Makan

Resipi Popia Inti Ikan, Rangup & Sedap, Boleh Ikut Resipi Ini, Mesti Jadi!

Share

Kuih berasaskan ikan memang banyak dijual di Terengganu. Menu popia inti ikan rasanya rangup dan sedap pastinya digemari seisi keluarga. Memang susah hendak dapatkan kuih yang berintikan ikan, jadi boleh cuba resipu popia ikan ini.

Jika anda tidak pandai membuat karipap, sesuai sangat buat popia berintikan ikan ini. Gunakan kulit popia. Mudah sangat nak buat!

Resipi Popia Inti Ikan

 

Bahan-bahan:

5/6 ekor ikan
4 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
1 sudu kecil halba
2 biji lada kecil – (resepi asal tiada cili. Boleh letak untuk beri rasa pedas)
1 kotak 200 ml santan

Rangup & Sedap, Boleh Ikut Resipi Ini, Mesti Jadi!

Cara membuat:

1.Rebus ikan dengan sekeping asam keping dan sedikit garam. Rebus sampai ikan masak. Ikan ini boleh sahaja guna ikan kembung, selar, selayang atau sardin. Ikut selera masing-masing.

2.Sambil menunggu ikan direbus, kisar halus bawang kecil, halia dan lada kecil.

3.Setelah ikan siap direbus, buang tulangnya. Ambil isinya sahaja. Hancur-hancurkan guna tangan.

4.Selepas itu masukkan isi ikan dalam kuali. Jangan isi minyak. Masukkan terus isi ikan, bahan kisar, halba dan santan.

5.Seterusnya masukkan 200 ml santan kotak. Kalau guna santan segar, masukkan 1 cawan.

6.Kacau sebati mengggunakan api sederhana. Ketika ini boleh masukkan gula 2 sudu kecil dan garam 1/2 sudu kecil. Masak sampai kering tapi jangan terlalu kering.

7. Apabila nampak sudah kering, tutup api. Biarkan sejuk dahulu.

8. Sudah sejuk, gulunglah popia inti ikan ini. Letak 1 sudu besar inti popia ini atas kulit popia. Gulung padat dan kemas supaya popia rangup sampai malam.

9.Gulunglah hingga habis. Untuk 5 ekor ikan, anda boleh dapat 15 hingga 17 popia.

10.Goreng dengan minyak panas yang apinya sederhana. Jangan guna api besar, nanti cepat sangat kulit popia masak dan cepatlah jadi lembik kulitnya nanti.

11. Apabila sudah nampak warna kuning keemasan, bolehlah angkat. Hidangkan.

Sumber: Wan N Wan M

Artikel berkaitan: Popia Mini Lagi Sedap Kalau Inti Buat Sendiri, Ni Cara Buatnya Boleh Follow!

Popia Ala Carbonara Mudah Untuk Kudapan Petang

Popia Ikan Dengan Cheese, Resipi Minum Petang Untuk Seisi Keluarga.

IKLAN