Selalunya bila kita makan peria goreng di restoran mamak, peria gorengnya sangatlah rangup. Peria goreng antara menu yang sering menjadi pilihan setiap kali makan nasi kandar di restoran mamak. Kalau tak ada, memang tak lengkap makan nasi kandar.
Peria crispy memang enak dinikmati bersama nasi dan kari. Rupanya mudah sahaja nak masak peria goreng crispy. Bahan-bahannya pun tidak banyak. Paling best, peria ini kekal rangup sampai ke malam.
Resipi Peria Goreng Crispy ‘Super Rangup’
RESIPI PERIA GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
Peria katak
Garam
Air
1½ sudu teh serbuk kunyit
1½ sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1½ sudu makan jintan manis
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
Minyak masak secukupnya
Ini Resipi Ala Mamak Buat
Cara memasak:
1. Ambil peria dan hiris nipis. Kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian bilas lagi sekali.
2. Letak dalam mangkuk dan masukkan garam dengan secukupnya. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada putih dan jintan manis. Gaul sebati sekali lagi. Biarkan selama 30 minit.
Ads
4. Bila cukup masa, masukkan tepung jagung dan juga tepung beras. Gaul hingga semu bahan bersalut rata.
5. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Biarkan hingga minyak betul-betul panas.
Ads
6. Bila minyak sudah benar-benar panas, tukar api kepada sederhana besar dan masukkan peria. Ini adalah tip untuk dapatkan peria yang betul-betul rangup dan tahan lama.
7. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
8. Sejukkan peria terlebih dhulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
NOTA: Pastikan peria betul-betul sejuk baru disimpan dalam bekas. Boleh tahan rangup sampai malam. Jangan simpan peria yang masih panas waima suam sekalipun. Nanti ia akan jadi lemau.
Bukan semua antara kita tahu mengayam ketupat palas, ada teknik dan skilnya yang tersendiri.
Berkongsi pengalaman membuat ketupat palas ini oleh Syazwani, rupanya kalau silap step membalut ketupat pulut palas ini ia boleh jadi ketupat betina. Bagaimana rupanya ketupat tersebut?
Jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Ketupat palas ni bak kata tok aku,warisan tradisi orang utara..wajib pandai tanak pulut,perasing daun palas,balut ketupat ikut ira daun jangan sampai jadi ketupat betina.
Dulu-dulu punya cerita,umur belasan gigih nak belajaq balut ketupat sekali jadi ketupat betina haaa(macam ketupat abah aku buat)dah kena gelak..bertaun aku berenti.
Lepas tu bila tok sendiri ajaq,sekali ja boleh hadam sampai la sekarang alhamdulillah tq tok jam.
Dah siap untuk di frozenkan 3kg malam ni..ada lagi 2 kg untuk umah tok hahaha lusa pulak sambung..ngantok da terlebih ot mlm ni(sejenis yang tidoq awai).
Salah satu perkara yang sering buat kita rasa stress adalah dengan hadirnya lipas yang bersarang di rumah kita. Bila malam hari, lipas-lipas mulalah bermaharajalela di rumah kita. Dapur antara kawasan yang paling disukai oleh lipas.
Pening juga memikirkan apakah cara untuk menghalau lipas-lipas ini dalam rumah kita. Puas di cuba pelbagai produk di pasaran, namun lipas hilang sekejap dan akan muncul kembali.
Nah cuba petua yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar . Guna dua bahan yang ada di dapur ibu-ibu je.
PETUA HALAU LIPAS DENGAN DUA BAHAN JE
Stress kan bila nampak lipas merayap rayap di dalam rumah especially area dapur le kan.
Menurut kajian, di dalam perut lipas tu ada cacing halus dan lembut.
Kalau kita pukul atau halau lipas tu dengan penyapu ke kertas ke kemungkinan cacing ni akan keluar dari perut lipas tadi dan mencari rumah baru untuk membiak tau.
Cacing ni korang tak boleh nampak dengan mata kasar tau sebab saiznya yang kecil.
Tapiiiiii jangan tak tahu cacing ni boleh masuk dalam tubuh melalui pori pori kaki nak nak pulak bila kaki korang ada luka. Bersorak sakan le dia.
Korang jangan risau k, apakata korang cuba petua atau tips ni ye. BAHAN BAHAN :
1 sudu makan baking soda
1 sudu makan gula
CARA CARANYA :
Mudah je, korang campurkan kedua dua bahan tersebut dalam satu bekas. Gaul sebati.
Kemudian korang letak la bekas ni kat tempat gelap yang menjadi laluan lipas. Ataupun korang boleh je taburkan campuran bahan ni atas laluan lipas tu.
Ok, selamat mencuba. Kalau korang nak #Share, boleh je Kak Za izinkan. Jangan lupa tekan butang #Share tu ye. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan bermanfaat untuk orang lain juga.
NOTAPETUA :
Gula akan menarik minat lipas untuk makan dan baking soda ni akan membunuh lipas secara senyap. #PetuaTradisi #DIYBebasRacun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau boleh, anak-anak kita ini tiap-tiap hari selepas pulang dari sekolah nak makan aiskrim. Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas, seakan aiskrim adalah pilihan terbaik untuk menghilangkan rasa tekak yang kering ketika itu.
Tapi bila ini yang sering diamalkan oleh anak-anak, mesti kita sebagai ibu akan rasa tidak selesa dan bimbang juga dengan kesannya terhadap kesihatan anak. Kalau boleh kita ingin pastikan makanan yang diambil adalah yang berkhasiat!
Oleh itu, sebagai alternatif ada baiknya ibu-ibu buat sendiri aiskrim dengan menggunakan bahan-bahan yang lebih sihat. Resipinya cukup mudah dan ini telah dikongsi oleh Salwa Mohd Saleh di dalam fbnya. Nak tahu lanjut, jom semak.
[su_highlight background=”#ebf7e1″ color=”#ec281f”]“Mari saya ajarkan cara buat aiskrim yang sihat, berkhasiat tanpa gula tambahan! Senang dengan 3 langkah mudah sahaja. Susu yang saya pakai pun susu segar, bukan pemanis tiruan atau minyak/lemak tumbuhan yang dipanggil ‘susu’. Yogurt juga dari yang asli tanpa sebarang pewarna atau perisa. Bagi warna-warni menarik, saya gunakan buah-buahan asli!”[/su_highlight]
Ini satu alternatif buat mereka yang ingin makan aiskrim dan nak cuba sesuatu lebih sihat untuk keluarga.
Bahan-bahan:
1 kotak besar susu segar
1 botol air yogurt segar tanpa pewarna atau perisa
Buah-buahan pilihan anda
Plastik/acuan aiskrim
Langkah 1: Potong buah-buahan mengikut potongan dadu sampai kecil
Langkah 2: Masukkan buah ke dalam mangkuk besar dan campurkan susu dengan Yogurt hingga sebati
Langkah 3: Masukkan berhati-hati ke dalam plastik aiskrim dan ikat
Boleh masukkan apa yang anda suka seperti kismis atau chia seed. Cuma saya tak pasti macam chia seed tu akan kembang atau tidak. Boleh la cuba kalau nak.
Sejukkan dalam peti sejuk bahagian beku dan boleh dinikmati dengan enak tanpa rasa bersalah sebab ianya memang penuh khasiat!
Selamat mencuba
Sumber : Salwa Mohd Saleh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di