Bersalin melalui kaedah pembedahan membuatkan segala aktiviti mengempiskan perut ketika berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung tidak dapat dilakukan seperti bersalin normal.
Keadaan perut yang masih lagi tidak pulih kesan daripada pembedahan memerlukan masa yang lama untuk pulih. Runsing bila mana perut masih lagi tidak kempis seperti asal sedangkan keadaan perut masih lagi tidak pula sepenuhnya.
Jangan gusar kerana anda mampu mengempiskan perut anda dengan cara yang dikongsikan oleh pakarhamil_malaysia ini. Rawat daripada dalam dan insyallah perut makin menipis dan rata. Cuba ni!
Menariknya bukan hanya wanita selepas bersalin sahaja, yang ada masalah perut buncit pun boleh mencubanya. Dua minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam.
Bahan-bahan:
3sm halia
3 sudu besar halba
1 sudu teh lada hitam (lebih kurang 15 biji)
3 ulas bawang putih
Ads
Caranya:
Kredit Foto: Nana Farhanna
1. Tumbuk halba, lada hitam, halia dan bawang putih hingga hancur.
Ads
2. Dah lumat, gentel-gentelkan menjadi bulat.
Kredit Foto: Nana Farhanna
3. Lepas tu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !
Simpan dalam bekas kedap udara.
Ads
Tak rasa apa pun bila makan, telan je. Pastu tunggu lah, asyik buang angin dan sendawa. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari ikut ketahanan badan.
Selain untuk kempiskan perut, petua ini juga baik untuk membuang angin dan memecahkan lemak degil.
Daun pandan yang dibeli jika disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk, lazimnya akan kering juga akhirnya.
Bila begitu keadaan daunnya, hendak digunakan di dalam masakan pun terasa tidak puas hati sebab terlihat tidak segar bahkan baunya juga tidak seperti biasa.
Sebenarnya ada cara yang lebih bagus untuk anda praktikkan seperti mana perkongsian pengalaman daripada dua wanita ini.
Menyimpan daun pandan dengan teknik tersebut, bukan seminggu dua daun pandan kekal segar malah berbulan-bulan lamanya.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada mereka. Jom baca.
Daun pandan ni beli dr first PKP 1.0, april kalau tak silap saya. Beli dekat mydin. Rm1 lebih dapat 1 pokok.
Masa tu nak masak bubur ja, nak pakai dalam selai 2 ja. Selebihnya tak tau nak buat apa, banyak sangat.
So sy try gunting² dan masuk bekas dan frozenkan..(basuh bersih² dulu)
Sesuai kalau perumahan tu ditengah bandar,
Tak ada tempat bercucuk tanam
Jimat pun jimat, cermat pun cermat.. Eh
Kali ni masuk PKP 2.0, Masih segar lagi, wangi pun kuat lagi bila campur dalam masakan.
Ikutlah nak campo masakan apa pun.
Begitu juga cara yang lebih detail telah dikongsikan oleh DLa AMaya dan bolehlah dicuba untuk memudahkan kita menyimpan daun pandan dalam tempoh yang lama untuk kekal segar dan elok.
CARA MENYIMPAN DAUN PANDAN KEKAL SEGAR
Bagus cara ni. Masih segar sihat elok jaa berbulan pun boleh tahan. Nak masak ambil ja banyak mana dah siap potong. Sangat mudah.
Cara penyimpanan daun pandan dengan tahan lebih lama & segar
• Bersihkan daun pandan
• Potong pendek pendek
• Masukkan dalam plastik kedap/ tupperware
• Simpan dalam peti ais sejuk beku (bahagian freezer)
Daripada kering kan beli banyak banyak, baik simpan beku nak masak nasi kaa kuih kaa hilang kan bau petiais buat bung rampai kaa wangi rumah ambil jaa bau kuat lagi. Daun pun masih hijau walaupun sudah berbulan.
Selamat mencuba.
Best kan! Dah tak perlu buang lagi daun pandan kering.
Nota : Serai pun boleh buat macam ni potong siap2 atau sebatang2. Daun daun lain pun boleh tetap segar cuma daun berubah warna.
Lagi 1 tips, kalau anak suka sangat makan aiskrim sila letak dalam bekas aiskrim tiap kali minta tunjuk ada daun. Terus terbatal niat 🤭
Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya.
Anda boleh cuba untuk menghasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Hanya dengan menggunakan buah-buahan dan bunga-bungaan, anda boleh menghasilkan baja pengggalak agar pokok bunga berbunga lebat.
Bahan-bahan:
Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Cara pembuatan:
1. Potong semua buah-buahan.
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik.
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO.
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain.
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari.
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buah-buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol.
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama.
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Penggunaan: Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Ini perkongsian daripada Mohd Fhais yang juga merupakan seorang ayah, menurutnya jika kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita.
Jika sebelum ini, dia tiada masa untuk meluangkan waktu bersama anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja, dalam masa yang sama rezekinya semakin sempit sehingga membuatkan dirinya agak tertekan.
Ini coretannya
Pernah tak kita terfikir? Orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
Pengalaman sendiri.
Alhamdulillah selepas annur rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
Semua berubah bila saya leka.
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. Keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
Ini 8 amalan saya menjemput rezeki melalui anak :
1. Kanak-kanak pantang nampak mainan. Sebulan sekali beri mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.
2. Berikan mereka pelajaran yang terbaik. Jangan pilih taska sebab sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak anak-anak.
3. Luangkan masa bersama anak-anak at least seminggu sekali. 6 hari masing-masing sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama. Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat learning center di Malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.
4. Sediakan keperluan yang terbaik untuk mereka. Jangan recycle sahaja. Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.
5. Banyak kaedah pembelajaran awal kanak-kanak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua bahagian kritikal otak berkembang masa ini.
6. Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak. Jangan sentiasa fikir mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu. Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STRESS? Sekali mereka stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.
7. Jangan marah anak tanpa berfikir panjang. Bila nak marah tu paksa diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan terkeluar kata-kata kesat. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah mereka buat.
8. Setiap kanak-kanak ada perkembangan berbeza. Fahami dan cuba bantu mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti dari membanding dengan kanak-kanak lain.
Alhamdulillah selepas saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah. Tak percaya? Cuba mewahkan anak isteri, hari ini suprise mereka dengan hadiah yang mereka idam selama ni. Tengok apa hasilnya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.