Memasak makanan untuk seisi keluarga perlu dilakukan dengan penuh kasih sayang, barulah hidangan makanan yang disediakan menjadi bertambah berkat. Bagi yang bekerjaya tentu sentiasa tercari-cari resepi yang mudah dan senang penyediaannya. Maklumlah bila dah balik kerja, badan mula mula terasa penat. Takkan pula asyik membeli makanan dikedai. Anak sekali sekala hendak juga merasa air tangan ibunya.
Baru-baru ini, viral resepi membuat roti goreng berintikan coklat bar. Buat pun mudah, kos untuk membelinya pun murah. Ikuti salah satu perkongsian mengenai resepi ini yang disediakan oleh Habibah Anuar. Mudah aje. Jom buat petang ni. Pasti anak-anak kekeyangan malam ni.
Ikuti cara penyediakan roti goreng berintikan coklat bar.
Bahan-bahannya ialah:
–Roti Paun -Coklat Bar Cadbury(biasa) -Minyak (untuk menggoreng)
Ads
Caranya penyediaan mudah:
1) Sediakan 2 keping. Letak coklat ditengah tengah roti. Pastu apit lagi dengan sekeping roti. 2) Tekap dengan cawan kaca. Korang nak tekap bulan penuh ngan bulan sabit terpulang. 3) Dah abis tekap, boleh la digoreng. Minyak kena betul betul panas, barula tak berminyak roti tu nanti.. 5 saat setiap sebelah atau sehingga kuning. Pantang lama lama, dayang senandung jadinya klak. 4) Dah siap korang boleh hidangkan dengan ais krim yang lemak berkrim disukai ramai. Imagin ehhh tengah gigit roti yang rangup tu, tetiba rasa efek coklat lembut singgah kat mulut. Perhhh nikmat nyaaa
Ads
p/s: Guna roti yang lembut taw. Kalau roti keras nanti merekah. Pastu bentuk pon tak cantek.
Ads
Dah siap!! Yummy memang sedap. Nak buat pun kejap aje. Jom buat petang ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekiranya Syawal yang lalu, ada ketua rumah yang kekok untuk menjadi imam Solat Sunat Aidilfitri, kini sekali lagi perasaan gementar kembali bertandang di hati menjelang Raya Haji yang bakal disambut esok hari iaitu pada 20 Julai 2021.
Memandangkan tidak semua berpeluang menunaikan solat Aidiladha di masjid dek kerana kekangan bagi menjaga SOP. Begitulah jika namanya raya, rasa macam tak kena kalau tak buat solat hari raya.
Jadi buat ketua keluarga bolehlah jadikan panduan yang dikongsikan ini sebagai rujukan anda bersama isteri dan anak-anak untuk mendirikan solat sunat Aidiladha di rumah.
Dikesempatan ini KELUARGA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk semua dan semoga tahun hadapan kita dapat menyambutnya di dalam suasana yang lebih meriah dengan dapat berkumpul beramai-ramai di masjid menunaikan solat secara berjemaah. Amin…
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Solat sunat hari raya haji (Aidiladha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa. Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Sembahyang sunat Aidiladha dikerjakan pada 10 Zulhijjah. Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Dan Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.
Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha ◎ Rakaat Pertama
– Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
– Membaca doa iftitah.
– Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
◎ Rakaat kedua
– Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
– Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
– Membaca surah Al-Fatihah.
– Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
– Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
– Memberi salam.
Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Moga menjadi peringatan bermanfaat.. Amin..
KHUTBAH AIDILADHA 2021-JAKIM (EDISI BACAAN DI RUMAH)
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Waktu hamil, ada juga yang suka melaram , memakai pakaian ibu hamil mengikut fesyen dan citarasa masing-masing.
Namun berbeza dengan selebriti cantik manis ini. Dia lebih selesa memilih pakaian suaminya untuk dipakai terutama sekali ketika berada di rumah. Akuinya, dengan situasi semasa membataskannya untuk keluar rumah. justeri, dia tidak mahu membazir membeli baju ibu hamil.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman instagramnya. Untuk rekod, Ayda jebat kini sedang hamil lebih kurang enam bulan usia kandungannya.
WFH OOTD gais! Kalau saya shoot sekarang, atas elok, bawah pakai la apa pun. Kain sarung ka, seluar tidur ka. Kan ‘Work From Home’. Korang pun sama kan? 🤣😅
Saya takde satu pun baju pregnant. Tak perlu la sebab tak pergi mana pun.
Takyah membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat. Berangin! Haha! Normal kan buk? 😅
Apabila mempunyai anak kembar, tentu risau mengenai kerenah yang berganda. Kembar seiras dan tidak, pastinya mempunyai personaliti yang berbeza. Namun sebagai ibu bapa, kita harus tahu cara yang betul untuk mendidik anak kembar termasuk secara psikologi.
Menurut Profesor Madya Dr Azizah, Pakar Psikologi Klinikal, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), ibu bapa harus mempunyai kemahiran mengendalikan anak, terutama anak kembar adalah sangat penting, bagi menjamin kesejahteraan mental, emosi, dan fizikal semua ahli keluarga, dan perkembangan psikologi yang sihat untuk si kembar khasnya.
6 Soalan popular mengenai tingkah laku si kembar
Tiada kajian saintifik yang membuktikan kembar seiras terutamanya, lebih kerap bergaduh berbanding anak-anak lain.
Sebaliknya kanak-kanak, kembar atau tidak, bergaduh untuk meluahkan perasaan yang tidak enak melalui reaksi fizikal/tingkahlaku atau verbal. Contohnya anak yang rasa tercabar, tidak puas hati, teraniaya, atau tidak diadili saksama boleh bergaduh.
Bagaimanapun, kembar terdorong membina lebih banyak ‘perbezaan’ dan ‘kelainan’ sesama sendiri apabila mereka sampai ke tahap mencari identiti sendiri.
Disini, mereka mungkin kelihatan seperti sering ‘bergaduh’ atau ‘tidak bersetuju’. Selagi proses ini berjalan secara sihat, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Cemburu juga adalah emosi normal yang boleh dialami anak kembar atau sesiapa sahaja. Cuma anak kembar adalah dua individu ‘serupa’ yang sentiasa bersama, justeru cemburu lebih mudah dan kerap terjadi.
Seperti bergaduh, cemburu juga adalah refleksi emosi yang tidak enak yang dirasai oleh sianak, diterjemah pula melalui emosi yang lebih tinggi tahapnya iaitu cemburu. Contohnya, apabila anak berasa tidak puas hati pasangan kembarnya mendapat baju merah sedangkan dirinya mendapat warna biru, perasaan cemburu boleh timbul.
Anak yang berumur dua hingga tujuh tahun contohnya, berfikir secara pre-operasi dan bergantung banyak kepada simbol.
Selagi anak kembar tidak faham baju merah sama sifatnya dengan baju biru atau belum mampu menterjemah konsep berkongsi, jalan penyelesaiannya haruslah dibelikan barang yang serupa untuk kembarnya untuk memupuk rasa diadili. Bagaimanapun, jika tidak mampu membeli dua, tidaklah perlu membeli langsung pada peringkat sebegini.
3.Saling bergantungan antara satu sama lain. Betul atau tidak?
Tidak, anak kembar, sama seperti anak yang lain jika diberi peluang dan didikan yang baik, boleh berdikari dan tidak sentiasa bergantung antara satu sama lain. Anak kembar mempunyai personaliti, sifat dan tingkahlaku yang berbeza serta mempunyai pendapat dan keinginan yang berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti. Bukan itu sahaja, tahap perkembangan kembar juga boleh berbeza dengan pasangannya.
4.Dikatakan tidak boleh berpisah, adakah betul?
Tidak benar. Sesiapa sahaja berpotensi untuk menghadapi perubahan dalam hidup, termasuklah pasangan kembar berpisah tempat tinggal atau sebagainya. Banyak kajian melibatkan pasangan kembar yang berpisah dan dididik secara berasingan. Kajian Koch (1966) contohnya mendapati kembar yang dipisahkan lebih cemerlang pencapaian IQ dan lebih fasih pertuturannya daripada kembar tinggal bersama.
5.Kakak atau abang lebih hebat daripada adik. Benarkah?
Tidak benar. Setiap individu, kembar atau tidak, mempunyai tahap kecerdasan dan perkembangan mereka tersendiri. Selain faktor genetik, pencapaian pembelajaran anak bergantung kepada banyak faktor persekitaran terutama didikan, pengajaran dan pembelajaran, motivasi, dan sebagainya.
Kurang tepat. Secara umum, kelakuan seperti manja dipengaruhi faktor natural, sedia ada, atau biologi seseorang. Bukannya aturan dalam adik-beradik. Bagaimanapun, sifat manja ini akan kekal atau menebal bila faktor luaran mengukuhkannya. Contohnya adik bongsu sering dimanjakan oleh semua ahli keluarga, justeru sifat ini berterusan dalam diri individu tersebut. Sebaliknya jika sifat sedia ada tidak dipupuk oleh faktor luaran, secara tabii individu akan membina sifat yang lain atau baharu untuk kelansungan kehidupan mereka.
Tindakan ibu bapa
Merujuk kepada tingkah laku berikut, terdapat beberapa cara yang ibu bapa harus lakukan untuk membentuk personaliti yang lebih positif kepada kembar ini.
1.Ibu bapa perlu pastikan mempunyai kesihatan mental mereka sendiri ditahap optimum dan bertindak mencari jalan penyelesaian jika sebaliknya berlaku.
2.Ibu dan bapa sentiasa tambah ilmu perkembangan dan psikologi kanak-kanak dan gunapakai ilmu dan kaedah yang disokong dapatan kajian saintifik adalah bermanfaat.
3.Ibu dan bapa perlu menjadi model dan menunjukkan tingkahlaku, emosi, dan fikiran yang baik sebagaimana mahu diterap dalam diri anak kembar.
5.Cipta masa eksklusif atau berseorangan dengan setiap pasangan kembar untuk memupuk rasa ‘saya berharga secara individu kepada ibu dan bapa saya’ dalam diri anak.
6.Cipta masa bersama dengan semua ahli keluarga secara konsisten, contohnya makan malam bersama.
7.Bermain bersama anak kembar, atau perhati anak bermain dan terapkan nilai-nilai peribadi dan tingkahlaku yang baik semasa anak bermain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di