Bila sebut tentang menu sarapan yang paling ringkas tentunya dengan menjamah sekeping dua roti pun sudah memadai untuk mengalas perut. Pun begitu jika ingin memberi kelainan, anda juga boleh menyediakan menu berasaskan roti putih dengan cara yang dikongsikan oleh Fateema Azzahrah ini.

 

 

Menurutnya dengan menggunakan satu buku roti saiz jambo, dapat menghasilkan anggaran 20 hingga 22 keping roti gulung berinti sardin. Menu ini selain enak dijadikan hidangan untuk keluarga, boleh juga dijadikan sumber pendapatan jika diniagakan.

Jadi buat anda yang ingin mencuba rasa terlebih dahulu, jom buat resipi yang dikongsikan di sini.

Hancurkan 1 tin sardin besar beserta sosnya. Kemudian masukkan :

Roti Gulung Sardin Dengan Rasa Inti Yang Sedap, Ni Resipi Mak-mak Boleh Buat!

1) 1 labu bawang besar didadu
2) Cili besar / cili padi terpulang kalau yang suka pedas, tapi kalau nak bg anak2 cili biasa dah ok
3) Perahan limau nipis sikit/lime juice
4) Serbuk lada hitam
5) Gula, garam, serbuk hilal

IKLAN

 

 

Kemudian masukkan 3-4 sudu besar mayonis. Saya guna brand SAJI.

Roti Gulung Sardin Dengan Rasa Inti Yang Sedap, Ni Resipi Mak-mak Boleh Buat!

Roti dilenyek satu persatu sampai leper.

Kemudian, lepas dah lenyek, sapukan keliling roti dengan telur putih, letak inti tengah-tengah, and roll.

IKLAN

**Jangan letak inti padat sangat takut susah nak roll tapi jangan la sikit sangat nanti tak sedap. Letak 1 sudu penuh inti.

TEKNIK SUPAYA ROLL TAK TERBUKA :

Lepas sapu telur putih letak inti, roll dan part hujung sekali tekan tekan (kepilkan sikit) kemudian celup cepat-cepat dalam telur 3 biji yang telah dipukul sekejap dalam mangkuk berasingan.

Celup telur dan goreng hingga kekuningan.

Roti Gulung Sardin Dengan Rasa Inti Yang Sedap, Ni Resipi Mak-mak Boleh Buat!

Taraaaa!! Dah siappp. Anak saya memang sukaaaa dia cakap sedapp sangat ummi!

IKLAN

Try la korang, kalau nak jual, harga satu rm1.20-rm1.50. Nak letak vendor pack je 3pcs RM4-RM5 depends.

Sumber : Fateema Azzahra

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Roti Gulung Sardin Dengan Rasa Inti Yang Sedap, Ni Resipi Mak-mak Boleh Buat!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI