Siapa yang tak kenal dengan pelakon Adam Corrie. Bagi yang pernah meonton filem aksi KL Gangster (2011), sudah tentu ingat watak samseng dan ganas ‘Dragon’.

Namun biarpun terkenal dengan watak ganas, pelakon berbangsa cina ini sebenarnya adalah lelaki yang sangat sopan orangnya.

Malah pada usia 39 tahun beliau telah mengucapkan kalimah syahadah bergelar seorang muslim. Malah pada usia 50 tahun beliau dikurniakan cahayamata pertama setelah 10 tahun usia perkahwinan.

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Adam berkongsi video TikTok mengenai kisah hidupnya sebelum berhijrah. Throwback beliau mendapat perhatian warga maya.

Adam Corrie Throwback Waktu Belum Ucap Syahadah Dan Luah Syukur Dikurniakan Zuriat Pada Usia 50 Tahun, Warganet Titip Doa.

Nikmat yang paling berharga dalam hidup saya adalah nikmat diberikan hidayah mengenali dan kembali kepadaNya ketika masih bernyawa.

Nikmat kedua adalah diberikan pasangan hidup (selepas syahadah , iaitu pulang dari umrah) yang banyak membantu dalam hidup saya selepas syahadah supaya untuk istiqamah dalam mencari keredhaan Allah.

Nikmat “sabar “ menanti cahaya mata selepas 10 tahun dalam perkahwinan. Dan sabar menghadapi rintangan kehidupan yang penuh dengan tipu daya dan ujian.

Alhamdulillah. Qana’ah , asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah.  Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.

IKLAN

10 tahun usia perkahwinan, dikurniakan zuriat

Menerusi video Tiktok, beliau menulis caption di setiap gambar melahirkan rasa syukur dengan nikmat dari Allah.

Adam Corrie Throwback Waktu Belum Ucap Syahadah Dan Luah Syukur Dikurniakan Zuriat Pada Usia 50 Tahun, Warganet Titip Doa.

Syukur dengan nikmat hidayah dari Allah. Alhamdulillah. Atas nyawa, hidayah, jodoh dan rezeki yang kau berikan. Aaminn. Sebelum syahadah, guru tari, penari dan pelakon. 

Selepas 8 bulan selepas syahadah ketika berusia 39 tahun menunai umrah. Allah beri jodoh ketika usia 40 tahun, bidadariku usia 30 tahun. Diangerahkan Tokoh Maal Hijrah suadara Kita 2007 peringkat Negeri Selangor.

IKLAN

Setelah usia 10 tahun usia perkahwinan diberikan cahayamata. Ketika usia saya 50 tahun. Bidadari 40 tahun. Alhamdulillah. Sekarang perkahwinan, 13 tahun. Saya usia 53 tahun, bidadari 43 tahun, anak Fateh, 3 tahun. Alhamdulillah. 

Dalam pada itu, warganet menitipkan doa agar sentiasa istiqomah dan bahagia bersama keluarga. Malah ada juga yang tidak mempercayai pelakon ini telah berusia 50 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

IKLAN

Sumber: adamcorrielee

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Adam Corrie Throwback Waktu Belum Ucap Syahadah Dan Luah Syukur Dikurniakan Zuriat Pada Usia 50 Tahun, Warganet Titip Doa.

 

Adam Corrie Throwback Waktu Belum Ucap Syahadah Dan Luah Syukur Dikurniakan Zuriat Pada Usia 50 Tahun, Warganet Titip Doa.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI