Inginkan hidangan sarapan yang simple tapi sedap, boleh cuba buat roti Arab. Ia merupakan menu yang menggunakan tepung gandum dan dicicah bersama kuah seperti kari ayam atau daging.
Sudah semestinya juadah ini dapat menarik minat suami dan anak-anak di rumah. Resepi ini amat mudah untuk dibuat dan hasilnya juga pasti menarik dan sedap.
Ikuti resepi roti arab ini yang telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat cara-cara penyediaanya.
Peram yis ..gula..susu cair..bila dan berbuih..masukkan tepung sikit2..uli hingga elastik..kalo adunan kering..masukkan air sikit2 dan uli hingga gebu dan cantik licin
Bentukkan bulat2..perap lg 30 minit…kembang elok…gelekkan dgn penggelek nipis2.
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid,23 ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri. Malah, tak lama lagi bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil 4 bulan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuih tepung gomak antara kuih tradisi yang jarang-jarang kita nampak dijual berbanding kuih karipap, apam, kuih keria dan sebagainya yang begitu mudah didapati.
Oleh itu, buat yang rindu dan ingin mengembalikan nostalgia untuk merasai keenakan rasa kuih tepung gomak seperti mak-mak kita buat, bolehlah sediakannya dengan menggunakan resipi yang dikongsikan ini.
Tepung Gomak
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
1 sdb tepung gandum
1 cawan santan (tak perlu habiskan) bergantung pada doh
Cara buat :
1.Satukan tepung pulut dan tepung gandum
2.Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga jadi doh.. tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras
Bahan Inti:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sdb tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan disimpul
Cara Buat :
1.Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan
2.Kemudian masukkan kelapa parut
3. Masak sehingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum
4.Dengan api perlahan kacau rata sehingga intinya lembab-lembab sedikit
5.Angkat kemudian sejukkan.
Tepung kacang hijau secukupnya- ni opah beli yang sudah siap. Sangai kemudian ayak. (Beli online DI SINI)
Caranya:
1.Didihkan air
2.Ambil sedikit doh (agak-agak le kome nak beso mana pun) masukkan inti kemudian bulatkan
3.Rebus doh sehingga timbul/terapung
4.Angkat dan toskan
5.Golek atau salut dengan tepung hijau tadi
6.Siap dihidangkan
Tips: Cara opah sambil golekkan tu opah tekan perlahan-lahan dan lemperkan
Kematian itu suatu rahsia Sang Rabb. Sebagai umatNya, kita tidak tahu jauh sekali dapat mengetahui bilakah akan sampai masa kita. Sementelah syarat mati bukanlah usia tua dan tahap kesihatan yang kurang, sebaliknya ramai orang muda dan sihat yang telah pergi dahulu tanpa siapapun menyangka ia boleh terjadi.
Maka bersedialah dari awal. Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita kematian yang baik, Husnul Khotimah. Aamiin…
Kisah ini berlaku pada seorang anak muda yang meninggal dunia akibat kemalangan. Anak kedua dari enam beradik ini dilanda musibah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum kemalangan dengan sebuah lori.
“Jam 3:30 pagi, kami baru sampai ke rumah masing-masing setelah melalui perjalanan 496 kilometer pergi-balik dari KL ke Peserai, Batu Pahat, Johor menghantar satu jenazah remaja lelaki berusia 18 tahun yang maut akibat kemalangan.
Ayah tenang dan reda
Ayahnya memaklumkan kepada kami, anaknya itu nombor dua dari enam beradik baru saja mendapat pekerjaan di Ibu Kota dan hari ini (Selasa) sepatutnya merupakan hari pertama dia mula bekerja di situ. Namun musibah menimpa dirinya apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Semenyih. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Dari raut wajah ayahnya kelihatan sangat tenang dan sesekali mampu untuk tersenyum kecil seolah dia dapat menerima berita kematian anak lelakinya itu dengan redha.
Berbeza watak dengan si ibu yang semenjak dari awal saya bertemu dengannya tidak henti-henti mengalirkan air mata seolah mahu dihabiskan seluruh titisan air matanya itu untuk menerima kenyataan bahawa anak yang baru dilepaskan pergi dari rumah pagi itu telah pergi buat selamanya.
Sewaktu proses pengecaman mayat dibuat setelah selesai urusan bedah siasat, orang pertama yang menerpa masuk ke bilik mayat adalah si ibu. Melihat sekujur tubuh yang diselimuti sehelai kain putih, si ibu menggigil membuka helaian kain yang menutup wajah si anak. Berhamburan air mata si ibu saat menatap wajah anaknya yang sudah tidak bernyawa itu.
Perlahan si ibu mula bersuara membisikkan sesuatu di telinga jasad anaknya itu;
“Syafie, pergilah Nak.. Mak redha.. Mak halalkan setiap titisan susu Mak yang ada dalam badan kamu. Mak ampunkan segala dosa kamu…”
Ibu berat hati
Setiap kali berhadapan dengan situasi sebegini, pasti saya segera memalingkan wajah menahan perasaan yang sedih ini. Jujur saya katakan, terlibat dalam urusan kematian bukan suatu perkara yang sukar, namun saat berhadapan dengan situasi yang memilukan sebegini, menjadi sukar bagi saya membendung emosi sendiri. Alhamdulillah semampunya dapat dikawal, cuma sesekali mengalir juga air mata ini tanpa dipinta.
Si Ayah bercerita, ketika anaknya ini hendak mula bekerja di Ibu Kota, ibunya seolah berat hati hendak melepaskannya pergi. Bagai ada suatu perasaan yang tidak tahu hendak ditafsirkan ketika itu. Ayahnya akui arwah anaknya itu seorang yang berdikari dan tidak suka membuang masa. Seusai saja menduduki SPM, dia terus mencari kerja di luar.
Kami sampai ke kampungnya di Peserai saat azan Maghrib mula berkumandang. Jenazah dibawa naik ke atas rumahnya sementara menunggu urusan solat jenazah seusai solat Isyak dan pengebumiannya.
Air mata si ayah
Alhamdulillah, masyarakat di kampung ini hadir menziarahi keluarga arwah tidak putus-putus dan ramai yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan untuk mengebumikannya.
Saat hendak melepaskan keranda anaknya ke dalam tanah, barulah kelihatan air mata Si Ayah mula mengalir tenang. Suaranya ketika berbicara pun mula berubah sebak. Sifat unik orang lelaki, selagi boleh tahan dia pasti akan menahan namun ketika perasaan sudah sampai ke kemuncak, tiada lagi yang mampu menahan titisan air mata tanda luahan perasaan yang sekian lama dibendung dalam jiwa.
Ketentuan takdir
Si Ibu pula berkali-kali meminta izin untuk menatap wajah anak kesayangannya itu sehinggalah di tepi liang kubur pun masih mahu melihat wajah anaknya itu. Begitulah kasih dan luhurnya seorang ibu yang telah mengandungkan kita di dalam perutnya dan membesarkan kita dengan susunya, namun terpaksa menerima ketentuan takdir sebegini.
Seusai mengebumikan jenazah, kelihatan si ibulah orang terakhir yang meninggalkan jejak di pusara anaknya itu. Begitu kuat kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Sungguh, kasih ibu membawa ke Syurga.
Duhai anak muda, hargailah ibu ayahmu selagi mereka masih ada. Mohonlah doa dan keampunan selalu dari mereka. Sesungguhnya Syurga kita ada pada keredhaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.