih ingat apa yang cikgu cakap sampai ke hari ini, suaranya, wajahnya, apa yang sedang dilakukannya. Semua sangat jelas.
Hari ni aku puas, sebab terasa dendam aku dah terbalas. Aku dah lama tak terima diperlakukan begitu oleh cikgu, tapi apalah sangat yang seorang anak kecil boleh lakukan.
Jadi, selama lebih 10 tahun aku simpan tekad, apa yang jadi kat aku, takkan jadi kat mana-mana budak lain. Dan hari ini aku puas, sebab aku dah berjaya selamatkan seorang anak, daripada rasa apa yang aku rasakan dulu. Aku puas, sebab apa yang aku nak orang buat kat aku dulu, aku berjaya buat kat anak murid aku sekarang. Sedikit “ok takpe” yang aku perlukan dari cikgu dulu, aku mampu berikan kat anak murid aku sekarang.
Walaupun hanya seorang yang aku mampu tolong hari ini, aku harap satu je; semoga tiada siapa orang dewasa yang menyentuh emosi anak ini, macam mana emosi aku disentuh dulu.
Kawan, tolong budak-budak bukan hanya dengan wang, bukan hanya dengan makanan, bukan hanya dengan mainan. Your words. Your words. Your words. Kata-kata kau juga beri kesan. Kata-kata kau yang kau boleh lupakan in few mins, budak-budak akan ingat sampai besar. Ambillah aku sebagai contoh paling dekat.
Anak-anak tak hanya ingat tentang lagu apa yang kau dendangkan, atau kisah apa yang kau ceritakan. Mereka akan ingat semua yang melukakan.
And kids, dont deserve to be hurt.
To many more little Balqis out there, I hope you’re doing fine. Dan aku akan terus membantu, walau dengan hanya kata-kata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar petai, tentunya bila terlihat adanya ‘butiran hijau’ dicampurkan di dalam masakan sambal mahu pun gulai pasti selera makan terus terbuka!
Ditambah pula apabila melihat saiz petai yang besar dan nampak segar, terasa ingin segera dicapai untuk disuakan ke mulut untuk dinikmati.
Apa yang pasti, kerangupan mengunyah petai dapat dirasakan begitu lazat dan menyelerakan. Hanya penggemarnya sahaja yang memahami akan nikmat itu. Hinggakan jika dimakan begitu sahaja bukanlah menjadi sesuatu yang janggal.
Bagi mereka semakin besar isi petai semakin sedap rasanya. Namun kalau kecil isi petai tersebut maka kurang umph dirasakan.
Tapi tahukah anda sebenarnya saiz isi petai boleh digandakan jika melakukan [su_highlight background=”#f6e67c” color=”#04030f”]kaedah merendam![/su_highlight] Cara ini telah dikongsikan bersama oleh Aiza Muzz via MAHN.
“saya nak bagi petua sikit ni. Kalau kawan-kawan beli petai muda, kecik je isinya jangan la buang tau, Nanti rugi. Buat cara saya ok…kopek semua petai. Selepas itu, rendam dalam air. Makin lama rendam, makin besar la petai tersebut”
Buat anda yang sudah terasa teringin nak makan petai, jom tonton video step by step resipi Sambal Ikan Bilis Petai ini untuk dicuba. Selamat menjamu selera!
Resepi Sambal Ikan Bilis Petai.. Sedapnya…(y) Kaki Share