Rumah selain tempat untuk berteduh, rumah juga adalah tempat untuk kita merasai ketenangan. Selagi boleh dihias indah untuk keselesaan keluarga, akan diusahakan. Apatah lagi buat yang kreatif seperti keluarga ini.
Banyak hasil dekorasi kediamannya dibuat sendiri dan diolah sebaik mungkin dengan bajet yang ada. Menurut pemilik akaun fb Mira Nabila Wahiba, ada berkongsi keadaan luaran dan dalaman ruang kediamannya.
Menurutnya, “Ni lah rupa luar rumah saya. Rumah teres kos rendah tahun 80 an, 2 bilik 1 bilik air. Ya, sekarang pun masih rupa macamtu. Biar la orang nak cakap tak cantik ke apa. Ada rezeki nanti, baru cantikkan luar, nak tambah 1 bilik and 1 bilik air di tingkat atas. Tak payah susah-susah nak turun naik tangga banyak kali. Sekarang ada 1 bilik air je kat bawah. Tengah malam kalau anak poopoo, alahai, bercinta nak turun cebok.”
Lakukan Transformasi Dalaman
Lantai asal rumah simen je. Takpe, relaks. Pelan-pelan kayuh, buat ikut bajet semasa. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Awal-awal duduk pakai tikar getah je. Sakit mata tengok gelembung-gelembung tu.
Ads
Tingkat atas takde bilik air. Jadi kami suka berkampung bergumpal depan tv kat bawah je. Bilik atas buat tempat simpan barang je. Ada satu masa tu rumah diserang pepijat. Jadi tikar getah, tilam semua kami buang. Tukar dengan cat lantai je. Awal-awal cantik lah. Lama-lama catnya terkopek-kopek. Jadi macam kudis. Sakit mata tengok.Tahun seterusnya tak serik lagi tu. Tukar cat kelabu pulak.
PKP 1 tahun lepas saya cuti niaga, suami cuti kerja. Daripada takde kerja nak buat, kami kerjakan rumah. Dari pasang vinyl, mengecat, susunatur semua kami buat berdua.
Tambah cermin untuk effect luas.
Ads
Set sofa coklat ni beli dari kedai perabot biasa je kat batu pahat. Sofa hitam belakang tu hasil meroket dari mak mertua. Dia nak tukar sofa baru, kita ngecek la sofa lama dia. Jimat teruk.
Tahun ni tak banyak yang berubah. Saya tukar karpet tanah hitam. Karpet tanah putih yang sebelum tu susah jaga bila ada anak kecik sebab diorang rajin makan jajan kat hall. Cepat je comot.
Ads
Display rack ni saya custom. Tukangnya orang Batu Pahat. Dia ikut bajet kita. Kalau bajet kita tinggi, dia pakai kayu yang baik sikit. Saya punya jenis yang murah je.
Buku-buku tu toksah pecaya lah kita nak membacanya. Semuanya fake. Buku tu memang khas untuk deco. Bagi nampak have2 gitu. Typewriter, gramophone, radio klasik tu pun fake. Dengan pokok-pokok semua pun pelesu. Tak kose nak jaga yang hidup. Tangan panas.
From nothing to something. Orang cakap “Luar rumah macam setinggan, dalam macam kondo” pun boleh buat saya tersenyum simpul. Mau tak kembang kuncup hidung tu? Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki ya.
Pejam celik pejam celik tak sangka rupanya kita sudah ingin melangkah ke tahun baharu. Tentunya tahun 2022 yang ditinggalkan akan menjadi memori dengan 1001 kisah suka dukanya. Manakala tahun 2023 yang bakal menjengah pula akan membawa 1001 harapan buat diri kita untuk menjalani kehidupan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Apa yang pasti begitu cepat masa berlalu dan sedar-sedar usia kita semakin meningkat. Benarlah peribahasa Melayu juga ada menyebut bahawa masa itu emas dan pepatah Arab pula mengatakan masa itu ibarat pedang!
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ekoran daripada itu, kita sentiasa ingin cuba untuk melakukan hijrah dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik untuk dijadikan bekalan di menuju kehidupan abadi.
Berkongsi antara cara untuk upgrade amalan, bolehlah jadikan panduan ini dalam menetapkan matlamat untuk perkara baharu atau ibadah yang ingin diperkukuhkan. Ianya sebagaimana yang disenaraikan oleh saudari Siti Suryani Yaakop di akaun facebooknya yang mendapat perhatian warganet.
Menjadi muslimah berhemah.
1.Bangun awal pagi. Mandi. Mandi sebelum Subuh ni ubat awet muda mak saya kata. Tapi betul la tu. Mak saya nampak muda bertenaga.
2.Solat sunat tahajud. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.
3.Lepas Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi.
4.Sedekah Subuh. Kawan saya ajar. Letaklah singgit pun takpa. Nanti hari Jumaat masuk tabung masjid. Berganda pahala.
5.Baca Al Mathurat sambil memandu bagi yang bekerja. Sambil buat kerja rumah bagi yang bekerja di rumah. Surah Al Mathurat bila dibaca pagi petang, InshaAllah mampu lindung diri dan hati.
6.Telefon ibu ayah. Sekarang canggih. Guna video call lagi baik. Tengok muka mak ayah. Minta berkat dan doa sebelum mula kerja.
7.Solat dhuha. 2 rakaat pun jadi. Sebagai membayar hutang zikir anggota kita sehari-hari. Lagi banyak lagilah bagus.
8.Amalkan solat rawatib. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Al Fatihah itu doa. Jangan lupa qada’ solat wajib masa lalu yang tertinggal.
9.Senaman ringkas. Berjalan pun cukup. Janji 30 minit sehari. Senaman yang sesuai dan kita suka. Senaman menguatkan tubuh dan jiwa.
10.Kurangkan makan. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Nabi kata perut ni punca penyakit. Betul kan?
11.Dengar paling kurang satu tazkirah sehari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.
12.Tambah satu ilmu satu hari. Ilmu dunia boleh. Ilmu akhirat baik. Supaya kita sibuk dengan upgrade diri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading.
13.Ustaz saya pesan. Sibuk kot mana pun. Pagi baca Yassin. Maghrib Waqiah. Nak tidur Al Mulk. Ni kalau kita dah busy tak sempat sangat nak baca Quran. At least baca lah tiga ni. Kita cari Quran kat sini. Quran cari kita kat sana.
14.Baca 3 Qul macam Nabi ajar. Baca doa. Dan maafkan semua orang sebelum tidur.
Isu seksual dikalangan pelajar amat digeruni oleh ibu bapa terutama jika anak berjauhan terutama yang tinggal di asrama.
Namun, sebelum nasi menjadi bubur, perkara ini harus diberi pendedahan kepada ibu bapa untuk mendedahkan anak-anak dengan pendidikan seks supaya dapat tahu apa yang boleh dan tidak.
Demikianlah kisah yang dipaparkan oleh seorang warden asrama sebagaimana yang dikongsi oleh pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi facebooknya. Malah perkongsian itu mendapat respon daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut dan bimbang kepada generasi muda.
Jelasnya meluahkan rasa kebimbangan mengenai perilaku seksual dikalangan pelajar. Beliau berharap dengan pendedahan ini, ibu bapa ambil peduli supaya ia tidak menjadi ‘barah’ dalam kehidupan peribadi anak-anak.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Semalam sahaja, macam-macam kes yang saya dapat. Tepuk dahi je mendengar perkongsian warden asrama sepanjang google meet berlangsung. Mereka berkongsi semuaaaaa cerita!
1. Budak perempuan berusia 5 tahun yang awalnya menjadi mangsa sex grooming dan kini ketagihan melakukan onani pada kemaluannya.
2. Kanak-kanak berusia 7 tahun mandi di tandas dengan meletakkan sabun di bahagian kemaluan bukan niat untuk mencuci, tetapi perlakuannya mirip onani.
3. Remaja belasan tahun yang telah menjadi mangsa seks oral/ liwat kini menjadikan rakan-rakan lelakinya yang lain sebagai mangsa liwat pula.
Ketiga isu ini hanya setakat pengetahuan mereka sepanjang mengendalikan anak-anak ini. Kes yang tidak diketahui tak tahulah ada banyak mana. Barangkali perbuatan sebegini telah bermula sejak dulu lagi.
Kiranya, anak-anak generasi baru yang terlibat dengan perlakuan seksual seperti yang saya kongsikan di atas berpunca dari generasi sebelumnya yang boleh jadi memangsakan atau mengajar mereka.
Generasi sebelum itu pula dimangsakan oleh generasi sebelumnya. Inilah kitaran jahanam yang banyak berlaku di asrama, baik isu seksual mahupun isu buli!
Sentuhan tak selesa
Sebab itu penerangan tentang private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa ni kena sentiasa diingatkan kepada anak. Ulang dan terus ulang. Sampai anak faham dan hadam.
Jangan bagi sesiapa sentuh private part sesuka hati; mulut, dada, punggung, paha, kemaluan. Tak kisahlah yang pegang/sentuh/raba tu orang yang dikenali, tidak dikenali, sama jantina, seusia, kenalan rapat, ahli keluarga, apa jua profesion, nampak baik, dikenali dalam masyarakat, ramai followers dan lain-lain.
Jika sentuhan berlaku di tangan, bahu, pipi, telinga atau lain-lain tempat oleh individu yang saya senaraikan di atas hingga anak rasa tak selesa, takut, terancam, maka itu dinamakan sentuhan tak selesa.
Ingat 3 step ni!
Ajar untuk, JERIT! LARI! MENGADU!
Ini je 3 step yang biasa saya kongsikan sejak dulu lagi.
Tak boleh sentuh suka hati bahagian sulit
Selain jangan bagi orang sentuh private part, anak juga tidak boleh sesuka hati menyentuh kemaluan (zakar/faraj) tanpa sebab. Perbuatan inilah yang banyak sangat mak bapak tanya saya di mesengger. Tak termampu saya jawab satu-satu.
Yang dapat saya kongsikan adalah, jika sekadar menyentuh, membelek, memegang, menyeluk seluar memegang kemaluan (anak lelaki), menggosak kemaluan di bucu meja (anak perempuan), maka perlakuan itu boleh saya katakan normal.
Ia jadi begitu sebab anak sedang explore tubuh badan mereka sendiri. Depa tertanya kenapa zakar boleh menegang, kenapa kendur, kenapa rasa geli bila berlaga dengan seluar, kenapa bangun pagi ereksi berlaku.
Anak perempuan pula tertanya kenapa bila faraj terkena bucu meja dia rasa something yang tak dapat diluahkan. Mereka juga rasa syok je bila sembur air paip pada kemaluan. Sebab tu kena sentiasa berkomunikasi dengan anak bab ni. Tanamkan perasaan malu. Ajar tanggal pakaian di mana, pakai tuala di mana, masuk tandas tutup pintu, bersiap dalam bilik dan lain-lain.
Bagi tahu juga mereka, zakar/ faraj ni bukan boleh disentuh dan diperlakukan sesuka hati, hatta oleh dirinya sendiri. Kata pada mereka, bahagian itu kulitnya nipis, boleh luka, sakit dan lain-lain. Kalau gatal, garu, bukan gesel pada objek yang lain.
Bertindak bila 3 ini berlaku
Namun, kalau perlakuan anak tak seperti yang saya sebutkan di atas hingga nampak mereka seperti beronani, menghenjut-henjut bantal berkali-kali dan lain-lain lagi perlakuan tak masuk di akal dilakukan, maka ketahuilah ini kemungkinan yang telah berlaku :
1. Anak dah tertengok video lucah, samada dia terjumpa sendiri atau ada kawan yang tunjukkan kepada dia.
2. Anak telah menjadi mangsa sex grooming. Ada individu yang dikenali atau tidak mencabul/ minta anak lakukan oral seks, memasukkan jari/objek/kemaluan ke dalam kemaluannya (anak perempuan) atau lain-lain.
3. Pernah tengok mak ayah bersetubuh depan mata sejak bertahun-tahun dan mak bapak bingai seperti ni anggap anak kecil, tak faham apa-apa.
Ketahuilah Akta Kanak-kanak di Malaysia amat menjaga kebajikan anak-anak kita. Bila anak faham dari awal, diajar dari kecil, parents selesa berkomunikasi, maka mereka tahu nak buat apa bila kejadian cabul berlaku kepada mereka (nauzubillah).
Mereka tahu kronologi kes, mereka tahu apa yang pemangsa tu cuba atau telah lakukan, mereka firm dengan word zakar/faraj/penis/vagina yang dah diajar sejak dari kecil bermula dari rumah.
Buat report polis. Tahulah pihak D11 handle kes begini. Memang renyah dan meletihkan, tapi kena berjuang untuk membela anak yang menjadi mangsa.
Hasil report polis, senang kes nak dirujuk ke hospital. Bahagian One Stop Crisis Centre akan lakukan medical check up kepada anak.
Ada kesan penetration ke tak, ada kesan koyakan tak, kesan baru ke, kesan lama ke, emosi anak dan lain-lain. Kes serius biasanya anak akan ditahan di wad.
Percaya cakap saya, bukan semua ibu bapa mampu berjuang demi keadilan anak-anak. Ya, bukan semua! Ramainya adalah hanya diamkan diri dan anggap lama-lama nanti anak akan lupakan benda tu.
Kalau tak, tak adanya ramai yang hari ni depression, alami anxiety, berjuang melawan mental health dek menjadi mangsa gangguan seksual ketika mereka kecil dulu.
Malangnya ketika itu mereka tak tahu dan faham pun apa yang sedang berlaku pada dirinya. Nak cakap dengan mak ayah pun tak tahu nak mula dari mana.
Ditambah pula sikap masyarakat yang sering menyalahkan mangsa (victim blaming). Dihalakan kesalahan sebab pemakaian, sebab gedik, sebab menggatal dan 1001 lagi ungkapan toxic!
Walhal di Malaysia ni siap ada baby pun yang dicabul, bahkan haiwan! Maka, membesarlah mereka dalam keadaan trauma, cepat trigger bila membaca kisah-kisah sebegini dan lain-lain.
Cukuplah setakat ni perkongsian saya. Doakan agar bulan November ni saya sempat siapkan ebook terbaru khusus mengendalikan anak yang bakal dan telah akil baligh.
Semoga bermanfaat ya. Harap dikongsikan kepada seramai mungkin kenalan. Terima kasih.
Tular video anak usahawan kontroversi Kak KM yang baru berusia dua hari telah dikatakan mempunyai gigi.
Bayi berkenaan juga merupakan cucu kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri. Kak Kam atau nama sebenarnya Nor Liana Rosli meluahkan rasa syukur dengan anugerah itu yang dikatakan membawa tuah.
Memilih nama Cinta Carissa untuk bayi barunya yang dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg. D
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.