Membaca perkongsian daripada Bijen Mohd ini ada benarnya, terkadang antara kita ada merasakan selepas mendirikan rumah tangga, rutin seharian semakin hari semakin sibuk dirasakan. Pelbagai perkara perlu diuruskan dengan anak-anak, mengemas rumah, mencari rezeki dan sebagainya. Hingga disebabkan memberi fokus hal-hal demikian, amalan ibadah yang dahulunya biasa dilakukan semasa bujang contohnya dengan mengaji, solat hajat dan sebagainya tidak ‘terbuat’.

Memahami lagi apa yang ingin dikongsikan oleh Bijen Mohd, jom kita baca perkongsian daripadanya  dan semoga kita terus dapat laksanakan ibadah dengan sebaik mungkin sebagai tarbiah untuk diri kita yang sering lalai.

Ini perkonsiannya.

Perasan tak ada sesetengah dari kita dulu amalannya cukup terjaga? Dengan tahajud tiap malamnya, dengan puasa Isnin-Khamisnya, dengan tilawah dan zikirnya, serta berbagai lagi amalan para wali auliya.

Namun bila sudah berkeluarga, amalan yang dibina pun perlahan-lahan luput darinya. Si isteri sudah semakin sibuk dengan urusan dapurnya. Sang suami pula tekun bekerja mencari nafkah demi keluarga. Bukan terlupa, tapi tak cukup masa.

Bila sudah beranak-pinak, kesibukan pun makin bertambah banyak. Tidur makin tak lena, makan makin tak berselera, mandi makin tak menyempat, berak pun nak kena cepat. Ada saja ujian yang cuba menduga kesabaran kita setiap masa. Sedih kan? Beruntung orang yang masih dapat menjaga amalan harian mereka walau banyak mana sekalipun kesibukan yang datang melanda.

Namun sedarkah kita bahawa Allah sebenarnya sedang memudahkan jalan dengan menyediakan ladang pahala buat kita?

IKLAN

Jika dahulu kita punya masa menjaga hubungan dengan Allah semata-mata, namun kini kita diberi peluang memelihara hubungan dengan manusia, semata-mata kerana Allah Taala. Bukankah ini yang sering kita hadapi setiap hari?

Kita mungkin sudah tidak dapat bangun tahajud kerana terlalu penat berkhidmat untuk keluarga kerana Allah. Sang isteri sudah tidak dapat berpuasa sunat mungkin kerana melayan perasaan suaminya kerana Allah. Tilawah dan zikir sudah tidak dapat dibuat mungkin kerana kini semakin banyak masa diluangkan untuk berpesan-pesan kepada ahli keluarga semata-mata kerana Allah.

“Bila Sudah Beranak-pinak, Kesibukan Pun Makin Bertambah Banyak…” Ambil Kebaikan Dari Perkongsian Suami Ni!

Amalan tahajudnya kini diganti dengan khidmat bangun malam menenangkan anak yang terjaga dari tidurnya. Puasanya kini diganti dengan pahala sabarnya menghadapi kerenah pasangan dan anak-anaknya. Buah zikir dan tilawahnya kini sudah bukan setakat di bibir tetapi berada di dalam hati yang diterjemahkan dalam bentuk akhlak peribadi diri.
Walau apapun keadaan kita, belajarlah bersyukur menerima dengan apa yang ada di depan mata.

IKLAN

“Bila Sudah Beranak-pinak, Kesibukan Pun Makin Bertambah Banyak…” Ambil Kebaikan Dari Perkongsian Suami Ni!

Orang bujang mungkin cemburu dengan mereka yang sudah berkeluarga kerana dia nampak agamanya makin sempurna dengan perkahwinan. Namun dia belum tahu dengan ujian yang bakal melanda. Oleh itu gunakanlah masa yang ada ini sebaik mungkin untuk membina amalan seutuh-utuhnya.

Orang yang berkeluarga pula pasti rindu zaman bujangnya. Namun ketahuilah bahawa Allah sedang menjadikan keluarga itu sebagai ladang pahala buat dirinya. Itu yang harus disyukuri dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Bila Sudah Beranak-pinak, Kesibukan Pun Makin Bertambah Banyak…” Ambil Kebaikan Dari Perkongsian Suami Ni!

IKLAN

Hatta orang yang ‘berkeluarga banyak’ sekalipun, yakinlah bahawa Allah sebenarnya sedang menyediakan wasilah jalan untuk kita menuju ke syurganya dengan keadaan kita. Syukurilah nikmat tersebut dan manfaatkan ia bersama.

Kita tidak tahu amalan kita yang manakah yang Allah suka yang akan membawa kita masuk ke syurga-Nya. Ada orang masuk syurga dengan solat wudhunya. Ada yang masuk syurga dengan kasihnya terhadap binatang. Dan ada juga dengan dakwah, jihad dan kebaikan yang dilakukan.

Kita mungkin memiliki syurga dengan khidmat dan nafkah yang diberi kepada keluarga. Atau sabarnya kita menghadapi kerenah pasangan dan anak-anak yang menduga jiwa. Atau mungkin kerana tabahnya kita berhadapan dengan ujian yang melanda.
Ingatlah, Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Baik sangkaan kita kepada Allah maka baiklah juga hal keadaan kita.

Wallahua’lam.

Sumber : Bijen Mohd 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI