Pernah dengar tak, dalam rezeki kita, terselit rezeki orang lain juga? Tak kira la dari segi wang, makanan mahupun pekerjaan, bila benda tu tertulis bukan untuk kita, maka bukanlah untuk diri kita.
Dan sebenarnya sifat sebegini yang perlu kita ajar untuk anak-anak sejak dari kecil supaya tersemat dalam diri mereka dan turut berkongsi rezeki dengan yang lain. Seperti perkongsian dari Kamarul Ariffin Nor Sadan ni, jom ikuti penulisannya.
Bila berada di meja makan, di hadapan rezeki yang sudah terhidang, mak saya selalu pesan:
“Ambil sikit dulu, kalau tak cukup, boleh tambah.”
“Ingat sikit orang belakang(yang belum makan).”
“Cukup ni. Kalau makan rebut-rebut baru sedap.”
Ads
“Jangan beri orang sisa. Asingkan dulu siap-siap.”
“Dah, kalau tak habis, jangan paksa habiskan.”
Ads
Ia melatih kami adik-beradik untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada, sentiasa berkongsi walau sedikit mana pun milik kami, dan sentiasa memberi yang terbaik(bukan sisa) untuk orang lain.
Alhamdulillah, rezeki kami empat beradik sentiasa tak pernah putus. Walaupun jalannya berbeza, tapi kami semua berjaya mengecapi impian kami untuk jadi doktor, berkhidmat kepada ummah.
Begitulah hikmah sentiasa menghormati rezeki.
Ads
Memang tanggungjawab kita untuk cari rezeki, tetapi jangan pula sehingga tamak bila mengumpul duit. Bukan tak boleh bina kekayaan, cuma tak usah sampai berbelanja terlalu mewah untuk habiskannya.
Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain, jadi asingkan siap-siap bahagian untuk zakat, cukai dan sebagainya. Jika rezeki kita bukan dalam bentuk harta dan wang ringgit, boleh sumbang tenaga dan masa yang ada.
Jika kita memberi(perkhidmatan/sumbangan/dsb), berilah yang terbaik dan dengan sepenuh hati. Tak usahlah beri barangan yang telah terlalu lusuh dan dengan cara yang ala kadar.
Baik yang kita beri, baiklah yang kita terima.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, pasti ramai yang tersenyum mengingatkan kembali iklan-iklan produknya yang cukup mencuit hati dan sememangnya cara tersebut cukup berkesan apa tidaknya baik kanak-kanak mahupun orang tua semuanya mengenali tokoh usahawan tersohor ini.
Melihat dari sisi seorang ahli perniagaan, penulis cukup kagum dengan perkembangan bisnes yang diusahakannya di bawah jenama D’Herbs. Biar kata-kata sini, kejian dan umpatan diterima, namun Dato Aliff tidak mengambil hati jauh sekali ‘down’ dengan hal tersebut.
“Untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah semudah yang disangkakan. Pelbagai masalah, cabaran dan dugaan yang cukup perit terpaksa dilalui. Jujur saya katakan, berniaga bukan seindah yang disangkakan. Sebelum ini macam-macam bisnes saya cuba namun gagal, berkali-kali kena tipu dan macam-macam lagi pengalaman pahit yang terpaksa dilalui.
“Itulah yang membuatkan saya berpegang pada prinsip tiada istilah saudara di dalam bisnes. apabila kita terbabit dalam bisnes, hati kena kering tidak boleh lembut, tidak boleh ada perasaan malu kerana itu boleh buat kita ‘bankrup’. Disiplin sangat penting dan itu yang saya terapkan dan kerja kena ‘punctual’. Saya bangun awal pagi dan sebelum ke pejabat saya akan melakukan senaman terlebih dahulu untuk memastikan badan sentiasa cergas.
Dalam hal kerja, saya cukup teliti. Dua hari sekali saya akan mengadakan mesyuarat untuk lihat apa masalah yang ada dan akan mencari jalan penyelesaian. Saya bukan sekadar bos, sebaliknya sayalah pelakon, pengarah, tukang cari idea dan macam-macam lagi. Pendek kata semua kerja saya buat. Penat memang penat tetapi inilah jalan yang saya pilih dan saya mahu pastikan nama saya dan jenama produk yang diusahakan ini terus diingati dan mampu bertahan.
“Saya sedar ada yang ketawa dan menganggap iklan yang saya hasilkan lawak dan tidak kurang yang memandang serong. Tetapi saya tidak mahu sekadar membuat iklan bodoh tetapi tidak ada sebarang impak, sebaliknya saya mahu buat sesuatu iklan yang akan diingati oleh orang lain dan dalam masa yang sama mereka akan membeli produk tersebut. Kerana itu, saya cuba sebaik mungkin dan berusaha bersungguh-sungguh sementara tengah ‘laku’ sekarang ini.
“Sesuai dengan konsep yang saya pegang iaitu perlu berlagak umpama singa, untuk berjaya kita kena lalui 100 pintu. Tetapi harus berhati-hati kerana di antara pintu tersebut ada yang boleh membuatkan kita terjatuh ke dalam gaung. Industri kosmetik tidak akan kekal lama, kerana itu saya tidak memberi tumpuan pada satu bisnes sahaja, sebaliknya mencuba pelbagai bidang supaya dapat bertahan lama dan dalam masa yang sama mengumpul aset untuk masa depan kami anak-beranak
Menyambung legasi.
Ditanya mengenai perancangan untuk anak-anaknya, baik Dato Aliff mahupun isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid memberi kebebasan penuh kepada anak-anak dalam memilih kerjaya yang mereka minati.
“Bohonglah andai kata saya tidak mengharapkan salah seorang daripada anak kami Ammar Ahyan,9, Qadejah Eh Zahra,6 dan Ibraheem Adham, 4 mengikut jejak langkah dan mewarisi bisnes daripada saya. Namun, jika mereka tidak berminat saya sebagai ayah tidak akan membantah. Sebaliknya jauh di sudut hati saya berharap mereka akan menjadi seseorang yang alim. Itu yang paling penting. Malah, saya berharap mereka akan bekerja dalam bidang profesionalisme seperti akauntan, doktor ataupun peguam.
Saling melengkapi
Melihat gaya dan pembawaan diri isteri kesayangan Dato Aliff ini yang sedikit low profile, sang suami sendiri turut mengakui hal tersebut. Jujur mengakui antara mereka sangat kontra, namun dia susah andai tiada isteri di sisi.
“Kami pasangan yang sangat kontra dalam banyak hal. Saya kuat merajuk berbanding isteri. Malah, dia boleh siap dalam masa lima minit sahaja tetapi saya memerlukan sekurang-kurangnya dua jam. Dalam sehari saya menukar sekurang-kurangnya tiga pakaian. Itu tabiat saya sejak dahulu lagi memandangkan saya bertemu dengan individu mahupun kumpulan yang berbeza lapisan umur dan bidang. Saya juga lebih cerewet berbanding isteri.
“Dalam berpakaian saya yang akan tentukan manakala isteri hanya mengikut. Tetapi saya bukan jenis yang suka berbelanja mewah. Mungkin kerana saya suka berfesyen manakala isteri pula lebih suka tampil simple. Dari segi jenama, cukup sekadar ada kerana saya lebih suka kumpul aset dan hartanah.
“Pun begitu, kehidupan kami anak-beranak cukup simple dan jika nampak di luar itu adalah kerana penampilan itu penting. Apatah lagi, saya sentiasa perlu berada di hadapan kamera seharusnya penampilan kena jaga dibandingkan isteri lebih suka berada di belakang tabir. Cuma ada perangai isteri yang saya membuatkan saya kecil hati. Misalnya, saya selalu membelikan hadiah padanya walaupun tidak pernah diminta. Dia pula jenis yang tidak suka menunjuk.
Tetapi untuk pendidikan anak-anak, kami berdua sepakat dan cukup tegas. Kami memilih untuk menghantar mereka ke sekolah swasta berkonsepkan Islamik. Setiap hari, jadual anak-anak penuh dengan segala aktiviti. Setiap kali musim cuti sekolah, saya akan penuhkan jadual mereka dengan aktiviti seperti kelas tambahan, kelas piano dan macam-macam lagi. Saya tidak suka mereka leka dan membuang masa dengan menonton televisen dan sebagainya. Dalam masa yang sama juga, saya tidak memberikan mereka bermain gajet.
“Untuk duit poket ke sekolah, saya hanya beri RM2 sahaja setiap hari dan sediakan mereka bekalan makanan setiap hari. Walaupun saya mampu beri lebih daripada itu, saya mahu melatih anak-anak belajar erti susah dan bukan mudah untuk mencari duit.
“Walaupun masa saya bersama mereka cukup terhad, namun bab pendidikan saya tidak abaikan. Saya bukanlah seorang yang bijak dalam pelajaran. Dahulu saya selalu diejek tidak pandai gara-gara mengalami masalah Disleksia atau gangguan dalam pembelajaran seperti membaca dan menulis. Bahkan sehingga kini saya masih lagi sukar untuk mengingati sesuatu benda. Kerana itu saya tidak mahu anak-anak mengalami nasib yang sama seperti saya.
“Kebetulan anak kedua saya mewarisi masalah ini daripada saya. Hal ini disedari oleh cikgu sekolah. Justeru, saya dan isteri menghantarnya ke terapi sebulan sekali serta sekolah khas bagi memastikan dia dapat belajar seperti kanak-kanak yang lain. Alhamdulillah, dia seorang anak yang baik dan bijak cuma sukar untuk membaca.
sumber: Majalah Keluarga Jan 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak mengenali figura hebat ini yang tinggi ilmunya dalam bidang kedoktoran sakit puan dan perbidanan, Dr Hamid Arshat. Telah puluhan tahun menabur bakti, merawat pesakitnya dan hari ini beliau membuat pengumuman untuk bersara dan info tersebut dikongsikan di akaun facebooknya dan menarik perhatian warganet.
Pengumuman Bersara Perkhidmatan Pakar
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Melimpah nikmat keatas diri saya dan keluarga. Lebih 51 tahun diberi peluang jadi doktor dan lebih 45 tahun jadi pakar bidan.
Tiba masa untuk saya mengundur diri dan bersara. Banyak perkara dan hal2 peribadi dan keluarga perlu diselesaikan selum bertemu dengan Maha Pencipta.
Semoga sedikit sisa-sisa hidup yang masih ada dilimpahi dengan segala nikmat dan keberkatan dari Allah SWT serta dapat pengampunan segala dosa, aamin ya robbal alamin.
Bukan mudah untuk mengambil satu keputusan yang amat besar ertinya dalam hidup saya. Masih ramai yang memerlukan perkhidmatan saya, malah staff saya perlu menolak permohonan pesakit-pesakit untuk buat temujanji dengan saya.
Situasi begini menjadikan hati amat sedih dan pilu kerana tidak dapat membantu mereka yang memerlukan. Ada kala timbul perasaan berbelah bagi, namun saya terpaksa cekal dan mengawal perasaan. Semoga ini adalah satu keputusan muktamad dan saya tidak akan merasa kesal kemudian hari.
Ribuan Terima kasih.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan kepada saya memberi nasihat dan buat rawatan kepada pesakit-pesakit saya. Kepada mereka yang berjaya mendapat zuriat dan sembuh dari penyakit mereka saya ucapkan tahniah. Yang belum berjaya dan tidak kesampaian hajat mereka, bersabar dan terus berdoa sambil jangan putus usaha.
Mohon Maaf
Saya juga mohon Maaf atas segala kesalahan dan kesilafan, samaada yang sengaja dan tidak sengaja, yang nyata dan yang tersorok. Saya akui saya ada banyak kelemahan dan kekurangan pada diri dan peribadi saya. Manusia memang tidak sempurna dalam semua bidang. Hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.
Mohon Doa restu
Saya mohon doa agar Allah kuatkan Iman, kurniakan kesihatan dan kekuatan serta kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Aamin ya robbal alamin.
Kita tidak terlepas dari ujian Allah, itu semua adalah lumrah hidup. Ada kala kita naik menjulang tinggi dan ada kala kita jatuh kelurah jauh ke bawah. Hanya ketabahan dan kesabaran serta keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT yang bolih meneruskan perjalanan hidup kita.
Marilah kita hapuskan perangai hasad dengki, iri hati dan dendam kerana kesemua itu perosak pembangunan insan dan ummah..
Meninjau di rungan komen, rata-rata warganet mengucapkan selamat bersara dan tidak kurang juga ramai sebak di atas pengumuman yang dibuat oleh Dr Hamid Arshat lebih-lebih lagi buat mereka yang pernah mendapat khidmat dan rawatan bersamanya.
Walaupun terpaksa berpisah berhari-hari dan meninggalkan anak serta isteri, Pendakwah bebas bernama Ebit Lew ini cekal dan tabah mengharungi segala ujian. Cukup tersentuh hati melihat betapa rindunya anak-anak yang menyambutnya pulang ke rumah.
Tidak hairanlah, beliau juga sangat terkenal dalam menyantuni isterinya. Setiap kali memuat naik perkongsian, pasti terselit ucapan indah dan sweet buat bidadarinya.Terbaru, Ebit Lew melahirkan rasa tidak sabar menantikan hari jadi bidadarinya.Bidadari saya lahir 17 Jun. Sebab PKPB ini hari-hari saya fikir tak sabar nak cakap selamat hari lahir. Anak perempuan sulung 27 Jun. Berdebar fikir nak beri hadiah apa. Saya tanya nak hadiah apa?
Kata bidadari saya nak doa abang jer. Betullah doa tulah hadiah paling berharga. Anak perempuan nak minta setiap hari ada dirumah buat Talim macam biasa.
Kata bidadari saya. Nak abang senyum selalu. Jangan menangis jer. Dulu mak saya selalu ucap selamat hari lahir. Walau tiada hadiah. Ucapan itu saya rindu sampai sekarang. Rindu mak.
Ramai orang ingat bahagia itu bila ada duit banyak dan beri segalanya. Itu nikmat. Tapi bahagia ini sebenarnya bila kita ingat dan hargai orang disisi kita. Sebut nama mereka dalam doa. Beri walau sedikit ucapan yang ikhlas. Orang yang kita sayang.. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Besar nilainya kan. Terima kaseh sayang bidadariku bahagia sayang ada disisi abang. I love u sayang. Selamat hari lahir sayang. Ucap awal sebab dah tak sabar. Boleh ker ucap awal-awal. I love u bidadariku sayang
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.