Bercuti dan makan bersama keluarga adalah momen yang mengembirakan semua orang.
Namun, situasi dikenakan ‘caj’ terlampau mahal hidangan yang ditempah untuk hidangan keluarga tentu memberikan ‘kejutan’.
Sebagaimana viral baru-baru ini sebuah restoran terapung di Langkawi yang mengenakan bayaran makanan sebuah keluarga pada harga lebih RM1000.00.
Rentetan daripada kisah itu, wanita ini turut berkongsi sebuah restoran terapung di Krabi, Thailand yang menawarkan hidangan makanan laut fresh termasuk ikan siakap. Malah harga juga berbaloi dengan menu yang hidangkan.
Ads
Ikuti perkongsian beliau.
Ini restoran kawan kita di Krabi. Restoran terapung juga. Terletak di Koh Klang. Nak ke sana kena naik bot. Ikan, ketam, udang semua segar- segar dan hidup lagi. Boleh pilih sendiri dari sangkar. Harga mampu milik.
Ads
Tak ada caj tersembunyi. Masakan sangat sedap dan setaraf hotel. Diorang pernah menang beberapa anugerah. Ramai pelancong asing mari ke sini sebab agen pelancongan suka bawa makan – makan di sini sambil melawat pulau Klang.
“Food presentation” dia pun macam di hotel. Yang sediakan makanan ni semua chef bertauliah, ada sijil kulinari. Tapi harga tetap mampu milik.
Ads
Kita suka mari sini setiap kali ke Krabi. Dah berpuluh kali ke sini. Kadang tu makan gratis je sebab kawan kita tak nak kita bayar. Bila lama tak jumpa, gitulah
Kisah lelaki ini tular semalam gara-gara dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke kampung halaman, Kelantan demi menemui keluarga tercinta.
Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan dengan berjalan kaki dan dijangka mengambil masa selama tiga hari untuk sampai.
Walau bagaimanapun, malam tadi isteri kepada Poksu Din berkongsi khabar gembira, memaklumkan suaminya sudah tiba di rumah.
Siti Nur Fatend Sefeai, 29, berkata, tindakan suaminya, Muhamad Nor Ramlee, 29, hanya diketahui menerusi status yang dimuat naik di Facebook semalam.
“Saya terus menghubungi suami dan dia memberitahu sudah berada di Ipoh, Perak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, dia tidak pasti sama ada suaminya itu berjalan kaki sepenuhnya atau ada menumpang kenderaan sepanjang perjalanan untuk pulang ke Tanah Merah ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Katanya, sebelum ini suaminya bekerja sebagai tukang masak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Kontraknya tamat pada 16 Mac lalu dan selepas itu dia bercadang untuk terus pulang ke rumah.
“Bagaimanapun dia terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana masih belum menerima gaji dan kebetulan dua hari kemudian PKP dilaksanakan.
“Situasi itu menyebabkan suami tidak dapat pulang ke kampung seperti yang dirancang,” katanya.
Siti Nur Fatend berkata, dia telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk mendapatkan surat kebenaran mengambil suaminya tetapi polis tidak meluluskan permohonan berkenaan.
Dalam pada itu, Matnoe Poksu Din atau nama sebenarnya Muhamad Nor Ramlee 29 berkata, dia nekad pulang berjalan kaki kerana terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh anak keduanya itu ketika mereka berbual menerusi panggilan video pada 24 April lalu.
“Saya buat semua ini…kerana Puteri Sarah Anisa, 5. Dia ada tanya bila nak balik, saya cakap bas tak ada…macam mana nak balik jumpa Anisa.
“Dia (Anisa) balas balik, jadi Anisa tak boleh jumpa abah sampai bila-bila lah. Abah…baliklah jalan kaki,” demikian luahan Muhamad Nor Ramlee yang nekad berjalan kaki diselang seli menumpang kenderaan dari Shah Alam, Selangor untuk pulang ke rumahnya di Kampung Lawang, Jedok di sini.
Menurutnya, luahan hati Puteri Sarah Anisa itu membuatkan dia sebak sehingga sanggup nekad pulang ke kampung untuk bertemu dengan permata hatinya itu.
Katanya, pada 26 April lalu dia nekad keluar dari asrama dan berjalan kaki kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke Balai Polis Seksyen 7 bagi mendapatkan pelepasan dan memohon bantuan bagi menguruskan perjalanan pulang ke kampung atau ke penempatan transit gelandangan.
Muhamad Nor berkata, bagaimanapun usahanya menemui jalan buntu apabila balai itu telah berpindah dan kemudian dia cuba membuka aplikasi Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS).
Katanya, hasil semakan di aplikasi itu mendapati perjalanan dari TBS ke Gua Musang masih ada dan pada masa sama perkhidmatan kereta api dari Gua Musang ke Tumpat juga masih beroperasi.
“Jadi cukuplah dengan duit yang ada ketika itu, dapatlah saya pulang ke Tanah Merah selepas membuat kira-kira. Sebelum itu saya sudah ‘terperangkap’ selama 38 hari di asrama pekerja selepas kontrak sebagai tukang masak di kafeteria Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tamat pada 16 Mac lalu,” katanya.
Muhamad Nor berkata, dia terpaksa berjalan kaki ke TBS kerana bimbang wang berjumlah RM150 dalam dompetnya tidak cukup menanggung perbelanjaan pulang ke Tanah Merah sekiranya menggunakan perkhidmatan Grab.
Katanya, sejurus tiba di TBS dia mendapati hanya perkhidmatan bas ke arah utara yang masih beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya tanya dekat pemandu teksi dan tukang sapu boleh ke tumpang tidur di TBS jika terkandas dan mereka beritahu tidak boleh. Kemudian saya buat carian di Google untuk mendapatkan nombor telefon pusat gelandangan namun menemui jalan buntu.
“Masa kian suntuk ketika itu dan saya buat keputusan untuk ambil tiket ke Ipoh, Perak. Bagaimanapun bas itu berhenti di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng pada jam 9.30 malam.
“Saya ada menelefon kawan-kawan untuk mendapatkan bantuan ketika itu (9.30 malam) namun memahami situasi PKP tidak membenarkan mereka untuk keluar kawasan. Jadi dengan baki wang yang ada berjumlah RM50, saya berjalan kaki dari RTC Gopeng ke Aman Jaya,” katanya.
Muhamad Nor berkata, sejurus tiba di Aman Jaya kesemua perkhidmatan bas tidak beroperasi kerana PKP dan dia kemudian memuat naik beberapa status untuk memohon bantuan.
Katanya, selepas itu dia banyak mendapat panggilan daripada orang ramai untuk menghulurkan bantuan, namun pertolongan itu hanya boleh diberikan dari Gerik ke Jeli.
“Saya kemudian buat ‘live’ nak berjalan ke Gerik. Tiba-tiba mendapat panggilan daripada seorang pegawai polis dari Gerik dan minta saya jangan ke mana-mana bagi memudahkan bantuan diberikan.
“Selepas menunggu beberapa ketika datanglah pegawai tersebut mengambil saya dan menghantar sehingga ke sekatan jalan raya (SJR) di Gerik. Pegawai tersebut kemudian telah menahan sebuah lori yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Gong Badak, Terengganu untuk menumpangkan saya sehingga ke Tanah Merah,” katanya.
Muhamad Nor berkata, dia selamat tiba di Balai Polis Batu Gajah pada jam 11 malam tadi sebelum isteri membawa pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Lawang.
Katanya, pagi tadi dia telah menjalani saringan Covid-19 di Klinik Batu Gajah dan diarahkan untuk kuarantin diri sendiri selama 14 hari.
“Saya berterima kasih kepada pegawai polis yang dikenali sebagai Khairul, pemandu lori serta Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed iaitu Ahmad Nazree Ramli.
“Tidak lupa juga kepada rakan-rakan, orang ramai dan keluarga yang banyak membantu saya sehingga berjaya pulang dengan selamat ke Tanah Merah,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usaha, doa dan tawakal. Itu yang dilakukan oleh ibu tabah ini. Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang dilihat pada pandangan mata kasar. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi untuk membesarkan anak-anaknya.
Bagi ibu cekal ini, hanya satu yang ingin dia lakukan iaitu memberikan pendidikan yang sempurna untuk masa depan yang lebih cerah. Kekurangan anak-anaknya tidak mahu dijadikan batu penghalang untuk kejayaan mereka.
Perkongsian santai oleh ibu hebat bernama Mcnor Norhayati untuk ibu bapa yang ada anak istimewa. Terutama yang mempunyai masalah ADD/ADHD/masalah pembelajaran/mild autisme. Semoga tip ini bermanfaat untuk semua!
Untuk anak-anak yang bakal masuk darjah 1, jika masih tak boleh membaca lagi…mak ayah perlu risau. Ambil peluang cuti ini untuk ajar mereka membaca.
Saya kongsikan apa yang saya buat untuk anak saya ketika dia ( Nukman) berumur 5 tahun (8 tahun lepas).
Nukman di tadika dah 6 bulan masih tak boleh membaca sebab dia akan buat hal sendiri, tak ikut arahan cikgu .. tak fokus….dia hanya dapat bab menghafal jer…hafal surah2 lazim dan bacaan solat semua dia hafal tapi sebenarnya masih tak boleh membaca…
Gikgu mengajar dia akan tengok bawah meja bawah kerusi…tengok skru…nak tengok macam mana kerusi dan meja tu bersambung, tengok kipas, tengok berapa watt kipas, kipas jenis apa dan ada berapa bilah kipas…semua jenis kipas siling dikajinya…hehe…
So di rumah pulun ajar baca menggunakan buku Read Easy dan Bacalah Anakku.(buku ni guna kaedah fonetik@phonics)..Alhamdulillah..3 bulan buat dengan konsisten Nukman dah dapat baca dengan lancar…cara dia baca dengan dia tak lebih dari 5 minit..sebab budak ADD or ADHD mmg ada masalah bab fokus..fokus kurang dari 5 minit sahaja…so sekali baca kena 1 page or 2 page sahaja.
Lepas tu bagi main 10 minit, kemudian panggil balik baca 5 minit…macam tu lah seterusnya…buat dalam 10-12 sesi sehari…dapatlah lebih kurang dekat sejam…buat secara konsisten…inshaallah anak yang ada masalah pembelajaran lama-lama boleh membaca…yang penting jangan putus asa.
Untuk Nafiz saya tak pernah ajar membaca…tapi masa dia umur 2 tahun, selalu baca buku dengan dia…kita baca dia dengar…dan saya guna apps starfall…memang hari-hari Nafiz akan guna apps ni sebab dia ajar membaca semua guna phonics….Nafiz dia ada speech delay. Maksudnya memang tak keluarkan satu perkataan pun sehingga umurnya 5 tahun.
Tetapi umur 5 tahun tiba-tiba Nafiz boleh bercakap dan terus boleh baca bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Nafiz juga ada ada hyperlexia sebab dari kecil memang obses pada huruf-huruf yang bergerak di tv Apabila keluar apa-apa perkataan, dia akan tampar tv sebab obses…hehe…
Penyanyi Wany Hasrita kini lebih berhati-hati setiap kali berkongsi mengenai anaknya di media sosial.
Semuanya kerana bimbang penyakit ain yang boleh memberi kesan kepada anaknya. Bercerita soal itu kata Wany, dia mula nampak kesan kepada anaknya bila terlalu kerap berkongsi di media sosial.
“Saya memang kawal perkongsian dalam media sosial sejak dulu. Kalau rasa sudah terlalu banyak saya akan berhenti sekejap.
“Penyakit ‘ain ini memang wujud dan adakalanya apabila saya terlalu banyak berkongsi, kadang-kadang anak akan mula meragam.
“Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila nak muat naik mengenai anak dan kawal jenis kandungan yang mahu dikongsi kepada umum,” katanya.
Namun menurut Wany, dia bersyukur kerana anak perempuannya, Aishah Al Iman tidak menjadi sasaran mulut jahat netizen di media sosial.
“Sejujurnya memang saya takut, apatah lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya dalam YouTube sebelum ini.
“Namun, tindakan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cuma tidak dilakukan secara berlebih-lebihan,” jelasnya.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Al Adib Fahmi Harun pada 2022.