HomeMakanResipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena...
Resipi Nasi Daging Utara Simple Tapi Terlajak Sedap, 7 Cara Ni Kena Patuhi!
Nasi Daging utara memang mudah dan sangat ringkas untuk dibuat makan-makan seisi keluarga. Boleh dikatakan resipi ini tidak menggunakan bahan yang banyak untuk memasak.
Nasi Daging mungkin kedengaran kurang mengiurkan bagi masyarakat di sebelah Selatan dan Pantai Timur. Namun bagi masyarakat Utara, Nasi Daging dirasakan cukup istimewa.
Malah ia umpama hari yang istimewa. Nasi Daging boleh dikatakan menjimatkan kerana ia tidak memerlukan kos bahan yang banyak walaupun terpaksa membelanjakan sedikit untuk kos membeli daging. Selebihnya, hanya bahan untuk menyediakan Air Asam, menu yang digabungkan bersamanya. Mudah sahaja!
Bagaimana nak hasilkan Nasi Daging yang power? Tujuh langkah ini sila jangan abaikan.
Penumis Kena Ada
Bahan penumis empat sekawan antara bahan wajib kena ada. Pastikan bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis di tumis bersama-sama hirisan bawang hingga berbau harum. Biarkan hingga naik baunya dan bahan hiris keperang-perangan. Ini penting untuk mengharumkan lagi nasi malah nasi juga rasanya lebih enak.
Rempah Kurma
Jika tidak menggunakan rempah nasi daging yang siap di beli di pasaran, anda boleh menggunakan sedikit rempah kurma sebagai penyedapnya. Rempah ini selain enak dan ‘lemak’ rasanya, ia juga buat nasi anda naik warnanya. Rasanya juga lebih umphh.Stok Air Rebusan Daging
Ads
Air rebusan daging antara perkara wajib yang perlu anda. Selain menaikkan lagi rasa enak nasi, ia juga penambah kelembapan pada nasi. Stok daging dengan minyak semulajadi yang ditinggalkan daripada daging inilah buat rasa nasi jadi luar biasa. Inilah rahsia kesedapan dan kelembapan asli nasi daging.
Daun Pandan & Daun Pudina
Selain empat sekawan ini, penambahan daun pandan dalam nasi antara rahsia utama nasi berbau lebih harum dan enak. Jika tidak menggunakan daun pandan, anda boleh juga menabur daun pudina selepas nasi kering. Biarkan daun-daunan ini meninggalkan rasa bau herbanya.
Susu Cair
Ads
Nasi jadi tambah lemak dengan adanya campuran susu cair ke dalam nasi. Malah penambahan ramuan ini juga menambah rasa ‘moist’ pada nasi daging. Nasi jangan dibiarkan terlalu peroi kerana kurang enak rasanya.
Bawang Goreng
Akhir sekali, taburkan bawang goreng di atas nasi apabila nasi telah masak. Nasi yang kering dan panas akan meninggalkan bau yang enak apabila digabungkan bersama bawang goreng. Kena ada!
Kerisik Pelengkap
Air asam adalah gabungan pelengkap kepada Nasi Daging. Namun menyediakan air asam juga kena ada caranya. Selain cili, hirisan bawang, tomato, belacan dan asam jawa, resipi penyedap dalam air asam adalah memasukkan sedikit kerisik ke dalam bancuhannya. Anda juga bolehlah menambah sedikit lebihan susu cair ke dalamnya. Air asam jadi lebih lemak dan enak!
Ads
RESIPI NASI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging -dipotong kiub dan direbus
5 cawan beras
2 sudu makan rempah kurma
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
5gm buah pelaga
1 sudu makan marjerin
1 ulas bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
1 helai daun pandan
1/4 cawan susu cair
10 biji tomato kecil – dipotong dua
Setengah kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan marjerin.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, bahan penumis dan serbuk kurma. Biar hingga berbau harum.
Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan. Kacau dan biarkan sebati.
Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging bersama susu cair. Kacau rata.
Pindahkan ke dalam periuk nasi dan letakkan hirisan buah tomato yang telah dipotong dua. Biarkan hingga nasi masak.
Hiaskan dengan daun pudina dan bawang goreng.
AIR ASAM KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1 biji tomato -dihiris
3 ulas bawang merah -dihiris
3 biji cili padi -dihiris
Sedikit asam jawa
1 sudu makan kerisik
3 batang cili merah *
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam dan gula secukup rasa *
CARA MEMASAK:
Tumbuk bahan bertanda * di atas.
Satukan kesemua bahan hiris.
Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
Kemudian masukkan asam jawa dan masukkan air. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan kerisik dan kacau rata.
Siap dihidang bersama nasi daging panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan hidangan berasaskan mi memang antara yang sering kita kaum ibu sediakan untuk ahli keluarga.
Pun begitu, terlalu kerap menjamah makanan mi, bimbang juga kesan sampingan disebabkan adanya bahan pengawet.
Jika begitu yang dibimbangkan, eloklah dibuat sendiri yang sah-sah kita tidak akan menggunakan bahan pengawet mahupun bahan pewarna. Nak tahu apa resipinya, jom semak perkongsian daripada puan Roshima ini.
Baru selesai menghasilkan 6kg mee yang di buat sendiri. Tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.
Bahan2nya ialah….
1 kg tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu makan garam
Pewarna kuning
1 gelas air (air agak2 kalau keras tambah sikit2, adunan jgn lembik)
(1 kg tepung gandum akan dapat 2 kg mee)
Cara membuatnya…..
1. Masukan tepung dlm besan.
2. Pecahkan telur dlm mangkuk dan pukul. Tuangkan ke dlm tepung. Masukan pewarna kuning, gaulkan sekata. Kemudian masukan air yang di campur garam sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga sekata, jgn lembik buat bulat2 dan leper2kan.
4. Mesin bahagian leper dahulu. Mesin saya guna no 7 sbb lain2 mesin mee. Ikut pada mesin mee masing2.
5. Kemudian mesin bhgn mesin mee, pastikan sapu tepung sblm mesin jadi mee. Alas guna tudung periuk.
6. Panaskan air hingga mendidih dan letakan sedikit minyak masak.
7. Masak seketika mee itu. Agak2 mee itu timbul maka mee itu sudah masak.
8. Angkat dan toskan kemudian titiskan sedikit minyak supaya mee tidak melekat.
9. 2 kilo lebih juga dapat menghasilkan mee. Bolehlah buat macam2 resipi masakan mee.
Selamat mencuba.
Sumber :Roshima Ibrahim Shima Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjadi seorang ibu memang tak sah kalau tak fikirkan menu apa hari-hari nak buat. Seperti biasalah, seorang ibu tak pernah gagal dalam merancang menu makanan untuk keluarga tersayang.
Kali ini boleh cuba makanan barat, tapi masih tekak Melayu. Bila disebut lasagna ni ramai yang sudah tahu bahannya yang perium serta memerlukan kos. Kini anda tak perlu risau kerana menu kali ini kita kongsikan dengan bahan yang mampu milik serta mudah didapati. Dengan hanya menggunakan roti buku saja.
Mari ikuti resipi lasagna roti buku ini. Nampak gambar saja sudah cukup menggiurkan!
Resepi bread lasagna:
1. Buat bancuhan susu dan telur
2. Buat kuah spagetti mengikut selera masing-masing
3. Sapukan loyang dengan butter
4. Celup roti dalam bancuhan susu & telur then layerkan dalam loyang
5. Letak kuah spagetti
6. Letak cheese slice
7. Ulang step 1-3 sampai 3 layer
8. Taburkan parutan cheese
9. Tuang lebihan susu & telur tu kalau ada
10. Bake around 30mins pada suhu 170c, tapi ikut oven masing-masing jugaa ya
Siap! dah boleh makan…
Kalau guna roti buku ini dah tak perlu potong dah, tinggal ikut saja saiz roti buku tersebut makan sorang satu memang puas! Kejadiannya pun lebih cantik dan kemas.
Takoyaki merupakan snek yang berasal dari Korea Selatan Jepun. Di Malaysia, makanan ini popular digemari ramai termasuk kanak-kanak. Biasanya kita akan membelinya di kedai. Kadang kala memang tak cukup jika membeli dalam kuantiti yang sedikit.
Namun, bagi yang nak makan sepuasnya, apa kata cuba buat sendiri di rumah.
Ikuti resipi yang dikongsikan ini. Jom buat!
Repeat lagi buat takoyaki sebab anak-anak suka sangay Beli tak cukup. RM10 dapat 10 biji je..bila mama buat, bole mkn byk2 n puas-puas. yummmyyy Saya pakai acuan kuih paniaram beli di kedai india.
Saya share resepi kalau ada yang nak mencuba. Thank you pada empunya resepi.
Cara²:- 1. Campurkan semua bahan² dalam bekas besar, blend n tapis 2.Adunan mesti cair mcm adunan roti jala baru lembut takoyakinya…
BAHAN INTI : Sotong/ udang/ crab stick/ sosej Kobis bulat dihiris halus
CARA MASAK : 1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak disetiap lubang. 2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh 3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang 4. Taburkan sayur pilihan 5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah 6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan) 7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat 8. Renjis²kan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan 9. Teruskan sampai nampak garing 10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan 11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas
BAHAN HIASAN ATAS :
Sos Takoyaki (sy guna sos bbq) Mayonis Seaweed beli kat kedai bakery Bonito flake – beli kat kedai bakery
Cara hias : 1. Drizzle sos takoyaki 2. Drizzle mayonis 3. Tabur seaweed 4. Taburkan bonito flakes
Sos Takoyaki sy guna sos bbq azad, sedappp sebijik rasa mcm beli kt kedai saya cairkan sedikit dgn air panas dn masukkan dlm botol sos utk mudahkan drizzle… Wallahhh dh bole mkn puas-puas!
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.