Kepada yang rindu masakan timur apa kata cuba buat laksam putih ni. Maklumlah kedai makan tutup kan. Nak balik kampung tak boleh.

Untuk newbie boleh lah cuba resipi ni confirm jadi.

Ikuti perkongsian ni.

Rindu Masakkan Pantai Timur, Cuba Resipi Laksam Ni. Confirm Jadi!

Resepi lengkap Pertama kali Kak Tia buat laksam  Ini la hikmah PKP, masakan yg tak pernah buat, jadi nak cuba buat. Alhamdulillah laksam menjadi cantik putih licin gittuuuuww  Saya sertakan resepi lengkap yang pasti akan menjadi & sangat sedap 

Resepi laksam :

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam

Cara:
Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.

Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak (Tapi tia guna pinggan ikea shja sebab tak ada tudung periuk). Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap ✅

IKLAN

Rindu Masakkan Pantai Timur, Cuba Resipi Laksam Ni. Confirm Jadi!

Untuk kuah putih :

Ikn kembong 5/6 ekor ( ikan bersize sedang, jangan ikan yg kecil) ( Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bwg merah dan lada hitam)

Santan kotak m&s 400gram (2 kotak kecil)

Lada htam 3 sudu stengah ( sukatn sudu kfc atau sudu kecil)

IKLAN

Gula 2 sudu besar ( jangan penuh sangat)

Bwg putih 3 ulas

Bawang merah 4 biji

Ajinomoto jika mahu

Garam secukupnya

IKLAN

*campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih. Siap ✅

Makan bersama Ulam :

Kacang panjang – hiris
Bunga kantan – hiris
Daun kesum – hiris
Kobis – hiris
Timun batang – cincang dan hiris
Taugeh
( Gaulkan sekemua ulam)

Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)
Belacan
Ciliboh
Garam

Boleh juga makan bersama laksa.

Rindu Masakkan Pantai Timur, Cuba Resipi Laksam Ni. Confirm Jadi!

Selamat Mencuba 

Sumber: Tia Rizz

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI