Tetamu nak datang berkunjung, ibu-ibu buntu nak sediakan apa untuk hidangan minum petang. Selain sebiji kek buatan sendiri, mungkin boleh juga sediakan puding istimewa.

Jom cuba resipi Puding Biskut Crackers air tangan Suriea Mohd Noor ini yang pasti menyuntik bangkit selera buat semua. Yang penting bahan yang digunakan simple jer, pasti ada di dapur anda dan cara membuatnya juga mudah.


Alhamdulillah. Dapat penuhi hajat cikgu. Bulan januari lalu, cikgu nk order tapi waktu tu kak sibuk nak kenduri kawen anak. Hari sabtu baru ni, cikgu tanya lagi nk order puding biskut febretnya utk pagi Isnin.. Ok cikgu in shaa ALLAH.

Masalah nk membuat puding ni ialah kena berdiri lama tuk kacau adunan. Mcm nk buat puding jagung tu. Kalau tak kacau, berkerak dan hangus kat dasar periuk.. Hmm dah berumur ni, cepat lenguh kaki.. ?

Pastu terfikir kenapa tak gunakan periuk nasi elektrik ajer.. Bawak ke lantailah periuk nasi, sukat bahan2, kak pun mengacau larutan puding dgn gembira. Duduk bersilalah.. Hasil pun memuaskan.. Ank beritahu, Cikgu kata sedap puding ibu.. Syukur.. T.kasih cikgu.. Order yg ini cikgu nk warna hijau..

Resipi Puding Biskut Crackers Versi Rice Cooker Ni Guna Bahan Yang Simple Jer Tapi Yummy. Lembut & Lemak Manis Pula Tu Rasanya!

PUDING BISKUT CRACKERS
(versi rice cooker)

Oleh: Suriea Mohd Noor
Hasil: anggaran 24 biji acuan ros ?

Bahan2:
20gm agar2 serbuk
6 cwn air masak
12 keping biskut cream crackers (jenama munchys)
1 cawan susu pekat/krimer pekat manis
1 cawan susu isian sejat/susu cair (guna ideal lebih sedap)
1/2 cawan gula pasir
pewarna pilihan
Saya guna pewarna star brand

IKLAN

Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik.

Penyediaan:

1. Mula2 kita masukkan susu cair ke dalam blender.
Masukkan biskut, patah2kan sedikit.
Masukkan susu pekat/krimer manis.
Blend semua bahan. Ketepikan.

Resipi Puding Biskut Crackers Versi Rice Cooker Ni Guna Bahan Yang Simple Jer Tapi Yummy. Lembut & Lemak Manis Pula Tu Rasanya!

2. Sediakan periuk.
Masukkan 6 cawan air masak (air pada suhu bilik ye, bukan air panas, nanti agar2 serbuk akan berketul2).
Masukkan agar2 serbuk.
Kacau rata. Gunalah senduk utk kacau larutan.

Resipi Puding Biskut Crackers Versi Rice Cooker Ni Guna Bahan Yang Simple Jer Tapi Yummy. Lembut & Lemak Manis Pula Tu Rasanya!

IKLAN

Kemudian ON kan suis periuk nasi dan tekan butang COOK.
Sentiasa kacau larutan.
Setelah 5 minit, masukkan gula.
Kacau sebati.
Terus mengacau larutan, anggaran 5 minit lagi (total 10 minit).

3. Setelah 10 minit, perlahan2 masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk.

Terus mengacau larutan, anggaran 15 minit. Larutan menjadi pekat sedikit dan kita tak nak bahan2 hangus di dasar periuk.

4. Setelah 10 minit yg pertama dari total masa 15 minit berlalu, berhenti mengacau larutan sekejap. Kita nak tunggu buih2 muncul tanda larutan dah mendidih. Bila dah didih sekejap, terus mengacau ye. Tak nk hangus. Dan OFF suis periuk nasi.

Resipi Puding Biskut Crackers Versi Rice Cooker Ni Guna Bahan Yang Simple Jer Tapi Yummy. Lembut & Lemak Manis Pula Tu Rasanya!

IKLAN

5. Angkat periuk nasi yg ada larutan puding dan letak atas alas yg tahan panas.

Kalau nak buat puding satu warna, bolehlah masukkan pewarna terus je dalam periuk. Kacau rata.

6. Siapkan acuan yang hendak digunakan. Basahkan acuan dengan air dan toskan. Tak payah lap. Mudah untuk keluarkan puding nanti.

Resipi Puding Biskut Crackers Versi Rice Cooker Ni Guna Bahan Yang Simple Jer Tapi Yummy. Lembut & Lemak Manis Pula Tu Rasanya!

7. Keraskan pada suhu bilik selama 1 jam sebelum dimasukkan ke peti sejuk.

Resipi Puding Biskut Crackers Versi Rice Cooker Ni Guna Bahan Yang Simple Jer Tapi Yummy. Lembut & Lemak Manis Pula Tu Rasanya!

SELAMAT MENCUBA ?

Sumber: Suriea Mohd Noor

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI