Kuih berasaskan ikan memang banyak dijual di Terengganu. Menu popia inti ikan rasanya rangup dan sedap pastinya digemari seisi keluarga. Memang susah hendak dapatkan kuih yang berintikan ikan, jadi boleh cuba resipu popia ikan ini.
Jika anda tidak pandai membuat karipap, sesuai sangat buat popia berintikan ikan ini. Gunakan kulit popia. Mudah sangat nak buat!
Resipi Popia Inti Ikan
Bahan-bahan:
5/6 ekor ikan
4 ulas bawang merah kecil
1 inci halia
1 sudu kecil halba
2 biji lada kecil – (resepi asal tiada cili. Boleh letak untuk beri rasa pedas)
1 kotak 200 ml santan
Rangup & Sedap, Boleh Ikut Resipi Ini, Mesti Jadi!
Cara membuat:
1.Rebus ikan dengan sekeping asam keping dan sedikit garam. Rebus sampai ikan masak. Ikan ini boleh sahaja guna ikan kembung, selar, selayang atau sardin. Ikut selera masing-masing.
2.Sambil menunggu ikan direbus, kisar halus bawang kecil, halia dan lada kecil.
Ads
3.Setelah ikan siap direbus, buang tulangnya. Ambil isinya sahaja. Hancur-hancurkan guna tangan.
4.Selepas itu masukkan isi ikan dalam kuali. Jangan isi minyak. Masukkan terus isi ikan, bahan kisar, halba dan santan.
6.Kacau sebati mengggunakan api sederhana. Ketika ini boleh masukkan gula 2 sudu kecil dan garam 1/2 sudu kecil. Masak sampai kering tapi jangan terlalu kering.
7. Apabila nampak sudah kering, tutup api. Biarkan sejuk dahulu.
8. Sudah sejuk, gulunglah popia inti ikan ini. Letak 1 sudu besar inti popia ini atas kulit popia. Gulung padat dan kemas supaya popia rangup sampai malam.
Ads
9.Gulunglah hingga habis. Untuk 5 ekor ikan, anda boleh dapat 15 hingga 17 popia.
10.Goreng dengan minyak panas yang apinya sederhana. Jangan guna api besar, nanti cepat sangat kulit popia masak dan cepatlah jadi lembik kulitnya nanti.
11. Apabila sudah nampak warna kuning keemasan, bolehlah angkat. Hidangkan.
Bila tekak terasa hendak makan sesuatu yang enak dan manis, menu puding boleh dijadikan pilihan yang pastinya tidak akan menghampakan anda sekeluarga. Dan dalam banyak-banyak resipi puding yang boleh dicuba, apa kata anda sediakan Puding Biskut Marie ini. Bukan sahaja sedap, malah membuatnya juga sangat mudah.
Ini sebagaimana yang dikongsikan resipinya oleh Puan Nur Haziqah, menurutnya ia seakan kek batik, tapi puding biskut marie. Rasa macam kek batik cuma tekstur puding.
Jadi buat anda yang ingin mencuba rasa keenakan Puding Biskut Marie ini bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan di sini.
RESEPI PUDING BISKUT MARIE
Bahan-bahan
• biskut marie original – boleh beli online di sini
• serbuk agar-agar 10gm (saya guna cap bunga raya)
• 2 1/2 cawan air
• 1 cawan fresh milk / susu cair
• 1/2 cawan susu pekat (kalau tak nak manis 1/4 cawan )
• 1/2 cawan tepung kastard – boleh beli online di sini
• 1 biji telur
• 120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
• 3 sb serbuk koko
• 12 sb milo – boleh beli online di sini
Cara-cara
1. Blend fresh milk , susu pekat , telur dan tepung kastard sehingga sebati.
2. Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
3. Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
4. Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
6 Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api
7. Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik
8. Tuang adunan puding , nipis saja
9 Susunkan biskut marie
10. Kemudian tuang lagi adunan puding
11. Ulang sampai adunan puding habis
11. Sejukkan baru potong.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Menceriakan waktu-waktu petang begini, menarik juga jika dapat menikmati cucur udang bersama ahli keluarga. Lagi puas hati kalau dimasak sendiri. Dapatlah kita anak beranak makan dengan berselera sambil ditemani secawan kopi terhidang di atas meja.
Untuk itu, demi menyajikan hidangan yang bukan sahaja enak rasanya malah cucur yang dimasak comel membulat dan gebu bentuknya, ada rahsianya. Nak tahu apakah itu, baca perkongsian daripada peniaga cucur udang ini yang tidak lokek dengan ilmu. Jom semak.
Cucur Kucai Udang Laku Keras
Saya jual RM1 4ketoi. Resepi yang simple.. Semua orang boleh buat… Saya halalkan resepi ini untuk kita semua
Bahan-bahan:
Tepung=1kg
Ibu roti@mauripan@yis=1/2peket
Garam=secukup rasa
Lada sulah=1sudu
Cili kisar=2sudu
Kucai =1ikat
Taugeh=RM1 cukup
Udang=saya pakai udang kertas jew
Air masak=agak-agak
Telur=1biji(letak boleh.. Tak letak pun tetap akan bulat & gebu)
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan kecuali kucai dengan udang.
Agak-agak dah tak berketul dan air masak.. Janga lembik sangat.. Jangan padat sangat.. Kang keras kejung pulok bila goreng.
Lepas tu baru letak kucai dengan udang.
Gaul sebati.
Biarkan dalam 1/2jam baru goreng. Pastikan minyak betul-betul panas
Goreng biar garing-garing sikit. Baru sedap makan dan selamat mencuba. Inshaallah jadi
Peti ais yang dah lama sangat tak dicuci memang meninggalkan bau yang kurang enak. Lebih-lebih lagi bila ada makanan atau sisa makanan yang tertumpah dan melekat pada peti ais.
Bau hanyir ikan dan bahan basah lain yang melekat pada bahagian pembeku juga akan meninggalkan bau yang kurang enak pada keseluruhan bau peti ais.
Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini. Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar
Selamat mencuba!
Foto: Ceritera cinderella.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.