Setiap peralatan mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai contohnya penggunaan tuil pintu. Ada tuil yang menggunakan tombol dan ada pula enis pemegang.
Tetapi tahukah anda, tuil pintu jenis pemegang lebih mesra dan mudah digunakan berbanding jenis tombol.
Tuil jenis pemegang ini nampak lebih selesa, memudahkan dan bermanfaat terutama kepada golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangan mengenai penggunaan tuil pintu jenis pemegang ini.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
▪️Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Kanak-Kanak Mudah Guna
▪️Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin Ketika Dipulas
▪️Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
▪️Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Mudah Disendal
▪️Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
*Jemput follow untuk dapatkan ilmu kesihatan dan perubatan daripada sumber sahih dan bertauliah.
Moga bermanfaat!
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club