Kisah lelaki ini tular semalam gara-gara dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke kampung halaman, Kelantan demi menemui keluarga tercinta.
Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan dengan berjalan kaki dan dijangka mengambil masa selama tiga hari untuk sampai.
Walau bagaimanapun, malam tadi isteri kepada Poksu Din berkongsi khabar gembira, memaklumkan suaminya sudah tiba di rumah.
Siti Nur Fatend Sefeai, 29, berkata, tindakan suaminya, Muhamad Nor Ramlee, 29, hanya diketahui menerusi status yang dimuat naik di Facebook semalam.
“Saya terus menghubungi suami dan dia memberitahu sudah berada di Ipoh, Perak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, dia tidak pasti sama ada suaminya itu berjalan kaki sepenuhnya atau ada menumpang kenderaan sepanjang perjalanan untuk pulang ke Tanah Merah ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Katanya, sebelum ini suaminya bekerja sebagai tukang masak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Kontraknya tamat pada 16 Mac lalu dan selepas itu dia bercadang untuk terus pulang ke rumah.
“Bagaimanapun dia terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana masih belum menerima gaji dan kebetulan dua hari kemudian PKP dilaksanakan.
“Situasi itu menyebabkan suami tidak dapat pulang ke kampung seperti yang dirancang,” katanya.
Ads
Siti Nur Fatend berkata, dia telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk mendapatkan surat kebenaran mengambil suaminya tetapi polis tidak meluluskan permohonan berkenaan.
Dalam pada itu, Matnoe Poksu Din atau nama sebenarnya Muhamad Nor Ramlee 29 berkata, dia nekad pulang berjalan kaki kerana terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh anak keduanya itu ketika mereka berbual menerusi panggilan video pada 24 April lalu.
“Saya buat semua ini…kerana Puteri Sarah Anisa, 5. Dia ada tanya bila nak balik, saya cakap bas tak ada…macam mana nak balik jumpa Anisa.
“Dia (Anisa) balas balik, jadi Anisa tak boleh jumpa abah sampai bila-bila lah. Abah…baliklah jalan kaki,” demikian luahan Muhamad Nor Ramlee yang nekad berjalan kaki diselang seli menumpang kenderaan dari Shah Alam, Selangor untuk pulang ke rumahnya di Kampung Lawang, Jedok di sini.
Menurutnya, luahan hati Puteri Sarah Anisa itu membuatkan dia sebak sehingga sanggup nekad pulang ke kampung untuk bertemu dengan permata hatinya itu.
Katanya, pada 26 April lalu dia nekad keluar dari asrama dan berjalan kaki kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke Balai Polis Seksyen 7 bagi mendapatkan pelepasan dan memohon bantuan bagi menguruskan perjalanan pulang ke kampung atau ke penempatan transit gelandangan.
Ads
Muhamad Nor berkata, bagaimanapun usahanya menemui jalan buntu apabila balai itu telah berpindah dan kemudian dia cuba membuka aplikasi Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS).
Katanya, hasil semakan di aplikasi itu mendapati perjalanan dari TBS ke Gua Musang masih ada dan pada masa sama perkhidmatan kereta api dari Gua Musang ke Tumpat juga masih beroperasi.
“Jadi cukuplah dengan duit yang ada ketika itu, dapatlah saya pulang ke Tanah Merah selepas membuat kira-kira. Sebelum itu saya sudah ‘terperangkap’ selama 38 hari di asrama pekerja selepas kontrak sebagai tukang masak di kafeteria Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tamat pada 16 Mac lalu,” katanya.
Muhamad Nor berkata, dia terpaksa berjalan kaki ke TBS kerana bimbang wang berjumlah RM150 dalam dompetnya tidak cukup menanggung perbelanjaan pulang ke Tanah Merah sekiranya menggunakan perkhidmatan Grab.
Katanya, sejurus tiba di TBS dia mendapati hanya perkhidmatan bas ke arah utara yang masih beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya tanya dekat pemandu teksi dan tukang sapu boleh ke tumpang tidur di TBS jika terkandas dan mereka beritahu tidak boleh. Kemudian saya buat carian di Google untuk mendapatkan nombor telefon pusat gelandangan namun menemui jalan buntu.
Ads
“Masa kian suntuk ketika itu dan saya buat keputusan untuk ambil tiket ke Ipoh, Perak. Bagaimanapun bas itu berhenti di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng pada jam 9.30 malam.
“Saya ada menelefon kawan-kawan untuk mendapatkan bantuan ketika itu (9.30 malam) namun memahami situasi PKP tidak membenarkan mereka untuk keluar kawasan. Jadi dengan baki wang yang ada berjumlah RM50, saya berjalan kaki dari RTC Gopeng ke Aman Jaya,” katanya.
Muhamad Nor berkata, sejurus tiba di Aman Jaya kesemua perkhidmatan bas tidak beroperasi kerana PKP dan dia kemudian memuat naik beberapa status untuk memohon bantuan.
Katanya, selepas itu dia banyak mendapat panggilan daripada orang ramai untuk menghulurkan bantuan, namun pertolongan itu hanya boleh diberikan dari Gerik ke Jeli.
“Saya kemudian buat ‘live’ nak berjalan ke Gerik. Tiba-tiba mendapat panggilan daripada seorang pegawai polis dari Gerik dan minta saya jangan ke mana-mana bagi memudahkan bantuan diberikan.
“Selepas menunggu beberapa ketika datanglah pegawai tersebut mengambil saya dan menghantar sehingga ke sekatan jalan raya (SJR) di Gerik. Pegawai tersebut kemudian telah menahan sebuah lori yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Gong Badak, Terengganu untuk menumpangkan saya sehingga ke Tanah Merah,” katanya.
Muhamad Nor berkata, dia selamat tiba di Balai Polis Batu Gajah pada jam 11 malam tadi sebelum isteri membawa pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Lawang.
Katanya, pagi tadi dia telah menjalani saringan Covid-19 di Klinik Batu Gajah dan diarahkan untuk kuarantin diri sendiri selama 14 hari.
“Saya berterima kasih kepada pegawai polis yang dikenali sebagai Khairul, pemandu lori serta Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed iaitu Ahmad Nazree Ramli.
“Tidak lupa juga kepada rakan-rakan, orang ramai dan keluarga yang banyak membantu saya sehingga berjaya pulang dengan selamat ke Tanah Merah,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam pasangan pelakon popular, Norman Hakim Dan Memey Suhaiza dikurniakan seorang lagi cahaya mata. kelahiran Bayi perempuan seberat 3.35kg nyata membawa kegembiraan pada mereka sekeluarga.
Lebih membahagiakan pasangan ini apabila anak sulung Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi turut pulang ke tanah air. Mohammed Danish Hakim yang sedang menuntut di Turki pulang ke tanah air dua hari lepas untuk bercuti.
Kepulangan Danish disambut deraian air mata gembira dari keluarga. Selain itu, inilah, kali pertama dia dapat bertemu adik angkatnya yang muhammad daiyan fayyadh.
Dalam perkongsiannya di laman instagram, Danish melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana kepulangannya turut disambut adik barunya semalam.
Baby girl baby girl..thank you tau sebab ‘tunggu’ Abang balik dari jauh dulu baru ‘keluar’ ❤️
Luahan itu turut mendapat respond dari pengikutnya. Jelas ada yang sebak dan mahu menitiskan air mata dengan perkongsian tersebut.
umm_syeeraAl hafiz… 30 juzuk di dada dan diminda,sejukperut mama mu @abby_abadi112 mengandung…Semoga menjadi anak yg berbakti pada kedua org tua mu, dan menjadi abang yg bertanggung jawab pd adik adik mu..Bertuah betul @normanhakim_786 dan @abby_abadi112 dapat pakai mahkota pada hari kiamat kelak.. In shaa اَللّهُ ..
Bagi yang minat berkebun, pastinya sentiasa mencari ilmu baru dan pelbagai petua untuk memastikan pokok subur dan mengelak serangga.
Selain tahu menanam dan menjaga pokok, pengetahuan mengenai baja juga perlu untuk memastikan pokok subur. Siapa yang tak gembira apabila melihat hasil tanaman menjadi.
Sebenarnya ada baja yang boleh membuatkan pokok makin subur dan sayur jadi besar. Nak tahu caranya ikuti perkongsian saudara Norahim Ibrahim menerusi grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang merupakan seorang pensyarah kanan,juga penyelidik di dalam bidang pertanian organik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kini beliau giat menjalankan projek dan program-program berkaitan pelestarian alam sekitar melalui kitar semula sisa organik.
Ikuti perkongsian beliau.
Hari ni ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan tu saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman (MOL Ikan). Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat baik untuk tanaman. X kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi dan disediakan.
Sukatan
Saya kongsikan cara saya membuat baja ikan di sini. Nisbah perut ikan dan gula merah =1:1. Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah. Peramkan 3~4 minggu. Tutup. Simpan di tempat gelap. Lepas tu tapis patinya. Kadar bancuhan 10ml pati + 1L air…. siram… Senang, kan?
Kes-kes culik dan bermacam lagi kes melibatkan keselamatan anak-anak buat kita sentiasa risau memikirkan soal keselamatan anak-anak kita.
Walaupun bekerja tapi hati runsing memikirkan anak-anak. Tapi cara yang dikongsikan oleh wanita ini, Aini Qamariah baik juga untuk diamalkan oleh ibu-ibu lain.
Update untuk yang nak tahu tentang tracker watch yg saya gunakan untuk #adamqaiser
Asalnya saya cari tracker watch ini atas faktor keselamatan (selain dari saya memang seorang mak-mak paranoid?).
Ada rakan saya cadangkan beli gps tracker ini dari Maxis. Jadi saya pergi Maxis dan tanya, Maxis kata dah discontinue pula.
Kami teruskan pencarian tracker watch ini di shopping website dan jumpa pelbagai jenama dan setiap satunya ada ciri-ciri mungkin berbeza antara 1 dgn yg lain.
Yg saya beli untuk adam ni ada beberapa fungsi yg menepati spesifikasi yg saya mahukan seperti:
1) saya boleh call adam, dan adam boleh call saya jika dia ada kecemasan
2) saya boleh sms dia, dan dia boleh sms saya jika dia ada kecemasan
3) jika anak tak dapat call, atau tak tahu sms, anak boleh guna voice msg saja dan kita boleh balas-balas voice msg seperti walkie talkie
4) function button “sound guardian” iaitu saya boleh dgr apa anak saya buat atau bualkan tanpa anak saya tahu atau sedar yg saya sedang “spy” dia.
5) GPS tracker yg membolehkan saya track lokasi anak saya (disekolah/shopping mall etc)
6) boleh set “fencing” bermakna saya boleh setkan “pagar” kawasan. Jika anak saya keluar dari kawasan yg saya telah setkan, saya akan dapat notification (berani kau fly-fly) ???
Cuma jam ni tak ada camera. Itu saja. Ada brand yg ada camera. Boleh video call.
Jam ini saya beli dari Lazada. Sekarang Lazada tengah Birthday Sale, jauh murahhhhh harganya dari masa saya beli 2 bulan yg lepas ?
Sepanjang guna, saya pesan Adam supaya jangan call saya utk suka-suka. Hanya kalau kecemasan, contoh macam hari tu saya lupa beri duit belanja, jadi dia call cakap tak ada duit, saya hantarkan.
Saya juga selalu guna “sound guardian” utk dengar dia buat apa atau apa yg dibualkan oleh orang sekelilingnya.
Jam ini ada pelbagai brand, ada yg kalis air dan sebagainya.
Boleh search “GPS TRACKER WATCH” di online shop yg dipilih.
Jam yg saya beli ini made in China. Jadi sometimes mungkin lokasi kurang tepat (jarak 500m). Mungkin tuan/puan boleh beli brand yg lebih baik seperti Alcatel mungkin lebih tepat dan mereka juga trusted seller.
Sebelum beli, baca review dulu. Beli yg compatible dengan Malaysia.
Jangan beli yg tak boleh guna dengan iphone atau android phone.
Kena belikan anak simkad dan masukkan dalam jam.
Kalau ada pertanyaan lain, boleh komen nanti saya reply.
Semoga anak-anak kita sentiasa selamat dan terhindar dari apa-apa musibah.
Amin ❤️
Disclaimer: sharing ini adalah semata-mata perkongsian bagi membantu tuan/puan dalam memantau pergerakkan atau aktiviti anak-anak tuan/puan.
Apa-apa juga yg berlaku ke atas tracker watch tuan/puan atau apa juga berlaku pada anak-anak tuan/puan adalah atas tanggungjawab tuan/puan sebagai ibubapa dan tiada kena mengena dengan saya. Saya yakin, kita tahu yg terbaik utk anak-anak kita sebelum kita membuat sebarang keputusan.
Terima kasih.
Kredit:Aini Qamariah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di