Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid,23 ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Ads
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri. Malah, tak lama lagi bakal menimang cahaya mata kami yang pertama.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil 4 bulan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Ads
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
Ads
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada ketikanya kita selalu mengeluh rezeki tak cukup. Lihat kawan-kawan hidup gembira, nak beli itu ini tiada masalah mula lah hati mengeluh kenapa tidak mampu seperti mereka. Hati mula berbolak balik, bergaduh dengan pasangan, menyalahkan takdir dan sebagainya. Sedangkan kekurangan yang ada dalam diri sendiri langsung tidak disemak.
Ya memang tidak dinafikan, ada sesetengah daripada kita berdepan dengan masalah rezeki. Namun, kita lupa setiap apa yang kita peroleh itu datangnya dari Dia. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakan olehNya baik sikit mahupun banyak.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar menerusi tulisannya di facebook baru-baru ini.
Bila kita perasan rezeki kita seperti tak cukup, semak balik diri kita tentang 2 perkara ini;
1. Sembahyang kita.
Apakah sembahyang kita cukup kita jaga? Waktu sembahyang kita bagaimana? Di awal waktu, tengah atau selalu di hujung?
Atau mungkin kadang tinggalkan sahaja sebab sibuk urusan kerja.
Sedangkan sembahyang ini hubungan secara terus kita dengan Allah yang memberi rezeki. Kerja kita cuma alat untuk kita berusaha.
2. Semak tentang zakat pendapatan.
Ramai yang merasakan hal zakat pendapatan ini untuk yang kaya sahaja. Ada kereta besar dan rumah besar.
“Saya ni kereta kecil, rumah pun sewa je. Rasanya tak kena bayar zakat.”
Ambil mudah begini yang jadi isu.
“Tuan dah pernah semak dan buat pengiraan di pejabat zakat?”
Selalunya mesti jawab tak pernah pergi pun. Cubalah pergi buat kiraan. Kalau tak banyak pun, sikit setakat berapa ringgit, rupanya ada bahagian pendapatan kita yang masih kena zakat.
Ingat, selepas kita keluarkan zakat Allah akan sucikan harta kita. Dan Allah akan tambahkan keberkatan dalam harta dan pendapatan kita.
Maka, nanti perasaan tak cukup itu akan hilang. Kerana apa?
Kerana yang memberi kecukupan atas segala isi dunia ini adalah Allah.
Percayalah.
Firdaus Mokhtar, Sama-sama koreksi diri semul
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sayur yang dibeli biasanya tak tahan lama. Belum dua hari sudah layu. Termasuklah juga kalau disimpan lama dalam peti sejuk. Satu perkongsian telah dibuat melalui facebook Puan Syikin Miskam tentang tips sayur kekal segar walaupun dah disimpan selama 10 hari.
Jom baca perkongsian dan cuba cara ini.
TIPS SAYUR KEKAL SEGAR.
Harini saya nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan.
Saya dan suami akan ke pasar borong selangor 2 atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak. Percaya atau tidak semua sayur ni harga tak sampai RM20 tau. Jimatkan kan kan.
Kami akan spend Rm150++ sahaja untuk barang basah bagi 2 atau 3 minggu kegunaan. Eh panjang pulak pengenalan, jom kita pergi ke tips simpan sayur segar berminggu-minggu.
1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2. Toskan selama beberapa minit.
3. Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4 .Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.
Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah tak payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam menghias rumah, kemasan lantai turut berperanan mencipta gaya dan keselesaan ruangan. Umpamanya memilih pemasangan kemasan kayu vinyl. Ianya bukan sahaja nampak cantik malah memberi keselesaan.
Pun begitu, semua itu memerlukan sejumlah kos yang besar. Namun untuk lebih menjimatkan, praktis DIY harus dilakukan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Encik Khairul Ezuwan ini, melihat perbezaan kos yang ketara bila pemasangan dilakukan sendiri. Kerja-kerja ini lebih seronok dilakukan bila anak lelakinya juga membantu.
Jom semak perkongsian ini.
Dah siap.Dulu Saya ingatkan RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinyl ni . Rupanya kos kurang dari RM1,000 untuk keluasan 300 sqft dengan DIY.
Sebab ramai yang berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinyl DIY ni saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan yang digunakan untuk pemasangan dan lokasi nak dapatkan bahan.
Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki dan lebar 6 inchi . Satu kotak mengandungi 16 keping .harga setiap kotak cuma RM58. Untuk keluasan 300 sqft ruang yg saya buat ni menggunakan 13 kotak kesemuanya. Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 sqft ni. Saya beli 20 kotak Vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak yang tak guna & 2 tong vinyl glue , satu tong lagi langsung tak terusik.
Kalau ikut kos sebenar untuk pasang lantai keluasan 300 sqft ni :
Vinyl adhesive 13 kotak = (RM58 x 13 ) = RM754
Vinyl glue 1 tong = (RM68 x 1) = RM68
Jumlah kos = RM822
Alatan yang saya gunakan untuk DIY ni punya sangat simple (ini diy tau bukan kontraktor professional)