Daging ialah makanan padat nutrisi. Ia tak rosakkan buah pinggang bagi orang yang sihat walaupun makan tiap-tiap hari..Makan ikut keperluan dan jangan berlebihan. Tiada dalil naqli mahupun saintifik menafikan kesempurnan ciptaan Tuhan ini. Malah kerisauan makan daging sebab kolesterol juga tidak saintifik kerana kolesterol dalam makanan tiada bukti merosakkan kesihatan mengikut garis panduan pemakanan USDA 2015.
Ada beberapa golongan perlu berwaspada pada daging:
1) Mereka yang alah: Perlu makan tapi daging segar dalam kuantiti sikit. 2) Mereka yang ada gout: Boleh makan bila badan dah sihat. 3) Masalah buah pinggang: Makan ikut syor doktor/pakar diet. 4) Leaky gut: Ini mungkin sebabnya pesakit autoimun keradangan jika byk ambil daging, sup tulang ataupun kolagen. Pulihkan dulu usus. Tips di bawah amat berguna untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan insha Allah.
PENYEDIAAN DAGING
1) Daging terbaik sudah semestinya organik dan jenis bebas (free range). Lemaknya boleh dimakan tanpa was-was. Jika tiada kemewahan sedemikian, kurangkan makan bahagian lemak tempat biasa terkumpulnya bahan kimia dan bahan pengganggu hormon (xenoestrogen).
2) Pilih daging segar seperti daging korban
Masak dengan sempurna. Daging segar dan masak sempurna amat penting bagi yang sensitif atau alah daging.
3) Masak menggunakan minyak yang lebih sihat seperti minyak kelapa atau sawit. Elakkan masak menggunakan minyak tak tepu yang senang rosak dan membebaskan toksik aldehyde apabila dipanaskan seperti minyak matahari dan minyak jagung.
Ads
4) Sesetengah kuali non stick jika dipanaskan lama terutamanya membebaskan bahan toksik PFOAs DAN PFAs yang berkumpul dalam badan. Pilih kuali lebih selamat seperti seramik atau kuali stainless steel.
5) Elakkan masak pada suhu terlalu tinggi. Membakar terlalu lama menghasilkan PAH dan HCA yang dikaitkan dengan beberapa jenis kanser. Tapi jangan risau..kuantitinya tidak lah begitu banyak..sekali sekala xpe cuma jgn amalkan selalu.
WAKTU MAKAN
1) Ambil buah dahulu sebelum makan untuk meningkatkan asid perut dan enzim yang membantu pencernaan daging. Makan dengan air asam, belacan juga membantu.
Ads
Kecuali jika anda ada alahan, migrain, gastritis atau refluks, skip cara langkah ini.
2) Kunyah banyak kali sebelum telan dengan perlahan-lahan menjadikan makanan lebih mudah dihadam dan enzim pencernaan lebih bersedia.. Langkah kritikal ini sering dipandang remeh namun kesannya besar kepada kesihatan.
3) Jangan ambil daging dengan susu. Susu mempunyai protein casein yang sukar dicerna. Beban bertingkat-tingkat tu. Perut/usus senang rosak dan penyerapan zat akan berkurang.
4) Bagi yang nak tambah darah merah (haemoglobin), makan lah dengan vitamin C atau buah sitrus meningkatkan penyerapan zat besi yang tinggi dalam daging ini.
Ads
Oh terlupa pula, bagi yang zat besi terlebih seperti hemosiderosis atau thalassemia beta selalu buat transfusi darah, perlu waspada juga pengambilan daging kerana risau overload zat besi.
5) Elakkan minum air lepas makan daging kecuali tercekik lah . Cair asid perut dan enzim pencernaan nanti.
6) Elakkan bersenam berat atau tidur sejurus selepas makan daging. Beri masa sejam hingga 3jam untuk pencernaan protein. Qailulah takpelah kejap je tidur.
.
Baik, begitulah sedikit sebanyak tips makan daging semoga bermanfaat. Perkongsian ini hanyalah sebagai pengetahuan am dan bukan nasihat perubatan ya. Bertanyalah doktor dan pakar diet anda untuk maklumat lanjut 🙂
Kalau dulu menjelang hari raya, ibu atau nenek paling sibuk buat persiapan adalah membakar kuih ini. Walaupun mengambil masa lama dan memakan tenaga, namun kuih Baulu menjadi kemestian yang wajib ada di pagi raya.
Namun kini , tak perlu lagi lenguh tangan memukul telur atau terpaksa tahan panas ketika membakarnya. Dengan menggunakan kaedah moden kuih Baulu ini boleh disediakan dengan mudah.
Jom admin kongsikan resipi daripada Nor Afidah Puan Fida yang pertama kali menggunakan kaedah ini namun berjaya mendapat Baulu Cermain yang cantik kejadiannya dan sedap pula tu. gebu elok je.
#TB tengah hari tadi try buat bahulu.. 1st time buat.. Alhamdulillah gebu pun.. Bahulu cermai. Saya guna bahan ni je..
Bahan-bahan:
Tepung gandum secawan
Gula stgh cawan
Telor 5biji (gred A, B, atau C)
Sdikit esen vanila.
Cara membuat:
Mix atau blend telur dan gula dulu sampai kembang pekat dalam 5 mnit lepas tu masukkan tepung sikit2 dan mix lagi dalam 2 minit dan masukkan esen vanila. Kacau rata.
Sebelum tu panaskan dulu acuan dalam 10 minit suhu 200 (untuk kali pertama sahaja supaya tak melekat)
Lepas panas sebelum letak adunan dalam acuan, sapu rata semua bahagian dengan minyak masak supaya tak lekat. Tu setiap kali nak letak adunan ye.. Mesti sapu minyak rata dulu..
Bakar suhu 200 selama 12mnit.
Guna bahagian tengah letak acuan atas tray grill guna api atas bawah.
Dapat la dalam 48biji.. Boleh blend dan mixer. Saya guna oven
Rupa berlumut agar-agar ini memang mampu menarik perhatian untuk menikmatinya. Mak-mak yang buntu nak masak apa untuk menu pencuci mulut, bolehlah cuba resipi agar-agar pandan santan.
Agar-agar pandan santan rasanya lemak-lemak manis tapi tidaklah sampai muak. Pendek kata bila makan, rasanya sedang-sedang elok sahaja. Menggunakan daun pandan, aroma agar-agar pandan santan harum semerbak dan secara tidak langsung membuka selera untuk menikmatinya.
RESIPI AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
BAHAN-BAHAN:
(Loyang 8 inci)
12 gram agar-agar tali
4 cawan air
4-5 helai daun pandan
200 ml santan
1 biji telur
125 gram gula/setengah cawan gula ( Resepi ini dikurangkan gula, kalau hendak manis boleh lebihkan)
Elok Cantik Nampak Macam Lumut, Ini Cara Buatnya
CARA MEMBUAT:
1. Kisar 4-5 daun pandan dengan 1 cawan air. Sudah siap kisar terus tapis. Siap air pandan.
2. Kacau sebati 200 ml santan dengan 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau hendak kisar santan dengan telur pun boleh. Tekstur lebih halus. Sudah siap ketepikan.
3. Panaskan api dapur, masukkan 4 cawan air dan 12 gram agar agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan 125 gram gula, air pandan, santan dan telur serta 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Mesti kacau dulu supaya tidak bergumpal.
5. Apabila sudah sebati, biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau ketika ini sebab hendak bagi santan terpisah dengan air.
6. Apabila sudah 1-2 minit, padamkan api dapur. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.
7. Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Selepas itu bolehlah dimakan. Selamat mencuba!
Agar-agar pandan santan ini memang layan kalau makan sejuk-sejuk. Kalau cuaca panas, memang sedap je ‘lalu’ ditekak. Pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
Bila ada sambal bilis rangup ini di rumah, memang senang sebab ianya boleh disimpan lama tanpa merubah rasa dan kerangupan ikan bilis tersebut.
Jadi bolehlah untuk kita jadikan ia sebagai stok makanan. Andai teringin nak makan ianya boleh terus dijamah, sama ada dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja.
Buat yang ingin mencuba, bolehlah menyediakan menu ini seperti resipi yang dikongsikan ini.
Akak nak share resepi SAMBAL BILIS RANGUP yang orang duk jual tu pada sahabat MAHN.
Akak dah buat memang rangup berhari-hari tau..Makan dengan apa saja pun sedap..
Yang pasti memang takde guna air dalam sambal ni sebab tu sambal ni rangup.
SAMBAL BILIS RANGUP
Ikan bilis dibasuh dan di toskan hingga kering
Bawang kecil dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
Bawang putih pun dihiris
Cili kering dibasuh dan keringkan
Asam keping,garam dan gula
Tepung beras,tepung jagung dan tepung gandum@ Tepung Tempura Bestari
CARA:
1. Gaul ikan bilis dengn ketiga-tiga tepung tadi. Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain. Sukatan agak-agak je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye
2. Gaulkan juga bawang kecil,bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.
3. Panaskan api sederhana besar.goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan. Kena kawal api ye, kalau tak hangus nanti. Agak-agak dah golden brown bole angkat dan toskan.
4. Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
5. Cili kering tadi digoreng juge dalam 2-3 minit atau agak2 garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit. Kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye..
6. Dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping. Gula lebihkan sikit ye. Kacau sampai gula dan garam larut.
7. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.
Siap untuk dinikmati..
Edit post: Jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yg dah di gaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis. Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi..
SELAMAT MENCUBA
Sumber : Noriza Jaja via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim cuti sekolah panjang ini pasti ada diantara anak-anak kita yang berkhatan. Apa teknik yang sesuai dengan anak kita? Pastinya soalan ini berlegar di minda ibu dan ayah.