Kadang-kadang kita sibuk sangat kejar momen ‘wow’ — nak bawa anak cuti jauh, plan keluar makan besar, masuk taman tema mahal. Tapi dalam keghairahan tu, kita lupa… momen paling ikhlas selalunya berlaku masa kita semua tak buat apa-apa yang grand pun. Cuma duduk sama-sama, dekat rumah. Itu je. Tapi bila anak tersenyum, gelak berdekah-dekah tengok cerita kegemaran — itulah momen priceless yang kita akan ingat sampai bila-bila.
Aktiviti Biasa, Tapi Hasilkan Memori Luar Biasa
Tak perlu cari tempat fancy pun nak eratkan kasih sayang. Cuba je main game macam Saidina, UNO atau Jenga — masa tu bukan sekadar main, tapi kita sebenarnya sedang ajar anak tentang sabar, giliran, menang kalah. Lepas tu tambah satu rule lawak — siapa kalah, kena buat aksi kelakar! Baru lagi meriah rumah. Semua ikut gelak, termasuk yang baru lepas gaduh berebut bantal tadi.
Lepas tu masuk dapur pula — ajak anak-anak tolong masak atau baking. Tak kisah la buat cucur je pun, janji semua rasa ‘ada part’ dalam proses tu. Anak pecahkan telur, ayah gaul, ibu tolong goreng. Kalau baking kek, boleh biar anak hias suka hati — letak sprinkle sampai tak nampak kek pun tak apa. Dapur mungkin ‘banjir’ kejap, tapi hati semua orang senang.
Lepak Depan TV? Ya Allah, Nikmat Dunia!
Dah kenyang, dah penat main… masa untuk chill. Ini part paling best. Duduk bersila, selimut kongsi, popcorn, dan TV on. Astro memang tak pernah menghampakan — dari drama Melayu yang buat kita emo tiba-tiba, sampai ke rancangan hiburan yang buat anak-anak menari depan TV.
Ads
Bila keluar watak favourite macam Hun Haqeem atau Qasrina Karim, terus ada sesi ramalan: “Eh, lepas ni mesti dia kantoi!” “Alaaa kenapa dia buat macam tuu?” — dan perbualan tu boleh berlanjutan sampai minggu depan.
Sama-sama saksikan si cantik Qasrina di Legenda Puteri Qaseh yang mengisahkan tentang permaisuri Kayajaya yang baharu, Puteri Qaseh berhasrat untuk memakmurkan dan memajukan Kayajaya. Namun halangan demi halangan perlu di tempuhi oleh Qaseh demi untuk memastikan rakyatnya bebas dari “Wabak Achum” dan tahktanya tidak dirampas.
Kalau Hun pula, ada Honey Minta Maaf. Sebuah kisah tentang Honey, anak perempuan Pak Imam yang telah lama terbuang dari kampung, kembali untuk membantu bapanya selepas dia kehilangan ingatan tanpa sebab yang jelas. Bersama dengan Hamid, watak baru yang misteri, ahli jawatankuasa surau dan seluruh komuniti kampung Pasir Mega, terpaksa memikirkan cara untuk meningkatkan kehadiran jemaah, bagi menyelamatkan surau tersebut dari ditutup oleh majlis daerah untuk pembinaan kompleks membeli belah.
Ads
Kalau suka tengok rancangan ‘talk show’ enjoy lah bersama Nabil Ahmad dalam Meletop atau Erra Fazira di Borak Seeni. Bukan sekadar hiburan tetapi juga perkongsian pelbagai ilmu bermanfaat untuk kehidupan seharian. Syok betul!
Kecil Tapi Bermakna: Bila Kita Ada Untuk Satu Sama Lain
Ads
Kadang tu, tak ada pun aktiviti — sekadar duduk sama-sama dalam satu ruang, scroll phone sambil tengok cerita, tapi hati rasa penuh. Itu tanda hubungan tu kuat. Sebab kita tak perlu cakap banyak, tak perlu buat apa-apa luar biasa — cukup bila kita saling ‘ada’.
Anak pun akan rasa: “Rumah ni selamat. Rumah ni tenang.” Dan semua tu bermula dari momen kecil, macam tengok TV sama-sama lepas makan malam.
Astro: Bukan Sekadar TV, Tapi Jambatan Kasih Sayang
Bila rumah ada Astro, suasana tu jadi hidup. TV bukan sekadar alat hiburan, tapi jadi platform untuk sambung cerita, cipta kenangan dan kongsi emosi. Sama ada nak chill, nak ketawa, nak bonding dengan anak — semua boleh mula dengan satu remote. Tak perlu rebut-rebut sebab kalau tak tengok di TV, boleh strim Astro Go dan tonton melalui gajet pun boleh tau!
Tak kira hari kerja yang penat, hujung minggu yang sibuk, atau hari hujan yang muram — Astro sentiasa ada, setia temani kita cipta momen yang akan anak-anak kenang bila mereka dewasa nanti.
Jom usha cerita-cerita best dengan Astro One hanya RM49.99/bln dan pergi ke laman web sekarang www.astro.com.my untuk info lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siaran TV Pendidikan akan kembali menerusi TV Okey RTM mulai hari ni selama dua jam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif ini dengan mengadakan sesi pembelajaran melalui TV Pendidikan. Kementerian Pendidikan menerusi Facebook memaklumkan siaran itu boleh ditonton menerusi Saluran 110 myFreeview, 146 Astro dan Astro NJOI.
Ia disiarkan selama dua jam mulai 9 pagi hingga 10 pagi dan 1 tengah hari hingga 2 petang.
Semoga bermanfaat untuk anak-anak.
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah tangga kalau tak bergurau senda pasti rasa tak indah. Cuti mencuit, usik mengusik setiap hari pun dah terasa bahagia. Jika setiap hari berkomunikasi secara serius sahaja pasti terasa boring, malah kalau tak dibendung buat makin stress.
Tak perlu serius sangat. Kalau suami serius memanjang, bawa-bawalah bergurau lebih sikit. Ni bukan hal remeh tapi perkara yang membahagiakan suami isteri. Tak percaya sila cuba 7 perkara ni. Barulah rumah tangga makin bahagia. Tak rugipun kalau nak gurau- gurau manja. Tak gitu?
Beberapa perkara di bawah ini dianggap sebagai romantik spontan dan boleh dijadikan panduan bagi pasangan yang mahu terus hidup bahagia bersama pasangan.
1. Aksi cuit mencuit
Bagi membangkitkan keghairahan dalam hubungan intim, baik suami atau isteri tidak boleh terlalu serius, sebaliknya perlulah ada aksi cuit mencuit yang boleh mewujudkan rasa lucu dalam hubungan. Tidak salah sesekali cuit pinggang, punggung ataupun pipi pasangan. Ketika menonton televisyen ataupun pasangan sedang memasak, belajarlah cuit mencuit. Rugi tak buat.
2. Whatapps nakal Kalau rasa boring tu bawa-bawalah sakat menyakat suami atau isteri di whatapps. Boleh juga tag suami di media sosial jika terjumpa gambar atau kata-kata yang spontan. Pastikan ianya kelakar. Usik sekejap pasti pasangan suka. Relaks-relaks je.
3. Kenyit mata
Boleh juga buat aksi spontan seperti mengenyit mata pada pasangan. Ketika hantar pasangan ke pejabat, sebelum berlalu apa kata kenyit mata padanya sambil melemparkan senyuman manis. Suami atau isteri pasti tersenyum gembira. Siap terkenang-kenang lagi sampai petang. Kan best tu?
4. Pegang tangan sekali sekala Tunjukkan aksi romantik spontan dengan memegang tangannya setiap kali keluar bersama. Pegangan dan sentuhan ini menunjukkan rasa kasih sayang paling ikhlas buat pasangan kita. Misalnya ketika melintas jalan, tak payah fikir-fikir, aksi spontan sahaja terus pegang tangannya. Ketika sedang menonton atau minum petang bersama pun boleh cuba trik yang sama.
5. Sesekali berbisik di telinga
Perkara yang jarang kita buat, kalau sekali kita cuba pasti kesannya mendalam. Apa kata sesekali anda cuba berbisik di telinganya dengan hembusan nafas yang lembut. Tak pernah cuba, sekali cuba mesti lain macam rasanya. Ungkapkan kata-kata manis dan manja di telinga dan pasti buat pasangan terasa geli. Silap-silap boleh teruskan berhubungan intim. Tak gitu? Tak perlu fikir-fikir, spontan saja.
6. Memeluk pinggang dari belakang
Aksi ni mungkin nampak biasa bagi kebanyakkan dari kita. Percayalah jika tiba-tiba pasangan memeluk dari belakang, kesannya cukup rasa bahagia. Ada rasa damai dan tenang di situ. Ketika pasangan memasak, mencari barang, leka dengan laptop dan sebagainya, aksi ini sangat disyorkan. Spontan bawa bahagia.
7. Suap makanan di mulut
Apa kata ketika sedang menikmati hidangan, anda secara spontan menyuap hidangan ke mulutnya. Walaupun nampak seperti kebudak-budakan tetapi jika dilakukan pasti membuatkan pasangan anda terharu. Sweet! Lebih seronok lagi jika dilakukan di tempat terbuka. Pasangan pasti tak pernah sangka. Rasa bahagia!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
4 Artis Ini Terus Istiqomah Hayati Agama Islam, Peminat Titip Doa
Manusia amat dituntut melakukan perubahan dalam kehidupan iaitu berubah daripada keadaan tidak baik kepada keadaan yang baik.
Firman Allah SWT: “Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.” (Al-Anbiya’: 1)
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Lantaran itu, kita pastinya akan melakukan muraqabah dan muhasabah diri untuk menjadi hamba muslim yang lebih baik.
Begitu juga dengan beberapa selebriti yang melakukan penghijrahan buat diri dengan mendekatkan diri dengan agama Islam.
Nyata hidup tidak selama-lamanya lalai dengan tuntutan agama. Kehidupan mereka berubah demi mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Antara nama besar yang dilihat mendalami agama Islam Nabil Ahmad, Saharul Ridzwan, Lisa Surihani dan Mizz Nina. Sehingga kini mereka terus istiqomah mendalami agama Islam. Kesungguhan mereka mendapat pujian dan titipan doa daripada peminat.
Sebelum ini pada ketika usia 37 tahun, pengacara dan penyampai radio ini memberi tahu baru mengetahui wujudnya suasana beribadah seperti tahajud, qiamullail dan lain-lain lagi. Ini dinyatakan setelah dia menyertai menyertai tabligh. Malah isterinya juga turut berhijab setelah dia mendalami agama Islam. Siapa sangka selama ini Nabil telah mewakafkan van jenazah untuk kegunaan kariah Mambau Negeri Sembilan.
BINA SURAU DI RUMAH
Semoga Nabil dan keluarga dapat beribadah dengan tenang menghabiskan usia tua dengan ibadah.
Pelakon, Shahrul Ridzwan yang terkenal dengan watak romantik kini dilihat tidak aktif dalam dunia seni setelah melakukan penghijrahan. Dia lebih memahami mengenai Islam selepas mengikuti kumpulan jemaah tabligh. Pelakon Tercipta Satu Ikatan memberi tahu dirinya masih dalam proses mendalami ilmu agama dan berharap penganut Islam lain juga dapat memimpin keluarga mereka dengan kesedaran tentang agama. Selain itu, penampilan dirinya juga dilihat berubah apabila kerap memakai jubah dan berkopiah.
Siapa yang tidak mengenali isteri kepada pengarah terkenal Datuk. Yusry KRU, Datin Lisa Surihani yang kini sering menyertai majlis ilmu dan pengacara berkaitan agama Islam. Dia yang kini tidak lagi aktif berlakon sering meraih perhatian peminatnya apabila muncul tanpa secalit solekan. Istiqomahnya dalam mendalami agama membuatkan peminat memujinya.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, merupakan penyanyi yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan setelah berhijab. Bahkan, dia juga melanjutkan pengajian dalam Diploma Pengajian Islam secara atas talian, Dalam pada itu, dia juga berkecimpung dalam bidang perniagaan fesyen muslimah dan program keagamaan.
DIUNDANG KONGSI KISAH HIDUP SETELAH MELAKUKAN PENGHIJRAHAN