Ibu bapa pastinya bangga apabila memiliki anak yang petah bernkata-kata. Namun
Sudah tentu ibu bapa risau sekiranya anak mereka sudah meningkat usia masih tidak petah atau bercakap lancar.
Ikuti perkongsian oleh Aishah Kassim mengenai cara mengenali tahap pertuturan anak.
Ramai yang tanya macamana nak tahu anak delay ke tak? Umur berapa baru boleh dikatakan anak lambat bercakap?
Ok jom saya bagi roughly idea berkenaan mcm mn nk detect anak lambat berckp ya…
Ads
1) compare dengan child normal development chart.
2) cara senang dan mudah:
📌umur setahun patut dh boleh hasilkn first word (perkataan bermakna cth: mama refer pada ibunya) ..jika selepas 1y6m masih belum ada first word dah masuk kategori delay..
Ads
📌Umur 2 tahun patut anak2 dh mula combine perkataan jadikan ayat 2 PATAH PERKATAAN.. cth: nak susu, mama nak, jom tido etc.. kalau sebutan pelat xpe lg time ni.. kalau 2y6m belum buat ayat lg dh masuk category delay bahasa
📌Umur 3 tahun anak start buat ayat 3 PATAH PERKATAAN.. cth: nak makan roti, mama jom makan etc… kalau 3y6m masih x combine 3 patah.. dah masuk category delay..
📌Umur 4 thn dah start bercerita dah.. dan ayat yg anak hasilkan 4 patah dan keatas..
Ads
📌Umur 6 tahun dah mcm perbualan org dewasa dan boleh jawab kebanyakan jenis soalan yg kita tnya.. apa, siapa, kenapa, mcm mana, bila & berapa.. kalau masih x boleh dah msk category delay.. . . Delay bahasa pun ada peringkat jugak.. ada ringan, sederhana & teruk.. bergntung berapa jarak umur semasa dengan kemahiran bahasa semasa..
Yg sy bagi ni skill minimum yg kanak2 patut ada ya.. kalau lebih, lagi bagus 😊
Jadi.. Lakukan assessment segera dan lihat tahap perkembangan anak. Jangan bertangguh utk mencari ilmu dan belajar lagi demi anak-anak. . . Banyak lagi yg akan diajar dalam seminar anak lancar cakap 5hb oktober ni. Anda dah booking seat? 27hb last call utk harga rm80 buy 1 seat free 1 seat yaaa… Jangan lepaskan peluang..
—>www.anaklancarcakap.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketupat pulut antara menu wajib ketika pagi raya. Pun begitu bila mana sudah ketiadaan ibu, ketupat pulut tradisi ini tidak lagi dapat dinikmati seperti biasa. Jika ada pun, rasa dan keenakkan sekian lama seperti dijamah sebelum-sebelum ini sudah tidak lagi dirasakan.
Tidak mahu belajar daripada ibu atau nenek-nenek kita pada waktu dahulu adalah kegagalan terbesar kita hari ini. Sudahnya ketupat yang sepatutnya menjadi tradisi kita tak dapat kita jamah. Sedih memang sedih namun apakan daya.
Tak mahu kejadian seperti itu berlaku pada generasi muda kini ada baiknya kita belajar buat ketupat sendiri daripada ibu atau pun ibu mentua. Tak sama hasilnya seperti ibu kita tak menjadi soal, asalnya mahu mencuba.
Sebenarnya menghasilkan ketupat sendiri tidaklah sesusah mana. Ini caranya jika anda mahu belajar. Seperti yang dikongsikan oleh blog airtanganku.blogspot.com, wajib kita cuba.
KETUPAT PULUT DAUN PALAS
Bahan-bahan:
2 kg pulut (kami guna pulut susu)
2 1/2 kg santan (nak sedap guna santan original)
Garam secukup rasa
Daun palas secukupnya
Cara-cara:
1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan.
2. Masak santan dengan api yang perlahan sambil mengacau sehingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Biarkan mendidih seketika dan kecilkan api.
4. Masukkan pulut dan gaul sebati dengan santan.
5. Bila pulut dah separuh masak dan santan sudah kering, matikan api.
6. Masukkan ke dalam kelonsong apabila pulut telah sejuk atau suam-suam.
Cara Merebus:
1. Masukkan semua ketupat yang telah disiapkan ke dalam periuk.
2. Tuang air sama paras dengan ketupat.
3. Tutup periuk dan rebus ketupat sehingga air kering. Sesekali balik2 kan ketupat tersebut.
Didihkan santan.
Tos pulut yang telah dibasuh.
Masukkan santan beras pulut ke dalam santan yang telah mendidih.
Bila santan dah kering… pulut akan nampak berminyak.
Proses membalut pun bermula… isi pulut penuh-penuh ke dalam kelonsong dan tekan-tekan biar padat.
Ketupat ni selain sedap dimakan begitu saja sebab dah lemak masin, makan lah dengan rendang, serunding atau gulai yang akak nak cuba esok ni ialah makan dengan susu. Depa biasa makan gitu jugak naa… atau dengan gula.
Sesudah siap.. samada nak terus direbus, atau simpan saja di dalam freezer kalau nak makan kemudian.
Proses merebus.. air cuma setakat paras ketupat. Tutup periuk dan rebus sampai air kering.
Siap untuk di makan!
Kredit: airtanganku.blogspot.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya peristiwa yang berlaku di depan mata boleh dijadikan asbab untuk kita mengambil pengajaran dan sekali gus menjadikan diri kita berubah menjadi lebih baik. Ini sebagaimana perkongsian daripada Muhammad Yusof tentang pengalamannya dipertemukan dengan sepasang suami isteri yang berusia di sebuah masjid.
Kisah yang cuba disampaikan nampak ringkas namun tidak semua suami mampu memberi ruang waktu me time berkualiti sepertimana pakcik ini. Untuk itu, jom kita selami apa yang cuba dikongsikan oleh lelaki ini.
Ini perkongsiannya.
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Fasa demi fasa PKP kita telah lalui, bermula pada tanggal 18 Mac -31 Mac, kemudian masuk pula fasa ke dua,1 April hingga 14 April, dan kini dilanjutkan lagi pada fasa ketiga iaitu 15 April hingga 28 April.
Sungguh suatu tempoh yang panjang kita rasakannya. Pun begitu, usah ada yang mengeluh atau murungut, tapi lihatlah pada sisi positif.
Banyak perkara boleh anda sekeluarga lakukan bersama-sama dan sekali gus memperbaiki diri dan keluarga menjadi lebih baik dan bahagia.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Tiny Azleen dan bolehlah dijadikan inspirasi pada kita semua.
Hari ke dua puluh satu.
Fasa kedua: Hari ke tujuh.
Sudah dua puluh satu hari, Allah izinkan kami berkumpul lengkap seluruh ahli keluarga, ibu dan abahnya serta lima orang anak-anaknya. Bonus, mak saya atau maktok bebudak ini juga tinggal bersama kami, Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah.
Nikmat paling mahal yang sangat saya syukuri yang tiada galang ganti kebahagiaan ini. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Rasanya, inilah pertama kali dalam sejarah hidup saya dan sebagai ibu bapa, kami lihat wajah anak-anak kami dan bersama mereka, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. MasyaAllah Tabarakallah.
Setelah 3 minggu bersama anak-anak, memang hampir tepu otak mengadap karenah dan memikirkan aktiviti untuk mereka.
Benar, kerap sahaja saya bertukar sarung menjadi ‘mak singa, mak harimau, mak tarzan, mak gorilla, mak godzilla…’ (just name it, semua karakter ada!).
Namun, dalam kekalutan mengaum mengamuk menjerit dengan karenah mereka, sebenarnya banyak hikmah dan keindahan yang Allah anugerahkah asbab musibah #covid19 dan dalam tempoh PKP ini.
Antaranya, kami berpeluang makan bersama hampir setiap waktu makan, berpeluang solat jemaah 5 waktu seisi keluarga, menikmati ruang dan peluang mengaji bersama usai solat subuh (surah Al-Waqiah) dan isyak (surah Al-Mulk) setiap hari…
Dan hari ini, Allah Ar Rahman Ar Rahim Al Wahhab Ar Razzaq dengan limpahan kasih sayangNya rezekikan anak-anak kami kejut kami bangun pagi dan dapat qiyamullail dan sahur bersama-sama.
Dan ini bukan puasa wajib di bulan ramadan. Ia hanya puasa sunat. Tetapi Allah Al Baari Al Latiff lembutkan hati anak-anak saya (terutamanya yang lelaki-lelaki itu) untuk turut serta.
Allahu Akbar Kabira.
Haza min fadli Rabbi.
Sungguh, peluang ini takkan mampu hadir sekiranya tiada tempoh PKP ini.
Bukan mudah mahu kejut anak-anak lelaki itu untuk qiyamullail kalau ianya hari persekolahan.
Malah, kami sendiri ‘tidak gamak’ mahu kejutkan mereka mengenangkan mereka akan bersekolah sehingga petang.
PKP membantu kami mendidik diri sendiri untuk membimbing anak-anak supaya manfaatkan peluang berbuat baik pada setiap ruang yang Allah berikan.
Kita tidak tahu bila lagi peluang ini akan dinikmati. Manfaatkannya! Manfaatkannya!
Ya, kita pilih, aktiviti bagaimana untuk diri dan untuk keluarga kita. Dengan izinNya juga.
Sebagai ibu bapa, memang banyak sahaja silap dan salah juga tidak betulnya pengajaran kami atau cara kami membesarkan anak-anak. Ya, saya akur itu.
Yang saya tunjukkan hanyalah yang terlihat baik-baik sahaja. Yang buruk, yang di belakang hijab, MasyaAllah Tabarakallah, Tuhan sahaja yang tahu dan sudi menyimpan aib kami. Allahu Akbar Kabira.
Mohon keampunan dan kemaafan Allah Al Ghaffar Al Ghaffur Al Affuw.
Apa sahaja yang saya paparkan di media sosial ini adalah untuk pesanan bersama. Untuk diri saya lebih-lebih lagi. Mengenangkan ini semua sebagai AMANAH BERAT YANG AKAN DIPERSOAL KELAK!
Semoga sahaja ada sedikit cerita kekeluargaan ini yang menjentik hati anda untuk melakukan penambahbaikan yang lebih baik supaya kita dan anak-anak dipilih Allah menjadi insan kamil yang ummatik (ya, akur, jauh lagi perjalanannya!)
Saya dan Tuan Suami SirRizal Coway tidak pernah putus belajar dan belajar, tentang ilmu keibu bapaan ini. Sebab kami tahu, kami amat lemah dan jahil dalam bab ini!
Saat ini, penambahan ilmu kami adalah melalui pembacaan.
Saya memilih membaca buku Prof Muhd Kamil Ibrahim bertajuk: Didik Anak Cemerlang – Petua Untuk Ibu Bapa.
Manakala Tuan Suami saya memilih buku (yang saya sudah terlebih dahulu khatamnya…): Parent Think, tulisan Bonda Nor dan Tuan Ammar Kamilin.
Benar seperti yang dicatat pada buku “Parent, Think” – ‘Kerana anak, bukan sekadar anugerah bahkan amanah!”
Dan benar juga seperti yang Prof MKI catatkan pada dedikasi buku “Didik Anak Cemerlang” – Yang kita mahukan adalah bertemu dan berkumpul kembali, di syurga Firdaus-Nya.”
Allahumma amin Allah Al Mujib.
Kaktiny,
Tiada lain yang menjadi keutamaan doa, melainkan mohon ke syurga firdaus tanpa hisab, berkumpul berkampung bersama Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wassalam dan sekalian yang dicintai di dunia serta setiap hari menjawab salam Allah dan menatap wajah Allah, tanpa hijab. Amin.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...