Cara Nak Bezakan Cili Kering Biasa Dan Ekstra Pedas, Jangan Salah Pilih Kalau Tak Makan Pedas!
Cili kering memang antara ramuan wajib dalam pembuatan sambal. Inilah petua paling utama untuk menjadikan sambal kita sedap seumpama masakan mak di rumah. Kata orang, rasa yang berkualiti. Itulah kelebihan cili kering.
Namun bagi anda yang tidak makan pedas, hati-hati dalam pemilihan cili kering semasa membeli di kedai. Jika tersalah pilih, cili kering yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari. Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya. Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili kering ini.
# Jenis 1 – Pedas Biasa
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, penasnya biasa sahaja.
Ads
# Jenis 2 -Super Pedas
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
Ads
Ads
# Jenis 3 – Kurang Pedas
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak.
Dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering, pastikan anda tidak tersalah pilih! Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berbelanja ada hadnya, tidak boleh terlalu boros terutama bagi yang memiliki ahli keluarga yang ramai. Tetapi, dalam utamakan keperluan anak-anak, kena juga berjimat cermat dalam pembelian dan membeli mengikut kemampuan kita.
Perkongsian Fieya Badar di facebooknya miliknya ini mendapat perhatian netizen. Menariknya ibu ini siap kongsi tips supaya ikan dan kesemua barang basah berada dalam keadaan baik dan segar. Boleh tahan sampai 3 minggu.
Jom ikut cara yang diajarkan Fieya seperti di bawah ini. Moga bermanfaat untuk anda.
“Sementara menunggu giliran ni ha. Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak over bajet tiap-tiap bulan. Paling utama ada saving in case anak sakit or kecemasan.
Untuk barang basah kami peruntukkan RM150-RM200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.
Eh segar ke ikan tu? Eh tahan lama ke? Eh manis lagi ke bahan tu bila masak? Eh masih sedap ke?
Meh nak ajar ye. Kalau salah mohon maaf. Tapi ku buat gini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.
Daging
1. Kalau beli daging. Macam fie daging beli daging beku tu sekilo kat pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu, balik terus la potong. Macam aku 2 bekas selalunya dihiris nipis, 1 bekas aku hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha..sambil kau hiris kau boleh pikir nak buat menu apa.
2. Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.
3. Nak masak, keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatal pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih-bersih. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jagung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.
Ikan
1. Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.
2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol, ikan nyok-nyok, ikan pari dan ikan patin, kalau aku beli terus siang dan basuh. Then simpan tanpa bubuh air.
3. Ikan temenung, ikan sardin, ikan sebelah, siang bersihkan dan letak air tenggelamkan ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.
Udang/Sotong
1. Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.
2. Nak masak sama gak macam aku cakap kat atas tu hokeh.
Ayam/Itik
Tak payah letak air. Kau basuh bersih-bersih. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.
Sekian. Boleh la korang berjimat seperti kami. Kikikiki. Nanti up belah sayur lak.
* Bagi yang bekerja, malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.
* Kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3 jam lebih kalau sorang basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.
Kami shopping kat pasar BM. Setelah duk Penang la. Dulu kat KL kami pegi pasar malam Kampung Pandan/pasar tani pun belambak yang murah-murah. Kat perak kami pegi pasar Kemunting. Ha ikutlah.
Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki. Tiga minggu makan ni 5-6 orang satu rumah. Bajet 150-200.
Menyediakan kudapan yang berkhasiat untuk anak-anak makan perlu juga difikirkan oleh kita sebagai ibu. Bukan apa, lazimnya anak-anak memang suka ‘menguyah’ tak kira waktu. Jadi jika tiada kudap-kudapan tersedia di rumah pasti mereka akan membeli makanan ringan dan bimbang juga boleh membahayakan kesihatan mereka jika dimakan selalu. Oleh itu, apa kata kita sediakan menu Kentang Viral yang dikongsikan oleh Sha Roziah Al Yahya. Menyediakannya juga mudah dengan menggunakan bahan-bahan masakan yang asas. Untuk itu, jom semak ramuannya.
“Kentang Viral sempena cuti sekolah…. Ranggup-rangup je krup krap bila makan… Mula-mula anak cakap tak nak makan sekali dia rasa… Asal sedap sangat ni ummi… Nanti buat lagi ya.. Itulah jangan cepat menolak bila ummi masak…”
KENTANG VIRAL
.
Bahan-bahan:
Kentang 4 biji..rebus/kukus
5 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
Carrot
Daun sup
Cili merah besar
Susu full cream/fresh
Garam sedikit je jika perlu
Cara Penyediaan :
1. Kentang rebus atau kukus.. Lepas tu lenyekkan…
2. Hiris halus daun sup, carrot dan cili merah…
3. Masukkan tepung jagung dan juga tepung beras.. Gaul semua bahan bagi rata
4. Jika nampak adunan berderai masukkan susu full cream/fresh dalam adunan sehingga dapat doh yang senang di bentuk…
.
5. Gelek-gelekkan atas dulang dan potong macam dalam gambar ( jika takut melekat alaskan plastik)
6. Goreng seperti biasa… Pasti kan minyak jangan terlampau panas masa letak kentang ni… Sebab nanti dia akan mengelembung dan tak garing… Api kecil je ya… Dan balik-balikkan selalu…
.
7. Bila goreng dengan cara yang betul akan dapat hasil yang ranggup krup krap
Sambal adalah salah satu masakan yang menjadi pembuka selera ketika kita menjamah hidangan. Terdapat pelbagai jenis sambal termasuk sambal tempoyak, sambal belacan dan juga sambal hitam.
Sambal hitam adalah sambal yang terkenal di negeri Pahang. Cara membuatnya antaranya menggunakan belimbing. Namun resipi sambal ini telah diviarasikan pelbagai cara buat sambal popular ini tanpa menggunakan belimbing.
Terdapat resipi yang tanpa menggunakan belimbing, sebaliknya menggunakan ikan bilis. Rasapun lebih kurang sama dengan sambal hitam Pahang.
Apa lagi, jom kita cuba resipi sambal hitam tanpa belimbing ini yang disedikan oleh ustazah Aminah Mat Yusoff Yusoff. Memang sedap!
Ikuti perkongsian ini.
TAK GUNA BELIMBING TAPI IKAN BILIS JER
Sambal Hitam legend homemade.. Simple, cepat dan sedap.. Jom masak!
Sambal hitam nie saya adaptasi dari sambal hitam Pahang tapi bezanya saya tak pakai belimbing buluh. Kata orang belimbing buluh ni boleh buat kuali atau periuk berlubang kerana menghakis besi dan masa untuk menyiapkan berjam-jam lamanya.
Rasa sambal hitam legend homemade ni sebijik macam sambal hitam Pahang. Nanti saya share resepinya. Makan nasi panas-panas letak sambal ni plus sup sayur, memang terangkat .. Resepinya simple sangat:
Bahan-bahan
1/2 kg ikan bilis siap belah ( pilih yang kualiti sederhana) 7 biji bawang merah besar 200 gm cili padi 1 cawan Air Asam jawa Gula perang Garam
Cara masak: 1. Basuh ikan bilis dan kisar halus 2. Bland bawang dan cili padi bersama. 3. Panaskan minyak dan masukkan bahan bland, tumis sampai naik bau. 4. Masukkan ikan bilis kisar dan air asam jawa. 5. Kecilkan api, kacau hingga warna berubah menjadi gelap dan hitam. Saya ambil masa 1 jam 30 minit untuk jadikan sambal betul-betul kering dan tahan lama. 6. Siappp.. Selamat mencuba sahabat semua