Demikian nukilan yang dimuatnaik ibu Emmeril Kahn Mumtadz (Eril) laman instagramnya.
Atalia Praratya menitipkan kata-kata sedih tersebut selepas anak sulungnya itu masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang sejak Khamis lepas di Sungai Aare, Switzerland.
Nukilan itu disertakan juga dengan foto memperlihatkan Atalia, suaminya Ridwan Kamil (Gabenor Jawa Barat) dan anak mereka, Zara duduk di tepi jeti sungai tersebut.
“Ril… mamah pulang dulu ke Indonesia, ya,” tulis Atalia.
Ads
“Mamah titipkan kamu dalam penjagaan dan perlindungan terbaik dari pemilikmu yang sebenarnya, Allah SWT, di mana pun kamu berada,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Untuk rekod, sudah lebih seminggu Eril hilang selepas dihanyutkan arus saat berenang di Sungai Aare, Bern, Switzerland. dan proses pencarian dilakukan pihak berkuasa negara tersebut juga masih belum membuahkan hasil.
“InsyaAllah kamu tidak akan kedinginan, kelaparan atau kekurangan apapun.
“Bahkan kamu akan mendapatkan limpahan kasih sayang, kurnia dan kebahagiaan yang tak pernah putus,” tulis Atalia lagi.
Ads
“Di sini, di Sungai Aare yang luar biasa indah dan cantik ini, mamah lepaskan kamu, untuk kita bertemu lagi cepat atau lambat.
“Seperti yang Datuk Bandar sampaikan, the city of Bern will forever be deeply connected to us. Doa terbaik mamah dalam setiap helaan nafas,” jelasnya.
Ajal maut adalah rahsia Allah, tidak akan ditunda ataupun dipercepatkan walau sedetik. Apa yang pasti ia akan berlaku kepada setiap makhluk yang hidup. Bahkan bagaimana situasi pengakhiran hidup kita ini juga menjadi suatu rahsia dan tanda tanya hinggalah sampai detik waktunya.
Begitu juga halnya yang terjadi pada kanak-kanak berusia 8 tahun ini telah mengundang pilu di hati wargamaya. Pemergiannya dengan tanpa diduga meskipun sedang tertib mengambil wuduk untuk menunaikan solat, rupa-rupanya menjadi amalan terakhir buatnya sebelum meninggal dunia akibat dihempap dinding di sebuah masjid.
Kejadian malang ini berlaku di Indonesia dan rakaman kamera litar tertutup telah tular di media sosial. Gian Septiawan Ardani, 8, yang belajar di sekolah rendah dilihat sedang mengambil wuduk bersama seorang lagi rakannya di sebuah masjid di Lubuk Minturun, Sumatera Barat.
Tiba-tiba, sebuah motosikal ditunggangi seorang individu terlanggar dinding di tempat dua kanak-kanak itu mengambil wuduk.
Dinding itu runtuh di atas kepala Gian, manakala rakannya berjaya mengelak bongkah konkrit itu.
Gian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah pada bahagian kepala dan kehilangan banyak darah.
Seorang inspektor polis trafik tempatan di Padang mengesahkan, insiden membabitkan motosikal Yamaha Mio Sporty itu berlaku kira-kira 3 petang, Isnin lalu.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sementara itu, seorang pentadbir masjid, Desriadi, memberitahu Republika, penunggang motosikal itu hilang kawalan ketika lelaki itu melakukan aksi ‘freestyle’.
Katanya, penunggang itu adalah sebahagian daripada sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai sering menunggang secara melulu.
Lelaki itu adalah pelajar berusia 13 tahun yang belajar di sebuah sekolah menengah rendah, lapor media Indonesia.
Ekstra Info
Manakala memetik perkongsian di website Mufti Wilayah Persekutuan, ada diperjelaskan berkenaan golongan yang meninggal dunia akibat runtuhan bangunan atau gempa bumi merupakan mereka yang tergolong dalam kategori orang yang mati syahid akhirat dan jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah-jenazah yang lain mengikut syariat islam
Huraian Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Orang yang mati syahid mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang “Siddiqin” dan orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya. Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka.”
Bila teringin nak makan ketam ni, tentu ada yang bercadang nak beli sendiri di pasar. Maklumlah jika beli di kedai yang sudah di masak tentu hargannya mahal!
Bagi yang bercadang nak beli ketam tapi nak isi-isinya gemuk dan bertelur, ada rahsianya cara pilih ketam yang betul. Begini cara nak pilih ketam banyak isi.
Baru sedap untuk masak kari, masak lemak cili api, masak sambal dan pelbagai hidangan.
1. Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh, kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2. Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3. Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4. Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
Mahu lebih yakin lagi, tekanlah pada bahagian tiga segi yang terdapat di belakang badan ketam. Jika ia terlalu lembut dan mudah ditekan, itu bermakna ketam tersebut telah pun lama. Sebaiknya pilihlah yang masih keras dan susah untuk ditekan.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7. Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!
Bila terjadi kes ibu terbangun lambat, memang satu keluarga terkesan. Sebagai seorang ibu tentunya akan jadi tergesa-gesa membuat persiapan untuk memastikan anak tidak lewat sampai ke sekolah, malah en suami pun terpaksa bergegas untuk ketempat kerja. Boleh dikatakan semua jadi tidak tentu arah, kelang kelibut.
Berkongsi cerita tentang terlewat bangun, perkongsian daripada Ayusofea D Butiq ini cukup mencuit hati dan membuatkan ramai warganet tertawa membaca perkongsian tersebut. Tidak kurang juga ada yang kasihan bila anaknya bersarapan roti bakar berintikan asam jawa. Nak tahu lanjut kisah ini, jom baca penrkongsian penuhnya di sini.
Ini kisahnya.
Al- kisah sebab dah lambat pegi sekolah.. tak sempat si ibu nak buat serapan… walau bukan selalu tetap bangun sebab keletihan buat itu ini di malam hari..terjaga pukul 6 (itu pun bunyi alam hp) kelang kabut kejut anak suh mandi … kejap lagi azan.. mana nak siapkan budak-budak .. nak solat nak buat serapan lagi .. akhirnya mak pun buat je roti bakar sapu kaya senang (janji perut terisi).
Tengah pakai telekong nak solat… anak menjerit mama kenapa roti nie rasa lain macam masam … mak yang dah kelang kabut terus membebel … makan jelah dah lambat..kejap lagi nak pegi sekolah .. si anak yang baik…yang selalu didoakan agar soleh dan solehah pun makan ..tapi tak habis..
Lepas antar anak sekolah .. si emak pun duduklah di meja makan sambil melepaskan lelah .. kehulu kehilir mengantar anak ..tengok serapan terhidang tadi tak habis.. dia ambik terus masuk mulut …. zupp terus terasa di anak tekak ..asal masam nie .. baru dia sedar yg di sapu kat roti tu asam jawa .. terbayang wajah anak-anak….ya allah kesiannya mereka..
.
Mengalir air mata si mak … moralnya untuk anak-anak pun belajarlah berdikari kalau boleh (jangan semua mak buat kesian mak) .. si suami pun tolong-tolong lah isteri jangan nak siap diri sendiri je sampai office ngeteh dengan kawan-kawan …
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.