Ada sebabnya mengapa kita sebagai ibu ayah teringin sediakan ruang belajar yang selesa untuk anak-anak di rumah. Selain untuk memanfaatkan ruangan kediaman yang ada, besar juga harapan kita agar anak-anak dapat belajar selesa dan lebih fokus di sudut yang ditetapkan.
Namun keinginan mewujudkan ruang belajar untuk anak-anak kadang-kala terbantut juga hasrat murni itu disebabkan bajet yang terhad untuk direalisasikan.
Pun begitu, percayalah tidak semestinya bajet yang mahal itu cantik dan sempurna bahkan jika kena gayanya, produk serendah RM2 sekali pun mampu memberi impak ruangan belajar yang punya elemen wow nya yang tersendiri.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Puan Nor Faizalina ini. Jom lihat hasil kreativitinya mencipta ruangan belajar yang selesa dan bergaya. Diharapkan ilham ini dapat dijadikan inspirasi untuk anda.
#RuangBelajar
Dah lama buat. Saja nak kongsi idea. Sebab ruang ni sesuai bagi mereka yang ada ruang terhad dan nak budget fulusnya.
Ads
Kebanyakan barang yang Kak Izah guna beli di ECO dan DIY. Kecuali rak beli di Tesco, set meja kerusi beli di Nilai. Semoga bermanfaat.
Ads
Dinding guna wallpaper foam.
Ads
Separuh putih separuh grey sebab asyik habis stok je di ECO
Boleh dikatakan kemudahan membeli belah secara online begitu praktikal buat masa pendemik sekarang ini. Tanpa kita perlu keluar rumah, aktiviti membeli belah masih boleh dilakukan dengan mudah. Pantang ada promosi, ada sahaja barang keperluan ingin dibeli dan semuanya itu boleh ditunaikan dengan hanya dihujung jari.
Pun begitu bila banyak membeli barangan di dalam online tidak dinafikan sebagai pengguna kita perlu membayar kos penghantaran untuk setiap barangan yang dipesan. Ini secara tidak langsung akan menambahkan kos setiap barangan yang dibeli.
Jadi buat anda yang ingin berjimat dalam membiayai kos penghantaran untuk setiap belian secara online di Shopee, ada baiknya praktikkan trik yang digunakan oleh pemgguna facebook, Afiq Nashiron ini.
Ceritanya, dia membeli banyak barang di satu akaun Shopee dan total barangan tersebut adalah RM80 namun bila hendak membuat bayaran, total kos termasuk caj penghantaran menjadi RM120, ini bermakna RM42 perlu dibayar untuk proses penghantaran setiap barangan yang dibeli.
Namun, dengan tindakan bijaknya menggunakan Vaucher Free, kos shipping tinggal RM1.90 sahaja. Wow! Cukup menjimatkan!
Jadi nak tahu lanjut bagaimana dia melakukannya, jom kita lihat langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya.
TRICK BAGAIMANA KOS SHIPPING SHOPEE RM42 JADI RM1.90
Pos ini nak cita sikit pasal lifehack bagi mereka yang nak berjimat dan kalau boleh taknak bayar langsung lah kos shipping tu. Ok baik. Cita dia tadi pi kat satu akaun shopee tu beli banyak barang dalam tu. Kira banyak lah barang yang berkenan kat situ.
Total dalam RM80 gak. tak pa. Pandai tunjuk pandai lah bayar. Tapi bila nak bayar tadi terkejut kenapa total sampai RM120. Rupanya kos shipping sampai RM42. Voucher free shipping tinggal 1 ja.
Konsep dia mudah ja. First: Asingkan barang tu kepada 2 postage. Second: Guna Shopee Saving Pass.
Ok jom kita tengok pic bawah ni step by step.
Langkah 1 : Ok kat gambar ni ada tunjuk kos postage RM42. Selepas pakai voucher free shipping kos jadi RM37. Tak apa. Dun worry. Kita buat dia.
Langkah 2 : Baik. Nie postage pertama. Daripada 6 barang tadi kita asingkan jadi 3 barang X 2 postage. Postage pertama dah selamat dibayar tanpa shipping.
Tapi tadi try gabung dengan bermacam barang juga. Spaya dapat yang combo paling jimat. Barang semua nie kecik ja. Cuma ada 1 barang tu beli sampai 10. Walaupun 10 tapi dapat free juga.
Langkah 3 : Ok barang ke2 ni memang kalau guna free shipping pun still kena bayar sebab shipping dah lebih RM5. Tapi masalah dia voucher pun dah habis. Nak tak nak kena bayar RM8 ja lah.
Nanti dulu.
Langkah 5 : Boleh pergi bahagian akaun kita. Klik bahagian shopee saving pass. Mai kita tengok ada apa dalam tu.
Langkah 6 : Benda apa nie. Macam menarik ja. 2 voucher free shipping + voucher RM5 = bayar RM3? Sapa yang tak pernah claim benda nie boleh pergi claim.
Langkah 7 : Claim semua
Langkah 8 : Ini bayaran asal kena shipping RM8.90
Langkah 10 : Kita pakai 2 vaucher ni, boleh tolak RM10
So kat sini nampak dah tolak kos shipping RM5 dan voucher RM5. RM10 dah kt situ. Kos shipping RM8.90 + RM3 (saving pass) – RM10 = RM1.90
So nie ja lah jumlah kita bayar. Daripada total kena bayar RM117.79 jadi RM81.20.
“Hari ini, hati ku diuji lagi. Saya bukan mahu membuka aib orang ini namun semoga hati kita terbuka untuk membantu sesama manusia. ”
Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh pemilik akun Tiktok @rinie1181 ini berkenaan suatu peristiwa yang berlaku di kedainya baru-baru ini.
Menurut perkongsiannya, “Pada suatu hari tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda sambil membawa tong gas. Tingkah laku pemuda tersebut membuatkan saya berasa pelik dan buat-buat tidak tahu dengan situasi yang terjadi.”
Pun begitu menurut pemilik akaun tik tok ini lagi, “Pada mulanya saya tak mau tahu, namun pertama sekali kata yang dia ucapkan, dia minta maaf dan segan untuk bagi tahu akan masalahnya. Dan bila lihat raut wajahnya yang penuh kesedihan dan dari matanya dia memang betul-betul dalam kesusahan.”
Terpaksa Jual Tong Gas Elak Kebulur
“Dia bertanya kalau boleh saya beli tong gasnya kerana mahu menyara orang tuanya. Dia terpaksa menjual kerana takut orang tuanya kebuluran, sejak covid ini dia terpaksa tak berkerja kerana tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana PKP dan asyik bersambung”
Ujarnya lagi, “Selepas saya membayar, saya lihat dari di hujung matanya dia menahan airmata daripada jatuh. Hati saya bagai dirobek dan teringat orang tua di kampung bagaimana kalau ini terjadi pada diri saya.”
“Dalam masa yang sama saya menyuruh staf sediakan keperluan asas untuk disedekahkan kepadanya walaupun tak seberapa namun sekurang-kurangnya dapat meringankan bebannya.
“Bila gugurnya airmata seorang anak demi mahu meneruskan hidup untuk orgtuanya. Saya doakan semoga rezekimu melimpah ruah ..”
Meninjau di ruangan komen, ramai meluahkan rasa bangga dengan tindakan wanita ini dan merasakan betapa mulianya hati dan tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar lelaki tersebut sabar dan akan dimurahkan rezeki.
Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang isu pengubahsuaian rumah flat. Hanya kerana mereka pemilik rumah di kawasan paling bawah, membolehkan mereka mengambil kesempatan untuk membuat ubah suai dengan membesarkan rumahnya menggunakan tanah yang sedia ada disekeliling mereka.
Di kawasan kediaman lain selain di kawasan yang tular, disebabkan mengubah suai rumah secara haram, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terpaksa merobohkan ruang tambahan pemilik kediaman Blok 4, Flat UTM, AU3/1 yang dibina secara haram.
Menerusi satu kenyataan, MPAJ berkata, tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan mengikut Akta 133 dan Akta 757 bakal mendatangkan pelbagai risiko dan masalah kepada penduduk setempat.
“Isu keselamatan penduduk sekitar perlu diambil kira, tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku sebarang malapetaka
seperti kebakaran dan sebagainya.
“Kesannya, MPAJ terpaksa merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dikongsi secara bersama.
“Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja,” kata MPAJ.
Menurut kenyataan sama, tindakan penguatkuasaan di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ telah dilaksanakan bermula pada 25 Mei.
Menerusi tinjauan di media sosial, ramai yang berpuas hati melihat tindakan yang diambil oleh MPAJ itu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.