Inilah yang dinamakan rumahku syurgaku. Melihat dari jauh rumah ini memang menyejukkan mata. Sekeliling rumah dipagari dengan pokok bunga.
Halaman rumah yang dihiasi dengan pelbagai jenis pokok nyata kelihatan lebih berseri. Lebih menarik pandangan mata tanaman jenis berbunga beraneka bentuk, corak dan berwarna-warni.
Lebih mengujakan apabila kelihatan susun atur pokok bunga ini penuh kreatif. Pasu di susun dengan kemas di halaman dan luar rumah. Rumah dipagari pokok bunga.
Sekali imbas, bagaikan berada di taman bunga. Tenang jiwa kala berada di persekitaran ini.
Perkongsian mengenai halaman rumah ini telah menarik perhatian ramai sehingga lebih 17K share menerusi facebook milik saudara Rizal Hakimm Punyer.
“Cantiknya rumah owner. Ini mesti petang-petang owner habiskan sejam dua dok belek-belek tengok pokok bunga.”
Ads
PUJIAN NETIZEN
Rata-rata netizen memuji cara tuan rumah dan sikap rajinnya. Bukan calang-calang mampu menghabiskan masa untuk memastikan pokok bunga sentiasa mekar dan kekal cantik.
Ads
Rupanya, menerusi komen, didapati tuan rumah adalah Puan Raja RitaNiza. Malah beliau memberitahu, rumahnya turut menjadi lokasi shoting drama. Wow, hebat!
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, oleh bapa saudaranya.
Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.
Dalam kejadian 3.40 petang itu, difahamkan, suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.
Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.
Katanya, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.
“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.
“Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara,” katanya.
Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.
Menurut Taiyoob, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.
“Diharap, semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.
“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.
Sumber : Harian Metro, foto malaygazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Senario anak-anak di sekolah rendah berebut-rebut membeli makanan di kantin memang sering kali kita lihat. Walau guru acapkali mengingatkan untuk beratur, namun itulah yang terjadi. Kadang kala dalam kelang kelibut membeli air atau makan, insiden tolak-menolak menyebabkan makanan yang dibeli tertumpah pula.
Kasihan juga kita lihat jika setiap hari begitu jadinya. Lalu ramai ibu bapa hari ini mengambil langkah terbaik untuk memberikan bekal kepada anak-anak mereka. Selain memudahkan anak-anak menikmati makanan tanpa perlu berebut, kita juga dapat pastikan makanan yang dimakan adalah berkhasiat.
Pun begitu berbeza kisahnya di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya Tuan Ramlee Abu Bakar ini. Apa menarik dan istimewanya jom semak perkongsian daripada salah seorang ibu pelajar di sekolah tersebut. Jom semak.
Alhamdulillah.. Mudah dah Raisha makan di sekolah masa rehat, Mummy tak perlu bekalkan dia dan fikir apa nak bagi dia bekal hari-hari.
Raisha turun dari kelas terus duduk di meja dan orang kantin terus letak makanan kat dia, tempat duduk tu adalah tempat yang sama sehingga hujung tahun, tak perlu nak cari tempat duduk, tak perlu beratur nak beli makanan, jadi masa 20 minit tu memang betul-betul masa makan sahaja. Duit pun tak perlu bawa dah.. Jadi tak da la kes duit hilang atau tercicir.
Terima kasih pihak kantin iaitu encik Mohd Fahmi Ahmad selaku pengusaha serta isterinya puan Nadirah Azizan, guru besar SK Pauh Jaya Tuan Ramlee Abu Bakar serta guru-guru. Syukur dipermudahkan. Anak pun dapat makanan dan minuman yang berkhasiat setiap hari.
Ini adalah program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah (HiTS), diperkenalkan oleh unit pemakanan pejabat kesihatan daerah SPT di sekolah tersebut dengan pilihan menu yang sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur.
Disebabkan ramai yang bertanya berapa harga dan bagaimana. Di sini saya jelaskan secara details ya.
Program ini dibayar secara bulanan oleh parents kepada pihak kantin iaitu RM 3/day termasuk air. Tiada paksaan untuk join program ini, program ini terbuka kepada parents yang berminat sahaja, di kantin masih ada aktiviti jual beli seperti biasa bagi pelajar yang tak join program HiTS ni
Mengetahui lanjut tentang apa yang dikongsikan oleh Puan Salehah Ariffin di akaun fbnya itu, Keluarga.my menghubunginya untuk dapatkan sedikit komen daripadanya.
“Saya tertarik dengan program ini sebab makanan yang disediakan full set yang sihat dan seimbang. Saya kadang-kadang sediakan bekal untuk anak tapi kalau yang jenis berkuah selalu dia bawa tumpah-tumpah, iala dengan nak bawa beg sekolah dia lagi kan.. Bila bagi duit belanja pula, dia beli yang tak mengenyangkan contoh waffle.
“Alhamdulillah anak pula jenis tak memilih makanan. Memang suka makan buah dan sayur, jadi tak ada masalah dengan menu yang disediakan. Dia memang habiskan semua. Bila balik sekolah muka dia memang happy bagitau makan lauk lain-lain, semalam lain, maksudnya hari-hari tukar menu. Dia cakap kenyang betul dan sedap.
“Harga sangat berbaloi rm 3/day dengan full set termasuk air. Bayaran pula dibuat secara bulanan, jika anak tak hadir sekolah, boleh inform pihak kantin untuk beri food tersebut pada murid yang kurang berkemampuan.”
sumber : Salehah Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak gembirakan hati seorang isteri sebenarnya tidaklah sesusah mana. Cukup hanya menjaga mereka dengan baik dan berikan kasih sayang tulus ikhlas dari seorang suami.
Ringankan beban mereka, tak dapat banyak, sedikit sudah memadai bagi seorang isteri. Inilah pesanan Ustaz Ebit Lew buat semua suami.
Katanya kita mungkin tak dapat menolong semua orang tetapi cuba usahakan untuk menolong isteri, orang paling terdekat dengan kita. Usaha untuk ringankan bebanannya.Win!
Tolong isikan minyak dan pamkan tayar kereta isteri pun, isteri cukup berterima kasih pada suami. Sayang sampai syurga.
Sebak lak..Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula.
Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak..
Meh saya tunjukkan. Saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari beg. Sambil cakap aduh camne yer, kesian sangat tengok wajahnya penat,letih,lesu. Begitulah ramai wanita di luar sana.
Saya kata takper kak, saya dah bayar. Akak isi penuh jer, “ish..takperlah..ish takper kak”. Saya dah niat dah.
Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz, saya memang ada masalah tak ada duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak.
Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu, sekarang pun ada juga rasa begitu.
Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu di luar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis.
Duit takde. Barang tertinggal, kuatnya seorang wanita. Kadang-kadang terpaksa kuat demi anak-anak dan keluarga tercinta. Semuanya kerana Allah..
Sampai dekat rumah dah lewat juga. Rindu bidadari saya. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kesian bidadari saya penat jer.
Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-
kadang basuhkan kereta sekali. Selit duit sikit dekat dompet isteri sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku.
Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya. “Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang”.I love u too sayang bidadariku.
Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah. Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia dan akhirat sampai syurga.
Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri. Ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Ampuni dosa kami lelaki dan jadikanlah kami ketua keluarga yang baik.
-Ebit Lew
Kredit: Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di