Makan

Roti Nan Homemade Rupa Macam Turkish Bread, Lembut Dan Gebu

Share

Roti nan enak dimakan bersama kuah kari selain dimakan bersama ayam tandoori. Selama ini ramai yang ingatkan susah nak buat roti nan sedap macam dekat kedai, rupanya mudah sahaja.

Kalau makan panas-panas memang terbaik. Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Nor Aini Abd Rahman

ini ya!

Roti Nan Homemade Rupa Macam Turkish Bread

RESIPI ROTI NAN

Lembut Dan Gebu

Bahan-bahan:

2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula

Cara membuat:

1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.

2. Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.

3. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.

Sedap dimakan bersama sambal bilis, kuah dhal mahupun sambal sardin. Cubalah!

Kredit: Nor Aini Abd Rahman

IKLAN