Roti jala biasa yang berwarna kuning keemasan tu mungkin dah terlalu biasa buat kita. Cuba ubah resipi dan ‘rupa’ seperti yang dikongsikan saudara Amie Samuri di facebooknya. Serius sangat menarik!
Kalau kita yang dewasa tengok pun rasa nak makan, inikan pula anak-anak kita. Serbu dulu lah jawabnya. Dah tu paling best, cara buatnya sangat lah senang. Sama macam buat roti jala biasa. Cuma kena kreatif lebih sikit untuk buat daunnya. Jom cuba.
“Alhamdulillah!..banyak juga hasil tuaian carrot harini. Suka anak-anak tengok Roti Jala Bentuk Carrot macam ni.
Roti Jala ‘Carrot’
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna oren dan hijau
Caranya:
1. Asingkan kepada dua adunan, hijau dan oren.
Ads
2. Kiraikan adunan di atas non stick pan, kemudian pindahkan atas pinggan untuk lipat.
3. Lipat dua (seperti dalam gambar).
Ads
4. Lipat di bahagian bawahnya (dalam gambar) dan gulung.
Ads
5. Tadaaa..dah siap resipi oleh Amie Samuri.
Kredit: Amie Samuri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah makan Roti Puri tak ibu-ibu? Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti ini memang sedap. Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar, cicah pula dengan kari, sambal, sardin, gulai atau kalau yang suka manisan boleh juga dimakan dengan sekaya memang terbaik.
Sebenarnya roti puri ni kalau diratah macam tu je pun dah sedap. Cara nak membuat pun mudah jer. Jom cuba resepi roti puri tanpa yis yang dikongsikan oleh Nor Sharawana Idris Syara menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Breakfast today wahh speaking kemain
Makcik Kiah happy dpt bantuan akk pun happy roti puri menjadi
Alhamdulillah 1st time mencuba bolehlah utk isi perut cicah dengan sambal sardin
RESEPI ROTI PURI TANPA YIS
Bahan
Tepung gandum – 3 cawan
Gula – 1 sudu besar
Garam – 1 sudu kecil
Marjerin – 1 sudu kecil
Air suam – 1 cawan
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
1. Buat doh
Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
Uli sampai doh tak lekat di tangan.
2. Rehatkan doh
.Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat
3. Bentukkan
Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.
Canai leper macam dalam gambar di bawah ni.
4. Goreng
Kemudian terus masukkan doh yang telah dicanai ke dalam minyak yang betul-betul panas. Guna api sederhana ya.
Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.
5. Siap!
Agak-agak dah masak tu bolehlah angkat. Kemudian ulang balik sampai habis semua doh tadi. Lepas tu bolehlah hidangkan.
TIPS NAK BAGI PURI KEMBUNG ELOK
Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
Waktu goreng, guna api sederhana.
Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti puri sampai dia kembung sendiri.
Masa canai tu tak payah nipis sangat pun tak apa.
Mudah kan?
Confirm anak-anak pun suka makan roti puri ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mood untuk menyambut 1 Syawal kian terasa dan tentunya kita mak-mak ni sibuk juga untuk merancang menu untuk disediakan di pagi Raya untuk memenuhi selera anak-anak dan suami tercinta.
Kalau ikutkan, macam-macam permintaannya ada yang hendak makan lemang bersama rendang dan ada pula teringin menikmati keenakan nasi impit bersama kuah kacang dan kuah lodeh. Kalau boleh semuanya kita ingin tunaikan, barulah meriah Hari Raya!
Jadi untuk penuhi selera seisi keluarga, bukankah bagus jika ada teknik untuk menyediakannya dengan cepat dan mudah? Seperti perkongsian daripada Cik Azz di blog peribadinya, kakazz.blogspot.com,bilamana Cik Azz buat lontong menggunkan plastik aiskrim!
Difahamkan bila buat nasi impit dengan cara ini ianya lebih mudah untuk dipotong dan menjimatkan. Kos tidaklah mahal mana berbanding bila beli yang segera. Malah apa yang paling penting cepat pula masa untuk memasaknya. Senang kerjakita, tidaklah perlu duduk lama di dapur untuk buat persiapan juadah Raya.
Jadi bolehlah dicuba untuk Raya tahun ini dengan menyediakan Nasi Impit Aiskrim.
Bahan-bahan:
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia
Caranya:
1. Cuci dulu beras, lepas tu toskan dan biarkan beras tu kering supaya senang nak masukkan ke dalam plastik aiskrim ni. Boleh gunakan calung ataupun masukkan beras dalam jug air yang plastik yang ada muncung tu.
Isikan separuh plastik je atau kurang sikit dari separuh. Jangan isi lebih sebab nanti beras tu padat dan keras. Hujung plastik tu aku lipat sekali dan lipat lagi sekali, lepas tu aku stepler.
2. Lipat dua plastik airkrim tadi dan tekan-tekan dengan garfu. Tekan kuat biar sampai tembus ke belakang. Nak cucuk dengan lidi satay pun boleh, janji ada lubang.
3. Beginilah rupanya lepas dicucuk dengan garfu.
4. Masukkan nasi impit ke dalam periuk yang besar. Masukkan juga dua helai daun pandan yang disimpul supaya nasi impit tu wangi.
5. Rebus hingga nasi impit tu masak.
6. Kenapa nak kena rebus nasi impit tu dalam periuk besar.? Tengok la nasi impit tu apabila sudah keras, panjang, kan? Jadi kenalah besar periuknya. Seperti biasa, lalukan nasi impit yang dah masak di bawah air paip dan toskan di dalam tapisan.
7. Beginilah rupanya nasi impit aiskrim yang sudah siap direbus. Senang untuk dipotong, lagi kemas buat macam ni.
Kisah kematian anak di rumah pengasuh yang makin kerap menghiasi media sosial dan dada akhbar semakin menghantui hidup kita. Makin hari terasa makin takut.
Antara tanggungjawab, amanah dan kesedaran yang membelenggu. Bagi meredakan kegelisahan, kesedihan dan rasa kehilangan, Ustaz Sharhan Shafie kongsikan empat hikmah disebalik kehilangan anak.
Anak Tersebut Terus Masuk Ke Dalam Syurga Tanpa Hisab
Hikmah pertama yang akan diperoleh di balik keguguran dan kematian anak dalam Islam adalah anak tersebut akan langsung masuk ke syurga tanpa harus dihisab terlebih dahulu. Pasti orang tua akan senang mendengarkan hal ini, mereka akan bahagia kerana anak yang dikandungnya akan langsung masuk ke dalam syurga.
Memang musibah tersebut membuat hati terluka dan sedih yang luar biasa. Namun, orang tua akan bertemu dengan anaknya di akhirat kelak jika mereka juga masuk syurga.
“Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Anak-Anak Tersebut Akan Menghantarkan Orang tuanya Untuk Masuk Pula Ke Dalam Syurga
Anak-anak yang meninggal sebelum dilahirkan atau meninggal sebelum baligh dapat menghantarkan orang tuannya ke dalam surga. Tentu saja hal ini menjadi penyejuk meskipun hati tengah berduka. Kerana kelak akan berjumpa dan bersama-sama dengan buah hati yang dicintai di dalam syurga.
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak:
“Masuklah kalian ke dalam syurga!”
Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.”
Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah
Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?” Allah pun berfirman:
“Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian”. (Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua’ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)
Diriwayatkan dari Anas ra: ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga berkat kasih sayang-Nya kepada anak-anaknya tersebut, ”(HR Bukhori muslim).
Allah Tidak Pernah Membebani Sesuatu Di Luar Kadar Kemampuan Hamba-Nya
Hikmah seterusnya di balik kehilangan buah hati adalah, Allah tidak pernah membebani sesuatu di luar kadar kesanggupan hamba-Nya. Pastinya perkataan tersebut sudah sangat biasa di telinga. Jadi mengapa sedih? Meski Allah memberikan cubaan yang berat, namun ingatlah Allah adalah zat yang Maha Adil dengan memberikan hikmah di balik setiap kejadian.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), `Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf.’”
Allah Akan Memberi Ganti Yang Lebih Baik Lagi, Jika Orang tuanya Bersabar
Di balik cubaan kehilangan buah hati yang disayangi, ternyata Allah memberikan hikmah di baliknya. Allah akan memberi ganti yang lebih baik lagi jika orang tuanya tersebut bersabar. Teruslah berdoa kepada Allah SWT agar setiap doa yang terucap dapat dikabulkan. Kerana Allah selalu bersama orang-orang yang sabar.
Kredit: Ustaz Sharhan Shafie
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.