Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Ads
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
Ads
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
Ads
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Andai terasa hendak bergaya menyambut Lebaran dengan dekorasi rumah yang menarik tanpa kos yang besar.
Apa kata kita jadikan wing chair yang nampak lama fabriknya itu kita tukar dengan cara yang ditunjukkan di akaun fb Aurora Homedeco ini.
Hari ni cikgee cuti merempit. So kita ambik kesempatan untuk merempit bahagian sendiri punya. Kalau tak… Memang tak merasa la pakai raya nanti..
So hari ni, kita tukar sarung wing chair, beli kain dengan kak Hasmah Solan. Petak-petak pink tu so suwitt.. Hehe.
Kat sini kita share kan cara-cara nak tukar cover wing chair. Saya tak pandai sangat, tapi saya try share khas untuk geng-geng deko yang teringin nak tukar cover wing chair tu, utk dipakai raya nanti..
Step 1 : Pinkan
Step 2 : Ambil bentuk dan jahit jelujur. Ikut bentuk-bentuk sekeliling kerusi.
Step 3 : Jahit cantum menggunakan mesin
Step 4: Jahit tepi kain selepas dijahit
Step 5 : Meropol untuk buat skrit
Step 6 : Tambahkan lace pada hujung ropol
Step 7 : Terbalikkan kain dan sarungkan bermula pada bahagian wing. Ambil dari tempat sandar.
Step 8 : Siap
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menerajui sesebuah perniagaan bukanlah mudah. Perlukan usaha yang bukan sedikit dan kesungguhan yang bukan minima. Cekal hati dan sentiasa usaha tanpa henti adalah permulaan langkah.
Ada wanita yang tergerak hati untuk merubah diri dan mencuba bidang perniagaan tetapi masih takut dan teragak-agak untuk memulakan langkah.
Perkongsian wanita bernama Najwa Abdullah, 30 tahun yang menggelarkan dirinya Awan Najwa di facebook, merupakan tuan punya Biskut Tuan Anas ini patut dijadikan inspirasi untuk semua wanita yang baru berhasrat memulakan perniagaan. Sangat terinspirasi!
Aku terpanggil nak kongsi satu perkara aku belajar sejak aku ber Biskut Tuan Anas sejak Disember 2015 yang lalu. Kalau siapa kenal aku. Aku memang kaki niaga. Aku kaki cari duit sendiri. Suka cari duit sendiri.
First aku kerja masa aku form 4, cuti penggal. Aku kerja dekat bandar muar. Jaga gula-gula dekat kedai Money Changer depan Aked Muar. Dapat gaji. Aku bagi ibu sikit. Buat tambang ulang alik keja sikit. Buat belanja sekolah sikit. Ayah aku meninggal masa akuform 3. Jadi memang aku dah biasa berdikari dan bersusah-susah dari zaman sekolah.
Aku baru teringat aku pernah kerja di warung kedai makan di Tanjung Agas masa Form 3. Masa ayah baru-baru meninggal. Ibu ambil alih bisnes tokey tu sementara dia pergi haji. Tugas aku ambil order dan hantar makanan. Balik pagi. Esok pagi g sekolah. ??
Habis SPM, aku carik kerja pulak. Kedai karpet. Orang datang nak tengok karpet aku bentangkan hamparan. Cewahh. Orang tak nak aku gulung balik. Orang mau, aku kasi lipat karpet masuk plastik. Lepas tu kerja pulak dekat kilang Pioneer sampai dapat panggilan masuk Uitm Segamat.
Masuk semester ke3, aku mula niaga pasar malam depan Uitm dengan geng aku. Setiap selasa lepas class kitorang kluar p Segamat beli barang nak niaga. Pisang. Fries dan lain-lain. Bila agak-agak dah nak habis, aku keluar dari tapak niaga tu, ke depan sikit, aku paksa kawan aku yang lalu gerai aku untuk beli jualan aku kasi habis. Hahah.
Bila zaman kerja. Macam-macam bisnes aku buat. 2010 – 2013, bisnes MLM, bisnes perfume, bisnes kain pasang, bisnes baju blouse, bisnes cadar. Bisnes baju siap. Agen insurans. Macam-macam. Semua sekejap-sekejap dan tukar-tukar. Setiap bidang tu ada yang memang nampak hasil dan wow tapi aku tak fokus dan suka mencuba-cuba bisnes yang lain.
Zaman kawin pulak, Nov 2014, kakak aku angah join tapak niaga Jom Heboh jual cadar. Perghh memang masyuk. Lagi-lagi dekat utara. 3 hari sales 5 Angka. Alhamdulillah. Pastu ade baki cadar. Angah aku suruh aku habiskan jual. Aku pun apa lagi merempit la buat jualan dkt FB.
Ramai rupanya peminat cadar. Laku keras bak ang. Tak cukup. Habis licin stok angah. Angah cakap wan kalau ko nak jual lagi
ambek jela stok. Aku pun apa lagi open order new design cewahh. Memang ramai orang order. Berduyun-duyun. Lepas tu aku stop dah.
Masa 2015, aku amik cuti tanpa gaji jaga anak aku. Adalah kisahnya napa aku beriya amik cuti. Related pengasuh jugak. Anak aku takut dekat pengasuh. Dekat sebulan anta dekat pengasuh, hari-hari dengar dia nangis dan tak nak. Sampai dia genggam baju aku sebab tak nak g kat pengasuh tu. Aku pulak hari-hari nangis dalam kereta otw pergi kerja.
Sampai la sebulan, ada jumpa gambar viral budak kena dera. Sebijik macam muka anak aku. Aku nangis dah macam apa sebab risau n sedih. Tapi tengok betul-betul memang bukan pun. Tapi hati aku dah tak sedap. Aku terus bagitau suami. Bincang punya bincang, dia bagi aku berhenti. Aku terus buat surat berhenti. Ini awan.
Budak berani amek risiko.
Bila jumpa bahagian sumber manusia, depa cakap boleh mohon CMA. Cuti menjaga anak maksimum 5 tahun, dengan syarat anak bawah umur 5 tahun. Dia cakap jangan berhenti. Apply je yang tu. Aku pun terus apply setahun. Notis sebulan. Dalam sebulan tu minta tolong mak mentua jaga anak aku.
Okt 2015 terus start cuti. Aku berfikir-fikir nak jual apa. Hati rasa nak buat sambal goreng. Nak jual kismis la. Nak jual cadar la. Macam-macam plan ada. Akhirnya aku istikharah. Buat saban malam. Akhirnya dapat idea jual Biskut Tuan Anas nie la.
Disember 2015, Terus post dkt FB, family bisnes. Stay tuned. Cewahh. Sasaran utama. Kawan paling rapat. Dorang rasa terus cakap sedap sangat macam famos amos. Pastu ada lagi yang nak beli n support. Alhamdulillah dan feedback semua ok rasa nak terbang baca.
Sampailah buat jualan amal untuk anak yang sakit leukimia yang aku penah cerita tu. Fuhhh sambutan makin rancak makin hebat. Rezeki tak putus testimoni berlambak. Sampai hari ini sama macam 3 tahun lepas punya fenomena.
Dan sampai sekarang, inilah bisnes yang aku paling setia sejak Disember 2015 yang lalu. Dari untung bersih aku negatif, puluh-puluh, ratus-ratus, sekarang dah merasa untung bersih 6 angka. Ko gila ke jual biskut santai-santai je untung bersih 6 angka? Aku pun tak percaya taw. Puas aku kaji di mana hikmah nya Allah beri hadiah bisnes kecik macamni tapi aku paling sayang.
7 TIP SUKSES
Mari sini aku kongsi.
1. First, silakan kau pasang niat utama kenapa kau nak berbisnes. Sungguh-sungguh kau nak berbisnes. Jangan sebab ikut-ikut. Nak kaya. Nak mewah. Kau yang penat nanti. Cari dan ejas niat utama kau berbisnes.
2. Istikharah. Kau buatlah istikharah bila kau rasa buntu tak tau nak bisnes yang mana satu yang terbaik untuk kau. Kadang kau nampak bisnes hebat, tapi bisnes tu sebenarnya tak kena dengan jiwa kau. Tapi mana tau bisnes yg kau pandang sebelah mata tu lah yang serasi dengan kau.
3. Kalau kau tengah rancak berbisnes, datang satu ‘soalan’ kau kena jawab, kau ‘jawab’lah. Mintak petunjuk Dia. Samada nak tolong atau tidak. Masa bisnes BTA baru nak naik. Dengan tak ada gaji lagi, ada pulak orang nak pinjam aku duit. Terdesak weh. Anak sakit. Kalau aku malas pikir aku cakap je tak de duit.
Senang. Tak semak kepala aku kan. Tapi aku rasa sesuatu. Aku doa menangis mintak Allah beri jawapan. Nak biar atau tolong. Akhirnya Allah bagi hati aku rasa kena tolong orang tu. Aku pinjam duit angah RM1,000, aku transfer dekat orang tu. Aku cakap dekat angah, nanti aku ganti balik secepat mungkin. Dalam masa sama aku buat jualan amal. Ramai gila kawan support. Repeat n sebarkan.
Kau tengok macamana Allah ganti balik RM1,000 tu. Dia punya ‘beranak’ sampai melimpah-limpah makan tak habis. Sampai dapat hadiahkan ibu Rumah. Sampai macam tu tahap Allah mudahkan urusan snp rumah. 15 tahun menyewa, akhirnya Allah hadiahkan tahun nie.
Kau rasa kau boleh lulus juga soalan? Satu tips nak lulus soalan Dia bagi. Tanya Dia balik. Bayangkan kalau aku gagal ‘jawab soalan’ tu, aku rasa biskut tuan anas tak viral macam sekarang.
4. Fokus. Tolong fokus #SATU bisnes sahaja. Aku harap sangat. Bisnes apa pun kau buat. Cuba fokus satu je. Buat sampai jadi. Lakar target khas bisnes tu. Fokus. Dan pulun. Kalau kau serius nak berjaya, cubalah. Tapi kalau kau bisnes nak suka suki, silakan buat bisnes banyak produk.
Kau tanyalah mana-mana sifu or mentor, depa akan cakap fokus satu dulu. Aku terbaca satu post fb, ibarat kau bini 1 dengan bini 4. Bini 1 pun kau belum betul-betul dapat beri perhatian sepenuhnya, ada hati nak kawen 4. bukak cawangan. ??
5. Zikir. Amalan jemput rezeki tu dah macam nadi aku. Banyak aku ajar team related yang islamic. Iklan santai-santai je. Permulaan hidup aku berubah pun asbab ada satu ayat nie aku mula amal awal 2016. Bukan surah as Sad. Nanti lah aku kongsi. Kena baca lepas solat. Maksud dia. Cenggini.
Apa-apa pun di awal dan akhir tu yang Allah akan pantau. Niat dan tawakkal kau pada Dia. Nak tau kau tawakkal ke tak, tengok kat amalan je. Kalau kau rasa usaha lagi penting dari amalan, boleh je. Allah tak de hal. Allah tak perlukan amalan kita. kita yang perlukan amalan tu untuk selamatkan diri kita.
6. Kongsi Impian. Aku selalu mintak ibu dan suami aku doakan apa yang aku nak capai. Parents n pasangan nie macam sayap kiri kanan kita. Doa depa sangat ajaib. Jangan malu nak share impian. Aku selalu cakap. Bie. Doakan syg ea. Nak capai target nie bulan nie.
Aku sebut doa tu pastu aku suh dia aminkan. Cepat amin. Ibu pun sama. Aku akan bagitau bu awan nak capai sekian-sekian, ibu doakan taw. Lepas sembahyang sebut nama awan taw bu, Najwa Abdullah. Paksa ek. kah. Tapi aku tau, ibu dan suami aku sentiasa doakan aku. Dengan mak mentua je aku malu sket.
7. Dalam rezeki kau bakal capai nanti pastikan ada penerima yang ramai. Mesti kau dah fahamkan. Aku pernah kongsi haritu. 10% rezeki bukan milik kita. Susun kan ia milik siapa.
Niat ?
Istikharah ?
Test ?
Fokus ?
Jemput rezeki ?
Doa wali keramat ?
Kongsi Rezeki ?
Kau cubalah dulu tips n formula marketing langit nie. Buat je dulu. Simple je tapi kesan dia. Kau akan rasa nanti. Semua dengan izin Allah jua.
Kredit: Awan Najwa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah adik ini tular sehingga dikenali sebagai kampung boy apabila gambarnya bersama-sama kerbaunya terpilih diperingkat dunia. Foto Muhammad Syukor Khamis bersama beberapa ekor kerbau memenangi 20 gambar terbaik dunia sekali gus juara peringkat Asia.
Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.
Terbaru salah seekor dari kerbau tersebut bakal dikorbankan untuk majlis menyambut menantu di dalam keluarga Syukor. Kerbau yang dinamakan Tongkol itu adalah kerbau kesayangan Muhammad Syukor Khamis, 14, akan disembelih sempena meraikan majlis sambut menantu dua abang remaja digelar ‘Mowgli Malaysia’ itu.
Kerbau jantan berusia lima tahun dan dijaga Syukor sejak kecil itu akan disembelih di rumah rakan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Tambak Baru, Wakaf Tapai, Marang pada 6 pagi.
Abang kepada Muhammad Syukor, Muhamad Alias Khamis, 29, berkata dia sudah memberitahu bapanya supaya tidak menyembelih kerbau berkenaan dan menggantikannya dengan yang lain kerana mengenangkan hubungan rapat Tongkol dengan adiknya itu.
“Bagaimanapun kerana faktor umur Tongkol yang sudah mencapai tahap matang, ia tetap perlu disembelih.
“Bukan sahaja Syukor, tetapi kami sekeluarga memang sayangkan Tongkol kerana haiwan itu paling jinak, malah dijaga di rumah sejak kecil lagi.
“Tongkol sudah serasi bersama Syukor dan selama ini ia menjadi pengganti kepada kerbau bernama Awang yang sebelum ini gambarnya tular di media sosial dan memenangi anugerah,” katanya.
Menurutnya, kerbau kesayangan itu sengaja disembelih di rumah rakan bapa supaya dia dan keluarga tidak melihatnya.
“Seharian Syukor muram dan tidak bersemangat untuk menguruskan kerbau serta melayan tetamu yang datang menemuinya hari ini.
“Sepanjang musim cuti ini, ramai pengunjung dari luar termasuk Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor datang ke rumah untuk berjumpa Syukor.
“Sehingga hari ini pengunjung masih datang bertali arus untuk menemui Syukur, namun kerana Tongkol akan disembelih, layanan diberikan tidak seceria selalu,” katanya.
Menurut Muhamad Alias, majlis sambut menantu meraikan dia dan abangnya, Muhamad Kamil Khamis, 30, bersama isteri masing-masing, dijangka dihadiri lebih 3,000 tetamu.
“Lepas ini akan ada kerbau menggantikan Tongkol kerana sudah menjadi lumrah dan adat memelihara haiwan ternakan seperti itu.
“Sampai masa ia akan disembelih dan yang lain pula yang akan menjadi pengganti,” katanya.
Tular di media sosial mengenai Syukor menangis serta bermuram apabila terpaksa berpisah dengan kerbau kesayangannya itu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.