Buat penggemar sambal belacan tentu teruja untuk mencuba pelbagai jenis sambal yang ada. Ini kerana setiap satunya mempunyai citarasa yang berbeza namun tetap menjanjikan kepedasan rasa yang menyengat.
Jadi apa kata kali ini anda mencuba untuk menyediakan sendiri sambal belacan Siam yang dikongsikan oleh Puan Rosmaliza Omar ini. Menurutnya, resipi ini adalah warisan keluarganya dan wajib ada setiap kali kenduri.
Malah bukan itu sahaja, disebabkan kesedapan rasa sambal tersebut hingga ada kawan-kawannya telah menggunakan resipi yang dikongsikan ini untuk jualan.
Tentunya sambal belacan Siam ini ada rasa yang cukup istimewa dan rugi jika tidak dicuba untuk membuatnya agar anda dapat menikmati keenakan rasanya bersama seisi keluarga.
RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM
Bahan-bahan:
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sudu besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk, airnya sekali dan blend dengan bahan-bahanlain.
Cara-cara membuatnya:
1) Bakar bahan-bahan yang bertanda ***.
2) Kemudian blend kesemua bahan-bahan yang dibakar bersama-sama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
3) Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata dan nampak berkilat.
4) Dah siap boleh hidang dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulam. Sedap juga cicah dengan terung bakar.
Apabila sudah bertemu jodoh, ada anak-anak yang lebih selesa untuk hidup berdikari dan tinggal berasingan daripada keluarga.
Jadi, banyak benda perlu diuruskan termasuklah kelengkapan rumah Seperti pinggan mangkuk Dan sebagainya.
Kisah yang dikongsikan Di laman tiktok ini mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, si anak kelihatan mengambil sedikit perkakas dari rumah ibu dan bapa untuk dibawa pulang bersama.
Berdasarkan hantaran daddysyu di laman TikTok, anak perempuannya yang sudah bernikah ingin membawa pulang sedikit perkakas dapur untuk kegunaan dirinya dan suami.
Walaupun mendapat persetujuan ibunya, tetapi reaksi si ayah berbeza.
Selepas diperiksa, rupanya anak perempuannya mengambil sekotak yang mengandungi periuk serta pinggan mangkuk.
Sambil ketawa, anaknya mengatakan hanya sedikit sahaja yang diambil namun ayahnya sempat berleter panjang dalam loghat utara sebelum menyuruh untuk menyimpan kembali barang-barang tersebut di dapur.
“Dia punya sikit tak boleh bawa bincang…kut-kut ini cara mak nak beli barang dapur baru, nice idea.
Itu antara kata-kata warganet pada ruangan komen. Rata-rata mengakui terhibur melihat reaksi anak dan ayah ini.
“Abih 1 rumah aku hg angkut, baik aku yg menikah.” Niat tu dah ada, restunya bila?? 😂
Umumnya kita sangat prihatin untuk memberi ubat cacing pada anak-anak kita semasa mereka kecil untuk menjaga kesihatan mereka. Paling tidak dalam setahun, sekali kita akan berikan anak makan ubat cacing. Kalau anak tidak mahu makan, sampai kita sangguplah paksa mereka makan, ini semua demi kesihatan mereka.
Namun tahukah anda, makan ubat cacing bukan sahaja untuk anak-anak malah kita orang dewasa juga perlu mengambil ubat cacing!
Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada umum, pemilik akaun TikTok@faetahz atau mesra disapa Tah, berkongsi pengalaman lima tahun yang lalu yang menyebabkan dia hampir buta gara-gara cacing.
Mata Gatal & Kabur
“Cerintanya begini, masa hujung 2015 tu aku pergi satu camp di tepi pantai. Jadi di sana aku banyak main pasir sebab kena buat LDK (latihan dalam kumpulan), buat sandcastle dan banyaklah main pasir.
“Beberapa hari selepas balik, aku rasa gatal-gatal mata. Ingatkan biasa-biasa sampai lah satu malam tu ketika sedang tengok tv terasa sangat gatal dan ketika gosok-gosok mata nampak ada semacam bebenang. Ingatkan tahi mata, biarkan jugalah.
“Bangun tidur esoknya tu pandangan aku kabur yang teramat sangat, tapi sebelah mata sahaja. Bagi tahu umi masalah mata aku ni dan kami pun pergi ke klinik pakar mata, tapi sebab klinik tu tak cukup kelengkapan, aku diberi ubat sahaja. Beberapa hari titik ubat tu, gatal memang hilang tapi mata masih kabur,” cerita Tah panjang lebar.
Pergi Kedai Cermin Mata
Tidak puas hati kenapa mata tetap kabur dan disangkakan ada kaitan dengan ‘power’ cermin mata, maka Tah dan umminya pergi ke kedai cermin mata untuk dapatkan kepastian.
“Mata aku kabur dan ummi ingatkan mungkin power cermin mata naik, jadi ummi sarankan kami pergi ke pusat optometri untuk memeriksa tahap kerabunan mata.
“Bila buat pemeriksaan, orang kat kedai cermin mata tu letak power paling tinggi pun pandangan aku masih kabur, sampai dia cakap mustahil naik power cepat sangat dan disarankan pergi ke klinik,”jelasnya lagi.
Semakin Serius
Mencari apa punca mata menjadi rabun, Tah terus mendapatkan rawatan di klinik pakar mata yang lain pula dan siapa sangka masalah matanya itu perlu dirujuk ke hospital besar.
Pelbagai ujian dilakukan untuk mengetahui punca penyakit yang dialami. Bukan sehari dua perlu buat temujanji dengn doktor pakar namun masih tidak dapat menemui jawapan pada masalah mata yang dialami. Sehinggalah suatu hari kesnya itu dirujuk kepada doktor pakar dari Hospital Selayang.
“Bila jumpa pakar, perkataan mula-mula keluar daripada mulut dia, “worm“ dan terus tanya bila last aku makan ubat cacing. Aku kata last aku makan ubat cacing masa kecik.
“Pastu dia (pakar) cakap, ubat cacing ni kena makan. Tak kisah kita kecil atau besar, setahun dua kali, sebab cacing ini memang akan selalu ada dalam badan kita.
“Menurut kata pakar, Tah bernasib baik sebab cacing tersebut tak kena mata hitam, kalau tak ia akan kekal dan boleh menyebabkan buta.
“Siapa sangka hanya kerana tak makan ubat cacing, akhirnya aku kena ambil ubat tersebut selama empat bulan supaya cacing dalam badannya betul-betul mati,”ceritanya panjang lebar dan menyarankan agar orang ramai ada kesedaran untuk ambil ubat cacing sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Jangan lupa makan ubat cacing. Suggested twice a year. Aku prnah hampir buta gara2 cacing ni. Yg tahu kisah mata aku masa f5 tahu la. Doctor kata “Awak nasib baik dia tak pegi dekat mata hitam, sipi ja lagi nak kena mata hitam awk, klu kena yg tu, kesan dia kekal” https://t.co/iEmv6SG6BO
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Suami kalau isteri merajuk jangan abaikan, cepat-cepatlah pujuk dan belai. Tidak dapat dielakkan pasti akan berlaku sedikit perbalahan, persengketaan dan malah ada sampai pasangan merajuk. Selalunya yang paling ‘kuat’ dan mudah merajuk tentulah kaum isteri.
Sebagai manusia biasa dan tidak sempurna, kita ada kelemahan. Masing-masing perlu selesaikan. Ketika inilah suami perlu bijak memainkan peranan kerana suami adalah imam dalam sesebuah keluarga.
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri. Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu. Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian. Dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.