Syawal bakal menjengah kurang dua minggu sahaja lagi, pastinya kaum ibu yang paling sibuk menyediakan kelengkapan raya.
Kuih-muih antara keutamaan untuk hidangan pagi raya. Majalah Keluarga berkongsi resipi terbaru dari Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) oleh Laila Fatiha yang cukup mudah untuk disediakan. Pasti anda menggemari rasanya yang rangup. Boleh juga ibu-ibu mengajak anak-anak untuk membantu. Pasti mereka sukakannya.
Bahan-bahan
Kulit popia dipotong (saiz ikut cita rasa)
Ikan bilis dibasuh
Minyak untuk mengoreng
Tepung gandum
Ads
Cara membuat:
• Bancuh tepung gandum dalam 2 sudu atau sehingga ikan bilis melekat pada kulit popia tersebut.
• Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang. Celup belakang ikan bilis yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung.
Ads
• Tampal pada kulit popia. Biarkan seketika supaya kulit popia tersebut menjadi keras.
• Kemudian gorengkan kulit popia tersebut.
Tip masakan.
Ads
• Boleh ditabur dengan serbuk keju atau serbuk kari untuk menambahkan kesedapan pada kulit popia itu.
• Elakkan membancuh tepung terlalu tebal. Lagi cair lagi baik.
Resipi Asal: Laila fatiha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila menyentuh mengenai kek, tentu penggemar makanan manis akan membayangkan kek dengan hiasan yang manis.
Apa yang ingin kami kongsikan resipi kek simple cara membuatnya iaitu kek sarung semut. Cara membuatnya hanya memgunakan sukatan cawan.
Ikuti perkongsian puan Raja Amanina melalui laman Nak Masak Apa Hari Ni.
Kek sarang semut tanpa perap semut berkawad satu satu hora horeyy pandai pulak semut semut tu buat sarang yang ni nina bakar guna dapur gas je.. Yang ada trypophobia jangan tengok ehh😅
Kek Sarang Semut Tanpa Perap
-1cawan gula
-1cawan air panas
-1cawan tepung gandum
-setengah cawan marjerin
-setengah tin susu pekat
-4biji telur(nina guna gred b)
-1sudu teh soda bikarbonat
-sedikit esen vanilla
1-panaskan gula api sederhana hingga perang jangan hangus
2-bila keperangan tuang air panas sikit2&kacau hingga gula betul betul larut dan masukkan marjerin kacau hingga sebati&tutup api
3-Dalam mangkuk pecahkan telur kacau pakai garfu je hingga berbuih&masukkan susu pekat
4-tambahkan tepung,soda bikarbonat&esen vanila
5-tuangkan air gula hangus ketika masih panas,kacau sebati(air gula kena tuang panas2)nak bagi lubang2 tu banyak
6-tuang adunan ke dalam loyang yang disapu marjerin dan bakar
**ni nina edit balik cara bakar
**masukan loyang yang berisi adunan kek ke dalam periuk dan tutup tudung periuk bakar lebih kurang 30minit(nanti cucuk pakai lidi tengok dah masak ke belum
**bakar api kecik je
**nak masak dalam periuk rice cooker pun boleh(tak perlu letak air)
**nak lubang semut banyak2 nanti potong melintang kek
**nina guna loyang size 7
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat seorang anak yang berjaya bukan sahaja akademiknya malah akhlaknya begitu terpuji tentu sahaja ingin kita kenali siapa ibu dan ayahnya hingga mampu mendidik menjadi anak yang cemerlang.
Sebagai ibu bapa, kita juga mahu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
Melalui perkongsian ini diharapkan dapat memberi inspirasi.
Saya suka untuk berkongsi tip kejayaan seorang ibu mendidik anak-anaknya. Beliau merupakan seorang ustazah dan ibu kepada lima orang anak.
Subhanallah… takjub saya mendengar cara pendidikan beliau kepada semua anak-anaknya.
Pertama, urus masa dengan baik. Kata beliau, sepanjang cuti sekolah, beliau akan habiskan masa bersama anak-anak dengan mengaji al-Quran. Beliau tidak pernah makan angin atau berjalan-jalan.
Kedua, sarapan untuk anak-anak ke sekolah sangat penting. Beliau berikan sarapan anak-anak madu dan susu. Sarapan pagi tidak perlu berat, kerana ia akan menyebabkan anak-anak rasa mengantuk.
Ketiga, beliau memberi makanan tambahan (supplement) kepada anak-anak. Tujuannya, agar minda dan jasmani anak-anak cergas sepanjang hari.
Keempat, beliau menghantar anak-anak ke tuisyen. Ini kerana beliau tidak mampu untuk mengajar subjek teras.
Kelima, tip yang paling wow! Ibu dan anak-anak bersama-sama bangun tahajjud. Kata beliau, “Tahajjud memberi suatu kehebatan kepada pelakunya. Jika ibu dan anak inginkan kehebatan itu, bangunlah tahajjud.
Bangun tahajjud memang susah. Tetapi, janji Allah, setiap yang susah, pasti Allah balas dengan sesuatu yang mudah.”
Keenam, tip ini agak berat sedikit kata beliau. Jika boleh, di rumah, tutup televisyen. Jika boleh, tengok rancangan TV yang memberi manfaat sahaja.
Kata beliau, “Apa yang anak-anak lihat, akan memberi kesan kepada hati. Kajian mengatakan, apa yang anak lihat, mereka boleh ingat sehingga 20 tahun.”
Ketujuh,selepas solat Subuh, baca surah al-Fatihah, surah al-Insyirah dan ayat Kursi. Kemudian, tiup pada wajah anak-anak. Lakukan amalan ini setiap pagi.
Kelapan, hormati guru-guru kepada anak-anak. Kata Saidina Ali krw, “Aku adalah hamba kepada yang memberi aku ilmu.”
Satu tambahan daripada saya sendiri, doa dan redha ibu sangat penting kepada anak-anak. Doa dan redha ibu adalah payung yang menaungi perjalanan hidup mereka.
Akhirnya, kata beliau, apa sahaja keputusan anak-anak nanti, terimalah. Ia adalah kurniaan Allah. Tiada yang berlaku di dunia ini secara kebetulan. Semuanya atas ketentuan dan ketetapan dari Tuhan.
Membaca perkongsian daripada Bijen Mohd ini ada benarnya, terkadang antara kita ada merasakan selepas mendirikan rumah tangga, rutin seharian semakin hari semakin sibuk dirasakan. Pelbagai perkara perlu diuruskan dengan anak-anak, mengemas rumah, mencari rezeki dan sebagainya. Hingga disebabkan memberi fokus hal-hal demikian, amalan ibadah yang dahulunya biasa dilakukan semasa bujang contohnya dengan mengaji, solat hajat dan sebagainya tidak ‘terbuat’.
Memahami lagi apa yang ingin dikongsikan oleh Bijen Mohd, jom kita baca perkongsian daripadanya dan semoga kita terus dapat laksanakan ibadah dengan sebaik mungkin sebagai tarbiah untuk diri kita yang sering lalai.
Ini perkonsiannya.
Perasan tak ada sesetengah dari kita dulu amalannya cukup terjaga? Dengan tahajud tiap malamnya, dengan puasa Isnin-Khamisnya, dengan tilawah dan zikirnya, serta berbagai lagi amalan para wali auliya.
Namun bila sudah berkeluarga, amalan yang dibina pun perlahan-lahan luput darinya. Si isteri sudah semakin sibuk dengan urusan dapurnya. Sang suami pula tekun bekerja mencari nafkah demi keluarga. Bukan terlupa, tapi tak cukup masa.
Bila sudah beranak-pinak, kesibukan pun makin bertambah banyak. Tidur makin tak lena, makan makin tak berselera, mandi makin tak menyempat, berak pun nak kena cepat. Ada saja ujian yang cuba menduga kesabaran kita setiap masa. Sedih kan? Beruntung orang yang masih dapat menjaga amalan harian mereka walau banyak mana sekalipun kesibukan yang datang melanda.
Namun sedarkah kita bahawa Allah sebenarnya sedang memudahkan jalan dengan menyediakan ladang pahala buat kita?
Jika dahulu kita punya masa menjaga hubungan dengan Allah semata-mata, namun kini kita diberi peluang memelihara hubungan dengan manusia, semata-mata kerana Allah Taala. Bukankah ini yang sering kita hadapi setiap hari?
Kita mungkin sudah tidak dapat bangun tahajud kerana terlalu penat berkhidmat untuk keluarga kerana Allah. Sang isteri sudah tidak dapat berpuasa sunat mungkin kerana melayan perasaan suaminya kerana Allah. Tilawah dan zikir sudah tidak dapat dibuat mungkin kerana kini semakin banyak masa diluangkan untuk berpesan-pesan kepada ahli keluarga semata-mata kerana Allah.
Amalan tahajudnya kini diganti dengan khidmat bangun malam menenangkan anak yang terjaga dari tidurnya. Puasanya kini diganti dengan pahala sabarnya menghadapi kerenah pasangan dan anak-anaknya. Buah zikir dan tilawahnya kini sudah bukan setakat di bibir tetapi berada di dalam hati yang diterjemahkan dalam bentuk akhlak peribadi diri.
Walau apapun keadaan kita, belajarlah bersyukur menerima dengan apa yang ada di depan mata.
Orang bujang mungkin cemburu dengan mereka yang sudah berkeluarga kerana dia nampak agamanya makin sempurna dengan perkahwinan. Namun dia belum tahu dengan ujian yang bakal melanda. Oleh itu gunakanlah masa yang ada ini sebaik mungkin untuk membina amalan seutuh-utuhnya.
Orang yang berkeluarga pula pasti rindu zaman bujangnya. Namun ketahuilah bahawa Allah sedang menjadikan keluarga itu sebagai ladang pahala buat dirinya. Itu yang harus disyukuri dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Hatta orang yang ‘berkeluarga banyak’ sekalipun, yakinlah bahawa Allah sebenarnya sedang menyediakan wasilah jalan untuk kita menuju ke syurganya dengan keadaan kita. Syukurilah nikmat tersebut dan manfaatkan ia bersama.
Kita tidak tahu amalan kita yang manakah yang Allah suka yang akan membawa kita masuk ke syurga-Nya. Ada orang masuk syurga dengan solat wudhunya. Ada yang masuk syurga dengan kasihnya terhadap binatang. Dan ada juga dengan dakwah, jihad dan kebaikan yang dilakukan.
Kita mungkin memiliki syurga dengan khidmat dan nafkah yang diberi kepada keluarga. Atau sabarnya kita menghadapi kerenah pasangan dan anak-anak yang menduga jiwa. Atau mungkin kerana tabahnya kita berhadapan dengan ujian yang melanda.
Ingatlah, Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Baik sangkaan kita kepada Allah maka baiklah juga hal keadaan kita.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.