Putu Perak antara kuih warisan tradisional negeri Perak yang kekal digemari sehingga ke hari ini. Bagaimanapun agak sukar untuk ‘menemui’ kuih putu perak ini kecuali balik ke kampung. Itu pun hanya boleh didapati pasar pagi.
Resipi Putu Perak Homemade
Untuk membuat putu perak selalunya menggunakan kain kasa. Jika tiada kain kasa, daun pisang juga boleh digunakan. Aroma daun pisang menjadikan kuih putu perak jadi lebih enak dinikmati.
PUTU PERAK
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air suam
1 cawan gula halus (gula dikisar)
1 sudu kecil garam
BAHAN INTI PUTU
Kelapa parut (putih sahaja)
Garam secukupnya
Ads
*Satukan kelapa dan garam. Gaul sebati.
Senang Nak Buat & Tak Perlu Banyak Bahan
CARA MEMBUAT:
1. Dalam bekas besar, satukan tepung beras, tepung pulut dan garam. Gaul semuanya supaya sebati.
2. Kemudian masukkan air secara sedikit demi sedikiti. Ramas-ramaskan sehingga berketul-ketul.
Ads
3. Pastikan tepung peroi dan bukan lembap. Kita akan tapiskan tepung itu.
4. Apabila tepung sudah nampak peroi, masukkan sikit dalam penapis. Tonyoh dengan jari supaya tepung boleh ditapis.
5. Siap ditapis, masukkan gula. Gaul rata. Kemudian tapis sekali lagi.
Ads
6. Masukkan adunan dalam acuan. Jangan ditekan. Masukkan sahaja. Mula-mula masukkan separuh dahulu. Kemudian letakkan inti kelapa. Kemudian masukkan adunan lagi sehingga penuh. Ratakan atasnya dan letak daun pisang. Terlangkupkan dalam kukusan.
7. Ulang langkah 6 sehingga habis adunan.
8. Kukuskan putu selama 10 minit.
TIP
– Kalau ketika masukkan adunan tepung itu kita tekan, putu akan jadi padat.
– Kesannya, putu susah untuk dikeluarkan daripada acuan.
– Air kukusan jangan terlalu banyak. Isi air kukusan sedikit sahaja supaya air tidak menitis atas putu.
– Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, baru masukkan putu.
Hendak memasak kari bukan senang. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah kuahnya jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh mak-mak kita? Perkongsian Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, boleh kita jadikan panduan untuk masak kari lebih umphh macam mak-mak kita.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak?
Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kak Jee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kak Jee dan Uncle Pali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, asyik senyum kat customer yang makan situ, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri yang dah pencen. Usia dalam lingkungan lewat 60-an masa tu. Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang. Pindah ke KL ikut anak.
Kak Jee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kak Jee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Dulu-dulu kalau masak kari, Kak Jee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kak Jee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.
“Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
” Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Tak percaya korang cubalah. Begitu perkongsiannya.
5 Tips Ekstra
Berikut merupakan lima langkah yang anda boleh ikuti untuk pastikan kari bertambah enak. Kena tahu lima cara ni.
Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada rasa kuah kari.
Bubur nasi bukan sahaja menu yang sesuai dinikmati oleh kanak-kanak tapi kita sebagai orang dewasa juga akan berselera menikmati hidangan nan satu ini. Apatah lagi jika demam atau kurang sihat. Inilah salah satu menu yang boleh membangkitkan selera.
Menyentuh tentang bubur nasi ini, mungkin ramai antara kita pernah merasai keenakan rasa bubur nasi yang ditawarkan di restoran-restoran tertentu dan salah satunya Bubur Ayam McD.
Pastinya jika dapat disediakan menu seakan-akan rasanya begitu, pasti puas hati dibuatnya. Untuk itu apa kata mencuba resipi yang dikongsikan ini. Katanya, rasa menu ini hampir sama dan untuk membuktikannya kenalah dicuba terlebih dahulu.
Ini perkongsiannya.
Repeat buat lagi Bubur Ayam McD resipi asal memang dari pekerja McD sendiri..memang betul-betul sama dan sedap cuma harini tak letak daun bawang sebab lupa beli.
Mommies2 boleh try confirm anak makan laju je bertambah-tambah lagi..tak percaya boleh try kat bawah ni ummi sertakan resipi.
Resepi Bubur Ayam McD terlajak sedap
Ayam potong dadu-dadu kecik..pastu perapkan dengan
halia kejap (HIRIS BESAR-BESAR)
Sementara tu masak bubur dulu.. letak daun pandan + kiub pati ayam + garam sikit +
carrot potong dadu kecil-kecil sangat then masak sampai jadi bubur baru masukkan perapan ayam dengan halia tadi dalam bubur.
Dah lama sikit KELUARKAN hirisan halia tu (taknak tergigit time makan nanti tak sedap)
Bawang putih + lada merah cincang halus ,serbuk lada hitam tumis dengan minyak
bijan (letak minyak bijan lebih sikit baru naik bau dia sedap)
Tutup api, tabur daun bawang dan bawang goreng
Nak letak daun kucai pun boleh (optional je bagus untuk otak bebudak) masukkan last lepas tutup api.
Bawang antara bahan mentah yang banyak digunakan dalam masakan. Bagi ibu-ibu yang bekerja, masa memasak agak terhad.
Nak cepat dan jimatkan masa, boleh cuba kaedah ini. Kisarlah bawang banyak-banyak untuk memudahkan kerja memasak nanti.
Usah risau kalau bawang tu busuk, ada petua macam mana nak pastikan bawang tersebut tahan lebih lama.Caranya adalah dengan meletakkan sedikit garam dalam bawang yang hendak dikisar. Kemudian simpan bahan kisaran dalam bekas kaca sebelum disimpan dalam peti sejuk. Buat pengetahuan ibu-ibu semua, petua ni juga sesuai untuk bahan kisaran yang lain termasuk cili kering dan halia.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...