Cepat atau lambat luka pembedahan ketika melahirkan anak sembuh adalah bergantung kepada tahap ketahanan tubuh seseorang ibu itu sendiri.
Oleh itu, nutrien pemakanan yang anda ambil sepanjang berpantang sangatlah penting. Namun makanan sihat dan segar antara yang disyorkan oleh doktor sepanjang tempoh berpantang.
Makanan yang baik bukan saja boleh membantu luka jadi baik bahkan mengurangkan bengkak, lebam dan rasa sakit yang biasa dialami selepas pembedahan.
Makanan-makanan ini juga boleh mengurangkan masalah penghadaman yang berpunca daripada pengambilan antibiotik sekaligus mengelakkan masalah sembelit yang disebabkan oleh ubat yang anda ambil.
Protein
Untuk membantu luka cepat sembuh dan tisu tubuh bercantum semula, kolagen adalah elemen penting bagi tujuan ini. Kolagen menggunakan paling banyak protein dalam badan.
Jadi, anda memerlukan 0.8 gram protein untuk setiap kilogram berat badan. Jika berat badan terkini anda 55kg, maka 44 gram protein diperlukan setiap hari.
Namun, selepas pembedahan, anda perlu ambil lebih banyak protein sebab luka perlu disembuhkan. Dianggarkan tambahan 1.5 hingga 2.0 gram protein untuk setiap kilogram badan diperlukan.
Makan banyak protein bukan bermakna setiap hari anda perlu makan daging (ayam atau lembu). Banyak lagi sumber protein baik yang lain seperti ikan dan kekacang.
Yogurt
Ads
Selepas prosedur pembedahan, doktor akan membekalkan antibiotik bagi mengelakkan risiko jangkitan. Seperti yang ramai tahu, antibiotik berupaya membunuh bakteria baik dalam sistem penghadaman. Sedangkan, bakteria baik membantu anda menghadam makanan dan menguatkan imun tubuh.
Tambah bilangan bakteria baik ini dengan mengambil yogurt. Namun, berhati-hati dengan minuman yogurt yang tinggi gula dan pewarna di pasaran.
Serat
Ubat penahan sakit, diet pemakanan yang berubah, dehidrasi, stres dan aktiviti fizikal yang terhad selepas proses pembedahan akan menjejaskan proses penghadaman.
Selain daripada itu, ibu perlu minum banyak air, makan buah prun juga boleh bantu mengurangkan sembelit. Hal ini kerana, prun adalah sejenis buah yang mempunyai kandungan serat mudah larut yang boleh melembutkan najis.
Makanan lain yang tinggi dengan serat seperti kekacang, oat, flaxseed, epal dan pir. Jangan dilupakan sayur-sayuran berdaun hijau.
Ads
Buah-buahan berwarna
Ada segelintir ibu lepas bersalin mengalami stres selepas pembedahan. Stres boleh menambah beban bahan teroksida dalam badan. Ia juga boleh menghasilkan radikal bebas yang rosakkan sel badan.
Walaupun anda sudah biasa mengambil makanan antioksida untuk kurangkan tekanan, ambil ia dalam jumlah yang lebih banyak selepas pembedahan. Anda boleh makan buah-buahan berwarna seperti strawberi, bluberi, raspberi dan delima.
Buah-buahan ini mengandungi anthocyanidins, bahan yang bukan sahaja meningkatkan kandungan vitamin C dalam tubuh tetapi turut menguatkan saluran darah dan kolagen badan.
Buah-buahan sitrus
Vitamin C adalah vitamin larut air yang membantu tingkatkan kandungan kolagen. Kolagen adalah protein paling banyak dalam badan dan apabila mengalami luka, kolagen sangat penting untuk sembuhkannya.
Ads
Stres boleh hilangkan kandungan vitamin C dalam badan. Jadi, selepas pembedahan lebih vitamin C diperlukan. Jangan lupa ambil sumber vitamin C seperti buah sitrus seperti oren.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Bersin setiap pagi memang buat rasa tak selesa. Muka jadi tegang, hidung pula berair, memang rasa tidak selesa. Buntu rasanya bila semua ubat tidak serasi.
Lazimnya, jika begitu keadaannya kita sering kaitkan seseorang itu mempunyai masalah resdung atau sinus dan cara untuk atasinya dengan makan ubat.
Pun begitu, tahukah anda bahawa meredakan bersin boleh juga dilakukan dengan amalkan petua yang dikongsikan doktor pakar otak ini, Dr Rizal Abu Bakar.
Menurut perkongsiannya di instagram miliknya, dulu dia kerap juga mengelami situasi bersin-bersin dan kini masalah tersebut dapat diatasi dengan amal petua menggunakan bawang putih.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resedung resdung ni.
Petua dia macam ni:
1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan macam kita dok tengok rancangan memasak tu.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur tu.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau Cover kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap tu. Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Sayur pucuk manis memang enak rasanya, sama ada dimasak ringkas dengan direbus atau dimasak dengan santan nyata mampu membuka selera ketika dijamah bersama lauk pauk pilihan. Umumnya, pokok pucuk manis ini sangat mudah didapati di kampung-kampung. Andai teringin dimakan, terus boleh dipetik di laman rumah.
Menyedari pucuk manis ini bukan sahaja kerana bila dimasak enak rasanya, malah mengandungi banyak khasiat. Pun begitu menurut perkongsian Dr Suri Roowi, ada memberi peringatan agar berhati-hati menikmati pucuk manis ini.
Nak tahu apa sebabnya, ini katanya;
PUCUK MANIS – SEDAP TAPI PERLU HATI-HATI
Pucuk manis;
secara tradisi digunakan untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu
sumber provitamin A yang baik, vitamin B dan C, protein dan mineral.
iii. lebih tinggi kandungan protein berbanding sayuran berdaun yang lain
Walaubagaimanapun…..
– pucuk manis tinggi kandungan alkaloid (dikenali sebagai papaverin)
Justeru….
Pengambilan ekstrak pucuk manis yang berlebihan boleh sebabkan toksik.
boleh juga sebabkan pening, mengantuk dan sembelit.
Di Taiwan, lebih daripada 30 individu mengalami masalah paru-paru selepas meminum ekstrak pucuk manis mentah untuk kurangkan berat badan.
Lima pesakit pula terpaksa menjalani ‘lung transplant’
Buat anda yang ingin mencuba menikmati keenakan rasa pucuk manis, bolehlah dimasak lemak seperti yang dikongsikan oleh Roslinda Abdul Hamid ini. Menurutnya, walaupun senang dan rasanya semua orang tahu tapi dia share untuk anak-anaknya dapat rujuk cara penyediaan menu Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Keledek pada bila-bila masa kelak.
Masukkan ubi keledek ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama air dan perasakan dengan garam. Pastikan ubi keledek tenggelam dan rebus sehingga empuk.
2. Setelah ubi keledek empuk masukkan santan dan kacau selalu sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan daun pucuk manis yang telah dicuci ke dalam periuk.
4. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahukah anda, span yang kita gunakan seharian dirumah mahupun di premis makanan mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya jika tidak dibersihkan dan diguna dalam masa yang lama.
Bersihkan span:
?Rebus di atas dapur dengan api yang besar dlm masa 5 minit. ?Jika ada microwave lagi bagus. Rendamkan span di dalam air dan guna kepanasan yang tinggi selama 2 minit. ?Cara yang paling mudah, beli je span baru yang mesra pinggan mangkuk. Dalam erti kata lain, span itu mudah digunakan untuk membersihkan celah-celah bekas makanan yang susah untuk dicapai. Span haruslah ditukar sekurang-kurangnya 3 minggu sekali ya.
sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di