Kuey teow ini juga merupakan salah satu kategori makanan berat. Cara masakannya juga berbagai.
Char Kuey Teow merupakan antara menu yang menjadi pilihan untuk makan bersama keluarga.
Hidangan yang ringkas tetapi enak sungguh bila dimakan. Salah satunya Char Kuey Teow sup memang sedap dimakan waktu panas-panas!
Apa lagi jom kita cuba resipi ini. Rasa pun ala macam di kedai!
Resipi Kue Tiaw Sup
Bahan utama :
Dada ayam
Rangka ayam.
Untuk kuah sup
Bahan kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
Sesudu kecil lada putih.
1 batang serai
Kisar semua hingga halus
Sediakan rempah menumis-
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Sup bunjut
2 sudu rempah sup(kalau suka rasa rempah letak satu pek kecil rempah sup)
Kiub ayam knorr@maggi
Air secukup nya
Garam
Cara penyediaan sup:
sediakan periuk dan minyak secukupnya
Tumis rempah .masukkan bhn kisar dan rempah sup.bila dh terbit bau.masukkan air secukupnya.masukkan sup bunjut dan kuib ayam knorr.masukkan ayam,rangka ayam.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.angkat biarkan sejuk dan siat2(terpulang lah nk siat atau nk ketul2 besar ayam tu).biarkan rangka ayam@ tulang ayam dlm sup.
Kue tiaw di celur hingga lembut,nk buang minyak ada ada pd kuetiaw tu
Bhn hiasan sampingan-
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Taugeh
Kcg tanah
Sambal kicap
ResepiSambal kicap
Cili api secukupnya*
1 biji bawang besar*
Kicap masin
Kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung
2 biji Limau kasturi
Air
Cara
Kisar semua bhn bertanda*hingga halus
Sediakan periuk kecil.
Masukkan bhn kisar kedlm periuk
Masukkan kicap secukupnya.
Masukkan sedikit air
Kacau atas dapur sambal kicap ni..
Masukkan bancuhan tepung jagung..
Dah meruap..padam kan api dan perah limau kasturi kedalamnya..kacau sebati.sedia utk di gunakan.
Sumber: Eniza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Stok udang selalu kita gunakan dalam sajian membuat Mi Udang tetapi tahu tak ada banyak menu berkuah lain yang boleh kita gunakan stok udang ini.
Malah kalau nak masak sayur pun boleh gunakan air stok ini sebagai tumisannya. Rasanya memang berbeza. Jadi janganlah dibuang ya, simpan kulit dan kepala udang dan buat stok simpanan.
Ikut seperti yang dikongsikan oleh chef ini.
Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.
CARA HASILKAN STOK UDANG
1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.
2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.
3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.
4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.
Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.
Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.
Caranya:
2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Blender atau mesin pengisar merupakan peralatan dapur yang penting untuk memudahkan persiapan mengisar bahan mentah sebelum proses memasak dilakukan.
Sama ada hendak kisar bawang, cili kering, kekacang, rempah ratus dan sebagainya semuanya menggunakan mesin pengisar. Tanpa pengisar, pastinya tugas memasak menjadi lebih rumit dan proses penyediaan makanan juga akan menjadi lebih panjang.
Jadi sebab itulah Pengisar Panasonic MX-V310KSL dijamin boleh memudahkan kerja-kerja mengisar bahan masakan.
6 SEBAB BLENDER NI PALING TERBAIK!
Anda boleh memilih kekunci yang sedia ada mengikut kesesuaian menu dengan pengisar ini. Sama ada untuk menyediakan jus, smoothies, sup, makanan bayi, puding, kekacang malah mengisar ais batu sekali pun boleh.
Rekaan dinding balang bahagian bawah lebih sempit berbanding bahagian tengah akan membentuk putaran yang dinamik agar memastikan bahan-bahan yang dikisar berputar sempurna.
Keunikan lain pengisar ini apabila ianya boleh digunakan untuk mengisar pelbagai jenis bahan, maka bilah pisau yang digunakan adalah yang hebat dan terbaik. Direka dengan bentuk melengkung dan bergerigi bagi menjamin kisaran yang lebih halus.
Hanya dengan mengisi air dan bahan pencuci pinggan ke dalam pengisar, kemudian tekan kekunci P2, pengisar sudah dibersihkan sepenuhnya. Begitu mudah, cepat dan pantas.
Bila menggisar bahan-bahan kering seperti kekacang, rempah dan sebagainya dengan menggunakan bekas kaca akan menjadikan bahan kisaran tersebut tidak melekat pada dinding bekas dan mudah untuk dicuci, sekali gus lebih bersih.
Ukuran balang pengisar praktikal dan berupaya memuatkan bahan kisaran hingga 1.5 L. Oleh itu, tidaklah perlu mengisar berkali-kali untuk menyediakan bahan dalam kuantiti yang banyak.
Nyata, bila anda menggunakan pengisar Panasonic MX-V310KSL ini memang terbaik bukan? Ia hanya berharga RM282.10. Jadi semestinya proses menyediakan bahan masakan menjadi lebih pantas dan cepat.
Kata mudahnya, sebut sahaja keluarga teringin nak makan apa, semuanya boleh. Untuk itu, apa kata anda cuba sediakan 3 menu ini. Selamat Mencuba!
GULAI DAGING TETEL BERSERTA NANGKA MUDA BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
1liter santan kelapa
3 sudu makan rempah gulai daging
2 sudu makan pes cili
1 sudu teh serbuk cili
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 batang serai | titik
3sm lengkuas | titik
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3sm halia
2sm lengkuas
CARA MEMASAK:
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2sm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3sm lengkuas | hiris memanjang
2sm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
KETAM KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya| menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.