Terlalu banyak lalat di rumah boleh buat kita rasa tak selesa. Sebab kita tahu lalat ini sinonim dengan benda yang kotor. Paling ditakuti bila lalat ini hinggap pada makanan, dah pasti akan tercemar dan jika dimakan boleh memudaratkan kesihatan seperti mengalami cirit birit.
Tapi masalahnya lokasi kegemaran lalat berkumpul adalah di bahagian kita menyediakan makanan iaitu dapur. Jadi bagi mengelakkan lalat dari berleluasa di dapur lakukan perkara ini:
1. Tuang air dalam bekas dan masukkan bunga cengkih. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari dapur anda.
Ads
2. Boleh juga gunakan daun kari. Kibaskan daun ini pada lalat yang berterbangan di dapur. Kemudian letakkan daun kari dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat yang suka hinggap di meja makan.
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di atas meja makan.
Ads
4. Satu lagi cara yang biasa digunakan adalah mengggunakan menyalakan lilin. Letakkan lilin tersebut berhampiran hidangan. Sila pastikan lilin itu diletakkan di tempat yang selamat, sebaik-baiknya di dalam tin kosong.
Kalau pergi ke Pasar Malam tak sah rasanya kalau tak membeli kudapan untuk di bawa pulang. Ayam Gunting Pedas merupakan salah satu resipi wajib buat anak-anak kita. Kita pun tak ketinggalan juga menggemari isi ayam rangup yang satu ni.
Tak perlu ke Pasar Malam lagi semata-mata untuk membeli Ayam Gunting Pedas ini kerana di rumah pun anda boleh sediakan sendiri, sama seperti resipinya.
Perkongsian Puan Salimah Olie di facebooknya buat kita yakin untuk mencuba. Nampak mudah dan ringkas cara pembuatannya. Jom cuba petang ni. Anak-anak yang bercuti sekolah pasti teruja bila ibu sediakan satu resipi baru. Best pulak tu!
Ayam gunting, rangup diluar, lembut dan juicy didalamnya. Langkah dan bahan ada kat gambar. Saya buat cara paling mudah dan senang. Guna tepung goreng serbaguna Bestari je…hihi. Dah takyah pergi pasar malam petang ni ya!
Resipi Ayam Gunting Pedas
Bahan-bahan:
Isi dada ayam -yang telah dileperkan
Tepung serbaguna bestari
1 sudu kecil soda bikarbonat
Telur
Sedikit garam -pukul perlahan
Sedikit paprika
Caranya:
1. Masukkan isi ayam dalam plastik dan ketuk jadi sedikit leper.
2. Sudahkan kesemua isi ayam.
3. Golek isi ayam pada tepung.
4. Celup dalam telur kemudian golekkan semula pada tepung.
5. Goreng dalam minyak yang panas (tenggelam).
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan puasa ni tak sah rasanya kalau tidak kisahkan soal air. Air yang sedap selalunya jadi buruan kita di bazaar Ramadan. Tak kurang juga yang mencuba sendiri di rumah. Macam-macam jenis minuman kita gabungkan bersama anak-anak demi nak menaikkan semangat mereka untuk berbuka.
Bagi ibu-ibu, mungkin boleh mencuba resipi daripada longan dan laici ini untuk berbuka nanti. Nampak sedap. Paling penting nak buatnya teramatlah senang. Badan pun sejuk je. Jom buat petang ni.
Bahan bahannya:
Longan dalam tin (air jangan buang )
Laici dalam tin (air jangan buang)
Biji selasih
Cincau
Nata di coco (buang air nya)
Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
Air batu
Cara caranya :
Kata yang pernah mencuba minuman ni…
Air ini tiada nama, ada jelly yang diperahkan dengan limau , dan buah buahan campuran, bila ais nya cair, jadilah rasa macam air di gambar ini. Sedap!
Selamat mencuba.
Kredit: Viral Media Malaya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan puasa ini tak lengkap rasanya jika tiada hidangan kuih manis sebagai pencuci mulut. Jika asyik membeli di bazar Ramadan, apa kata buat sendiri kuih muih.
Tular kuih Puding Pandan Thai yang dikongsikan puan Shahmila Radha ini. Katanya resipi itu diperolehi daripada pembantu rumahnya yang berasal dari negara Thailand.
KANOM PIAK POON (PUDING PANDAN THAI)
Yang ini pun saya belajar dari maid thai.
Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding tu lembut,cair dalam mulut!! Simpan dalam peti ais dalam sejam sebelum berbuka lagi best!!
Saya share resepi kat sini..
Siapa teringin nak buat boleh try ok!!
BAHAN PUDING
2 Sudu kapur masakan (campur dengan 1gelas besar air. Ketepikan) (ambil 1 1/2cawan air kapur yang jernih sahaja)
1cawan tepung beras
1/3cawan tepung pulut
1/3cawan tepung ubi kayu
1/3cawan gula perang
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
1 sudu paste pandan
Tapis tepung, satukan semua bahan kat atas dan kacau bagi tak berketul. Buka api paling kecik, kacau sampai puding tu jadi jernih. Part ni susah sikit. Sebab kena kacau macam kacau dodol. Dan tak boleh tinggal walaupun sekejap. Paling cepat boleh siap setengah jam. Kena pastikan puding tu betul-betul jernih barulah masak. Bila dah masak ketepikan bagi dia suam. Bila dah suam, boleh scoop masukkan dalam mangkuk puding dan letak dalam fridge.
BAHAN KUAH SANTAN
Santan Kotak saiz kecil 2 kotak
Tepung Jangung 1 sudu kecil(bancuh dengan 1cawan air )
Gula pasir putih 1 sudu besar
Garam 1/2 sudu teh
Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung ,gula dan garam. Bila dah likat, tutup api dan sejukkan dalam fridge.
KELAPA PARUT(gaul dengan garam sikit sahaja bagi rasa lemak)
BIJI BIJAN
Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.
Kalau nak cantik, puding tu perlu kurangkan air sikit, bila dah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam.. Tapi dia akan keras sikit tak cair masuk mulut. Saya lebih suka puding ni lembut jadi bila lembut memang tak boleh nak bentuk. rupanya tak cantik la.. Janji masuk mulut sedap!!
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.