Zaman sekolah tentunya banyak kenangannya. Selain memori manis bersama-sama kawan-kawan dan guru-guru, tidak dinafikan makanan yang dimakan di kantin sekolah juga menjadi suatu saat yang dirindu untuk dapat dikecapi semula.
Begitu juga perasaan yang dirasakan oleh Eyra Syuhaira mengenai memori persekolahan di sekitar tahun 1998-2003. Katanya, dia amat merindui untuk merasa kembali masakan makcik kantin untuk menu Ayam Pedas.
Puas juga dia mencari resipi yang mempunyai rasa hampir sama dan akhirnya pencariannya tercapai dan di sini turut dikongsikan resipi tersebut untuk dicuba oleh mereka yang turut merindui masakan kantin.
Resepi ayam pedas makcik kantin
1/2 ayam
2 biji bawang besar
6ulas bawang putih
5/6 biji lada kering
Ads
sos cili
garam
gula
cukup rasa
air
Ads
minyak
blend bawang putih / besar / lada kering sampai lumat
Cara memasak :
Tumis dengan minyak sampai garing naik bau
2. Masukkan sos cili
3. Nampak kering masuk air
Ads
4. Ayam tadi goreng tawar bo bo garing
5. Masukkan bahan cukup rasa
6. Nak mnis letak gula lebih
7. Lepastu masukkan ayam goreng tadi biarkan lama cikit dalam sambal letak air sampai kering, biar ayam serap sambal.
8. Ok siap !!
Makan dengan nasi minyak pun sedap, bertambah nasi walaupun satu lauk.
Nak sediakan hidangan buat keluarga tak susah mana pun. Tak perlu menu berat atau yang mahal. Kena kreatif dan pelbagaikan resipi barulah anak-anak dan suami teruja kan. Apa kata cuba Roti Telur Berhantu ni, bunyi agak ngeri tapi pasti anak-anak sukakannya nanti.
Boleh dibuat sarapan mahupun untuk minum petang. Resipi ini dikongsikan oleh puan Bahiah Saripuddin .
RESEPI ROTI TELUR BERHANTU Ngeri pulak rasa tajuk roti telur berhantu. Tapi betul taw. Sekali kau dah rasa tak boleh stop makan. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kureng. Senang nak buat pula tu sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu. Boleh la view step senang namatey. Ajarkan anak-anak masak gini seronok mereka nanti. Selamat mencuba! #dapurcheyah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam setiap perkara atau impian yang ingin kita capai, pertama mesti ada titik permulaannya. Begitu juga dalam hal menabung untuk masa depan, usaha perlu digerakkan yang pertamanya adalah untuk membina disilpinkan diri agar sentiasa menabung.
Jadi hendak lagi mudah agar tidak culas, ada baiknya anda lakukan menabung dengan teknik yang dikongsikan oleh @nuraqilamhdidrs di laman twitter. Menurutnya alangkah mudahnya menabung melalui Maybank2u. Hanya 3 langkah sahaja diperlukan dan pemilik akaun boleh tentukan sendiri tempoh matang dan jumlah yang ingin disimpan.
Menarik bukan?
Hendak tahu detail, ini perkongsiannya:
Bab menyimpan ni membuatkan semua jadi takut sangat sebab hampir 80% orang tak perasan 3 step mudah je nak menabung dalam Maybank2u ni!
First sekali, set berapa nak simpan duit setiap bulan. Kemudian Maybank akan auto tolak duit dari akaun anda. Bila dah tempoh matang, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank anda.
Contoh sekarang ni umur anda 21 tahun, anda target pada umur 24 tahun nak tunaikan umrah guna duit sendiri.
So setiap bulan simpan RM300
Set masa dalam 24 bulan (2 tahun)
RM 300 x 24 = Rm 7200
So bayangkan umur 24 tahun anda dah ada duit simpanan sebanyak RM7200 and alhamdulillah dah boleh tunaikan umrah di usia muda hasil simpanan 2 tahun lepas.
Contoh lain, korang nak buat simpanan untuk kenduri kahwin iaitu kos RM 10000. Jadi boleh la start menyimpan dari sekarang dalam tempoh 2-4 tahun.
So kat bawah ni ada sediakan tutorial bergambar, boleh rujuk untuk buat step by step ya. All the best gais
Langkah 1 : Log in Maybank2u dan klik ‘Accounts & Banking’
Langkah 2 : Kemudian klik ‘Go’
Langkah 3 : Klik ‘Setup Flexi Saver Plan-i’
Langkah 4 : Kemudian buat tetapan tempuh masa, jumlah wang, tujuan menyimpan dan tarikh efektif.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...