Menu apa ibu-ibu sediakan untuk anak-anak pagi ni. Kalau masih belum ada, cubalah resipi mudah tapi sedap ini.
Roti Pattaya yang dikongsikan oleh puan Jnida Nyda hanya guna tiga bahan je. resepi Roti Pataya menjadi perhatian netizen dengan cara olahan yang cukup mudah tapi nampak sangat menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu!
ROTI PATTAYA 3 bahan. Senang sangat nak buat! Inti tak kisah nak pakai inti apa,sy buat inti sardin senang. ▶️inti sardin ▶️telur ▶️roti gardenia . Cara masak semua dalam caption ya. Ni kalau buat untuk makan petang anak ni,laku keras ni 😘
-inti sardin (sy tumis dulu sardin ni,terpulang pada korang nak tumis atau nk letak mentah je)
Ads
Cara membuat:
Panaskan pan dan tuang sebiji telur dan ratakan (ala ala nak buat pattaya)
2. Letakkan sekeping roti
Ads
3. Letakkan inti di atas roti
4. Tutup dengan sekeping lagi roti
Ads
5. Part ni mencabar!
Nak bungkus dia,boleh buat kuali terbang. Jangan nipis sangat ok,nanti dia pecah tak cantik.
Perasan atau tidak sabun pencuci pinggan di rumah begitu cepat habisnya. Kadang-kadang tak sampai sebulan, terpaksa beli yang baharu. Lagi-lagi bila menggunakan sabun pencuci pinggan jenis cecair, terasa ‘seronok’ sahaja menggunakannya. Sedar-sedar habis setengah botol dituang.
Itu belum cerita lagi bila anak-anak mencuci pinggan mangkuk, mahu sebotol habis dituangnya. Selagi tidak berbuih banyak selagi itulah dituangnya cecair pencuci pinggan mengikut sesuka hati.
Jadi terfikir-fikir juga cara bagaimana untuk kita dapat berjimat. Oleh itu, apa kata guna trik atau teknik yang dipraktikkan oleh Puan Roslina ini.
Menurutnya daripada sebotol sunlight 1 liter dia boleh jadikan 6 liter sabun pencuci tanpa menjejaskan keupayaan bahan pencuci tersebut menanggalkan kesan minyak dan kotoran yang ada pada pinggan mangkuk.
Sungguh menarik perkongsian ini, bukan dan rugi kiranya jika tidak dicuba.
Bahkan menurut Puan Roslina lagi, dia sangat bersyukur mempraktikkan kaedah ini. Sejak dia mengamalkan cara ini dia dapat berjimat. Dulu dalam sebulan dia menggunakan 3 botol yang 1 liter. Sekarang ini dengan 1 liter, sebulan pun tak habis.
Jadi buat anda yang ingin mencuba berjimat dengan menghasilkan cecair pencuci ini, begini caranya.
Garam halus setengah kilo, nanti tambah air panas dalam tu. Kacau sampai larut baru letak dalam botol berisi sunligth.
Selepas itu tambah air paip biar penuh baru goncang biar sebati.
Sedia untuk digunakan.
Anda mesti tertanya-tanya kenapa perlu letak garam?
Menurut salah seorang pemilik akaun Twiiter @aiman_ideris, sabun akan jadi lebih berkesan jika ditambah dengan garam. Setiap pencuci sabun sememangnya mempunyai komponen utama iaitu sodium (Na) yang dikenali juga sebagai garam. Salah satu sebab kita tambahkan garam supaya garam itu cair dalam larutan sabun kemudian jadikan cecair itu lebih pekat.
Jodoh, ajal maut, rezeki semuanya ketentuan dariNya. Ada orang rezekinya sentiasa murah, dikurniakan keluarga yang bahagia, kerja yang bagus. Ada orang sebaliknya, Itulah kehidupan dan segalanya sudah tertulis olehNya. Kita sebagai hamba harus reda dan terima segalanya dengan rela hati.
Demikian antara inti pati perkongsian oleh saudari Izyan Izdihar Shaarani menerusi laman facebooknya. Moga bermanfaat untuk kita semua!
Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.
Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.
Ada orang, anaknya semua lelaki.. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.
Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.
Apa masalah kita sebenarnya?.
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia. Di tangan anak. Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu allah.
Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.
Itulah kita kata rezeki. Dan rezeki itu hak allah. Yakin. Yakin. Yakin.
Jangan runsingkan kerja allah. Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.
Jangan runsing belum ketemu jodoh jangan ribut belum ada zuriat jangan sedih hanya kerana beranak sorang jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.
Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.
Masa depan kita sentiasa di ‘tangan’ allah. Dan allah itu adil. Setiap orang akan dapat apa yang allah kata dia layak dapat.
Pendek kata allah ada. Jangan takut…
Allah sentiasa bersama kita…
Aamiin…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap orang punya cara tersendiri untuk menambahkan pendapatan keluarga. lebih-lebih lagi di waktu pandemik Covid-19 melanda. Nak tak nak kena rajin berusaha, justeru kreativiti dan bakat yang ada pada diri sedikit sebanyak dapat membantu.
Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kesungguhan pasangan suami isteri ini mencari rezeki dengan menjual pasu ‘bertingkat’ hasil tangan sendiri nyata mendapat smabutan yang baik.
Ini sahaja punca pendapatan i dengan husband sekarang. Assalamualaikum.. Boleh tak korang tolong Rt Tweet ni? Ini sahaja punca pendapatan i dengan husband sekarang. Ni pasu handmade dari husband sendiri. Tak beli takpe, tapi kalau lalu di timeline korang tolong rt tau! Terima kasih sangat-sangat.
Itu antara perkongsian wanita bernama Syatrah hanani menerusi twitternya. Cukup menarik dan kreatif pasu yang dihasilkan oleh suaminya sendiri untuk dijual.
Assalamualaikum.. Boleh tak korang tolong rt tweet ni? 😔 Ini sahaja punca pendapatan i dengan husband sekarang. Ni pasu handmade dari husband sendiri. 🥺 Tak beli takpe, tapi kalau lalu di tl korang tolong rt tau! Terima kasih sangat2. pic.twitter.com/qwDOSmMu9N
Menurut Syatrah lagi, mereka enggan bergantung kepada bantuan orang lain sebaliknya mahu berusaha sendiri. Sementelah baginya, masih ramai lagi yang lebih susah daripada mereka.
Kami tau ramai yang lagi susah. Kami usaha tak minta bantuan sebab nak cuba usaha sendiri. 😢So pls spread untuk kelangsungan hidup kami. Semoga semua dimurahkan rezeki ye.🥺
Selain dijual sendiri, pasangan ini juga menggunakan platform shopee bagi memastikan produk mereka diperluaskan di pasaran.
Kalau u guys nak idea2 kreatif untuk tanaman guna pasu ni, atau nak tahu tanaman apa yg sesuai.. boleh follow dan like fb page kami ye😌 InsyaAllah kami akan actively update page tu denga content2 yang menarik.🙂 Thank you! pic.twitter.com/ByfNUxQMVI
Hi guys! Kami dah upload di shopee. I akan bagi link dekat thread ni soon okay? 🥰Harga i offer lagi murah dari harga dlm thread ni tadi sebab kami tak sampai hati nk ambil untung byk since you guys have to pay postage pun dah a bit pricy sebab termasuk dengan tinggi dan lebar.🥺 pic.twitter.com/XgJmnWETS0
Harga exclude postage ye guys and it is pre-order item sebab kami belum ada modal untuk buat ready stok. But will promise pasu you guys kami akan siapkan secepatnya😊https://t.co/hqzKSmOltn
Usually 3 inci i akan suggest untuk yang nak tanam bunga. Kalau you guys nak tanam sayur, i suggest ambil yg paip besar 4 inci.😊https://t.co/IYnbtOYqCu
This is my first time post a pre order item in shopee.. 😅i really hope supaya takde apa2 masalah untuk korang purchase okay! Kalau ada, just chat dekat shopee and i will reply asap!😊https://t.co/57xi3vr3x6
Hi guys! Thanks for those yang support🥺 Hari sahaja dah ada 25 batang. Stock masih ada tau di shopee! Grab yours untuk first batch sebab limited.🥰 Husband i cakap terima kasih dekat semua yg support. Tak sangka blew up😣
Speechless! Thank you so much guys!🥺 Permulaan baru.. Hari ni dah ada 20 tempahan untuk dibuat. And of course my husband and i akan stay up malam ni🤭 Alhamdulillah. Semoga yang support selalu dimurahkan rezeki. First batch tinggal sikit je lagi guys🤩 pic.twitter.com/nVmdRHdq75
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.