Sekali tengok orang akan cakp ia tumbuhan liar, tetapi banyak manfaatnya pada haiwan terutama kucing. Bagi anda yang membela kucing dan menghadapi masalah kesihatan seperti demam, tak lalu makan dan sebagainya, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Boby Cat Shop.
Nak tahu caranya jom baca ni:
Rumput ini pernah viral dulu. Sekarang viral semula.
Nama rumput ni, RUMPUT PENDUL.
Kalau ada kucing yang sakit Parvo, Selsema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut. Kucing yg hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni.
Ads
Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.
CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN:
Ads
1️⃣ Cabut rumput ini bersama akarnya.
2️⃣ Bersihkan tanah dari akar dan daun.
3️⃣ Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar kedalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.
Ads
4️⃣ Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
5️⃣ Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.
✔️ Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat.
Boleh dikatakan bab memilih perkakasan memasak biasanya kita orang perempuan tidaklah ambil pusing sangat material kuali atau periuk yang digunakan. Apa yang lebih diberi tumpuan, periuk dan kuali yang kita miliki perlu ada pelbagai saiz untuk memudahkan penyediaan hidangan.
Namun, bila terbaca perkongsian daripada doktor tentang bahaya kesihatan yang boleh berpunca daripada perkakasan memasak, tersentak juga membacanya. Apatah lagi, penyebab kanser yang rata-rata kita gerun mendengar tentang penyakit ini.
Untuk itu, agar kita tidak terus salah memilih perkakasan memasak, jom ikuti perkongsian daripada doktor ini yang turut memberi alternatif material periuk dan kuali yang selamat untuk digunakan untuk jangka masa panjang.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Susulan sahabat saya Dr Rizal buat post padu mengenai cookware, ramai yang takut sebab memang non stick teflon cookware ni dah digunakan meluas.
Jujur..saya sendiri sangat-sangat takut tuan-puan sebab ni barang kegunaan harian. Saya awal dulu bila tau..terus buang semua nonstick dan aluminium cookware kat rumah ..sampai tinggal sebijik je periuk stainless steel.
Kesan alat masak nonstick teflon ni paling saya risau ialah kanser, kerosakan organ buah pinggang, hati dan gangguan hormon tiroid. Aluminium pulak sejenis logam toksik yang rosakkan saraf sebabkan nyanyuk, gangguan imuniti badan dan alahan . Sikit-sikit bila kita panaskan makanan, bahan ni kumpul dalam kawasan berlemak badan kita seperti otak, saraf, organ dan sum-sum tulang. Kesannya kita dapat sakit kronik.
Jadi nak guna alternatif apa yang murah?
# Cookware kaca dan clay antara paling selamat tapi berat dan jika jatuh mudah pecah.
# Cast iron bukan pilihan saya sebab iron overload ni boleh sebabkan stres dalaman.
# Tembaga pun sama boleh risiko stres dalaman dan copper toxicity.
# Stainless steel pilihan murah,lebih tahan dan lebih selamat. Cuma sticky lah ye.
# Jika nak non stick..dan ada kemampuan..beli granite atau ceramic..Macam saya awal dulu beli yang “coating” saja..make sure pilih PTFE/PFOA free.. sementara menabung beli yang besar macam belakang tu..fully granite.
Memang rasa berat..sebab tak murah..tapi bayar sekali boleh guna bertahun-tahun..boleh kurangkan risiko bertahun-tahun terdedah bahan toksik.
Saya percaya ini antara pelaburan paling berbaloi untuk kesihatan.
Siapa yang tak kenal dengan pelakon Adam Corrie. Bagi yang pernah meonton filem aksi KL Gangster (2011), sudah tentu ingat watak samseng dan ganas ‘Dragon’.
Namun biarpun terkenal dengan watak ganas, pelakon berbangsa cina ini sebenarnya adalah lelaki yang sangat sopan orangnya.
Malah pada usia 39 tahun beliau telah mengucapkan kalimah syahadah bergelar seorang muslim. Malah pada usia 50 tahun beliau dikurniakan cahayamata pertama setelah 10 tahun usia perkahwinan.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Adam berkongsi video TikTok mengenai kisah hidupnya sebelum berhijrah. Throwback beliau mendapat perhatian warga maya.
Nikmat yang paling berharga dalam hidup saya adalah nikmat diberikan hidayah mengenali dan kembali kepadaNya ketika masih bernyawa.
Nikmat kedua adalah diberikan pasangan hidup (selepas syahadah , iaitu pulang dari umrah) yang banyak membantu dalam hidup saya selepas syahadah supaya untuk istiqamah dalam mencari keredhaan Allah.
Nikmat “sabar “ menanti cahaya mata selepas 10 tahun dalam perkahwinan. Dan sabar menghadapi rintangan kehidupan yang penuh dengan tipu daya dan ujian.
Alhamdulillah. Qana’ah , asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.
10 tahun usia perkahwinan, dikurniakan zuriat
Menerusi video Tiktok, beliau menulis caption di setiap gambar melahirkan rasa syukur dengan nikmat dari Allah.
Syukur dengan nikmat hidayah dari Allah. Alhamdulillah. Atas nyawa, hidayah, jodoh dan rezeki yang kau berikan. Aaminn. Sebelum syahadah, guru tari, penari dan pelakon.
Selepas 8 bulan selepas syahadah ketika berusia 39 tahun menunai umrah. Allah beri jodoh ketika usia 40 tahun, bidadariku usia 30 tahun. Diangerahkan Tokoh Maal Hijrah suadara Kita 2007 peringkat Negeri Selangor.
Setelah usia 10 tahun usia perkahwinan diberikan cahayamata. Ketika usia saya 50 tahun. Bidadari 40 tahun. Alhamdulillah. Sekarang perkahwinan, 13 tahun. Saya usia 53 tahun, bidadari 43 tahun, anak Fateh, 3 tahun. Alhamdulillah.
Dalam pada itu, warganet menitipkan doa agar sentiasa istiqomah dan bahagia bersama keluarga. Malah ada juga yang tidak mempercayai pelakon ini telah berusia 50 tahun.
Pemahaman ramai antara kita, kalau nak cantik, kulit putih gebu dan kekal awet muda, lain tidak bukan adalah dengan mengambil suntikan vitamin C. Adakah ianya benar dan tidak membahayakan?
Jadi sebelum ibu buat sebarang keputusan yang kononnya ingin memikat suami dengan kecantikan wajah yang putih melepak, elok dengar dulu perkongsian doktor ini yang seakan geram dan kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan menawarkan suntikan vitamin C.
Tidak dengan itu, malah ramai pula wanita di luar sana yang tercari-cari perhidmatan tersebut dan sanggup membahayakan diri demi untuk cantik dengan mengambil suntikan vitamin C.
Oleh itu, jom fahami apa yang ingin disampaikan oleh Doktor Rusyainie Ramli ini berkenaan suntikan nak cantik di akaun fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk ibu-ibu lebih tahu bahaya suntikan vitamin c ini, kawal juga anak-anak gadis kita agar tidak terpedaya dengan helah cantik dengan suntikan vitamin C ini.
SUNTIKAN NAK CANTIK
Akak ni dah tak tahu macam mana nak bebel dengan nada sebaik malaikat bab yang memudaratkan macam suntikan Vitamin C ni. Akak tak sanggup tengok betapa ada makhluk yang mampu meraih pendapatan begini punya besar dek sebab adik-adik yang kemaruk nak rupa macam artis. Terkejut dot com bila akak tengok dia ada dekat 100000 pengikut di FB.
1. Suntikan Vitamin C DIHARAMKAN di negara kita. Doktor perubatan yang bertauliah dan berdaftar pun boleh ditarik lesen amalan kalau bagi suntikan Vitamin C. Tengok gambar tu, yang buat bisnes ni bukan pengamal perubatan pun. Kalau ini bukan kerja dajal, nak panggil apa?
2. Tak ada kajian klinikal yang menunjukkan suntikan Vitamin C boleh kasi kulit kita ni jadi elastik atau jadi putih melepak macam mayat. TAK ADA. Campur la Vitamin C dengan Glutathion atau Kolagen pun, tak ada bukti boleh jadi anti kedutan atau anti penuaan kulit. Akak serius tak faham. Yang adik-adik ni takut sangat jadi tua kenapa? Tu kan lumrah hidup. Cetek sangat definisi cantik adik-adik ni.
3. Adik-adik cucuk Vitamin C tu tahu ke bahan tu selamat ke tak. Dahlah diseludup masuk ke negara kita. Sepatah haram pun kita tak faham apa tertulis kat vial suntikan tu. Ada kontaminasi ke tak. Berani mati punya kerja ni adik-adik.
4. Akak nak tambah lagi. Mana adik-adik tahu, sakan nak buat suntikan Vitamin C, elok masuk saja ubat, boleh gerenti ke tak kena alahan teruk?
Ni keadaan kita panggil reaksi anafilaksis. Bermakna, dengan suntikan tu tadi, sistem immunisasi badan bertindak menghasilkan bahan-bahan kimia kompleks yang boleh buat tekanan darah turun mendadak dan saluran udara jadi sempit malah boleh tertutup terus. Habis tu macam mana nak bernafas? Bahagian badan seperti mata, mulut, lidah pun boleh bengkak dan kulit jadi merah seperti kena gegata. Ni memang kes kecemasan sebab nyawa menjadi taruhan.
Bayangkan kes macam tu terjadi kat rumah, kat hotel atau kat mana-mana yang adik buat suntikan tu. Tak ada kemudahan perubatan. Ya Allah. Seram sejuk akak bila difikirkan.
5. Masa tengah buat prosedur cucuk tu, macam mana kalau ada gelembung udara yang tak dikeluarkan betul-betul dari aparatus tiub intravena? Gelembung udara akan masuk ikut saluran darah vena yang disuntik tu, elok lah kalau kena air embolism. Tulah sebenar-benarnya masuk angin ikut saluran darah dan ini kes cari nahas. Kena pergi hospital segera ok sebab bahaya sangat.
6. Tu belum kira bab potensi jangkitan kuman yang boleh terjadi dari prosedur yang belum tentu ikut piawaian aseptik yang ditetapkan. Adik-adik, tukang cucuk ni main bedal saja sebenarnya. Sebab dia tidak pernah ada latihan formal pun kan. Kalau tengok cara dia letak plaster kat branula tu pun akak tahu dia tu ilmunya dalam perubatan kat tahap mana.
Akak dah jalankan tanggungjawab akak bila akak dah laporkan pada KKM di emel aduanproduk@moh.gov.my. Dah lah tu adik-adik, insaf la. Jangan sengaja ditempa pintu malapetaka tu. Hina sangat kot berkulit gelap sampai sanggup ambil risiko. Tak terjangkau pemikiran tahap taksub adik-adik.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.