Bagi meringankan beban rakyat, bermula 15 Januari 2025 lepas, kerajaan telah menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan kepada 700,000 penerima yang tergolong dalam golongan miskin dan miskin tegar.
Sumbangan ini berbentuk wang tunai yang disalurkan melalui MyKad atau kad pintar bantuan MyKasih, supaya penerima boleh beli barangan keperluan asas.
Bagi anda yang masih tertanya-tanya barangan jenis apa yang boleh dibeli melalui program MyKasih ini, berikut merupakan senarai lengkap berserta jenama yang diterima.
Pelakon cantik manis, Nelydia Senrose kini kelihatan sudah berhijab usai pulang daripada menunaikan ibadah umrah.
Penampilan terbarunya itu membuatkan ramai peminatnya memuji dan mendoakan semoga dia Istiqomah dalam berhijab.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu memberitahu dia kini sedang dalam proses pembelajaran berhijrah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi Berita Harian Online. Dia bagaimana pun tidak berani mengulas berlebihan mengenai imejnya itu memandangkan masih dalam proses pembelajaran.
“Saya masih bertatih juga dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam.
“Kebetulan kita hendak sambut Ramadan, ini salah satu cara untuk menghormati bulan itu,” ungkapnya.
Isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid itu juga menerangkan dia kini perlahan-lahan bertudung.
“Sekembali dari umrah, saya perlahan-lahan bertudung. Dapat berkunjung ke Arab Saudi, dikira lokasi itu sesuai untuk kita berhijab.
“Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” luahnya.
Nelydia akui dirinya takut jika hati berbolak balik. Namun sentiasa berdoa agar Allah tetapkan hatinya dan terus istiqamah.
“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.
“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” sambungnya.
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkongsi berita duka berhubung kematian madunya, Datin Bahazanariah Baharudin. Allahyarhamah yang mesra disapa Kak Nana meninggal dunia akibat kanser.
Perkongsian berita sedih itu dimuat naik Datuk Nurulhidayah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Long menerusi laman instagramnya.
INNALILLAHIWAINNALILLAHIRROJIUN
Bismilillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. Saya, NurulHidayah Ahmad Zahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluarga kakak Madu, Datin Bahazanaria, yang sangat kami sayangi, ingin memaklumkan Datin Bahazanariah binti Baharudin telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 4.16 pagi (5 November 2020) ini di Hospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah Tahap 4 sejak Ogos tahun ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnya sepanjang kehidupannya. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga Kakak saya ditempatkan dalam kalangan para solehin.
Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff Dan Anak-anak serta Keluarga
Kakkkkkkk .. Allahuakbar 😭😭😭
Dalam pada itu, menerusi tembual bersama Astro Awani, Kak Long menyifatkan pemergian Allahyarhamah satu kehilangan yang cukup besar.
“Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya. “Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.”
Nurulhidayah bwerkongsi cerita bagaimana Allahyarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara. “Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” ujar Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.
Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kanser payu dara.
Bahazanariah disahkan menghidap kanser tahap empat pada Ogos lalu.
Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.
Menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allahyarham menerima rawatan di hospital.
“Arwah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allahyarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar. “Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.
Kisah Nurulhidayah berkongsi suami dengan Allahyarham Bahazanariah sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai perbincangan melibatkan isu poligami.
Ini kerana, hubungan kedua-dua wanita itu amat akrab sekali dan sering dilihat bersama-sama dalam pelbagai acara.
Bahkan, Nurulhidayah dan Bahazanariah juga tidak pernah kekok keluar bersama-sama suami mereka dalam satu masa.
Nurulhidayah juga sering memuat naik pelbagai foto mereka dalam akaun Instagram peribadinya. Kehidupan bermadu mereka amat dikagumi ramai.
Kata Nurulhidayah dalam beberapa wawancara sebelum ini, beliau dan madunya itu sentiasa mengamalkan sikap diplomasi dan saling memahami antara satu sama lain.
Bahkan, kedua-dua wanita itu juga bertuah kerana suami mereka, Saiful Nizam memainkan peranan yang bijaksana dalam memimpin rumah tangga mereka.
“Kak Nana adalah orang yang sentiasa memberi semangat untuk bergelar isteri kedua. Arwah Kak Nana sentiasa ada di sisi saya ketika saya memerlukan dia pada bila-bila masa. “Sekali lagi ingin saya katakan, saya kehilangan seorang kakak dan wanita yang sangat hebat. Terima kasih Kak Nana atas pengorbanan kakak. Terima kasih kerana menerima saya dalam hidup kakak. Saya akan kenang kakak sehingga ke akhir hayat saya,” kata Nurulhidayah lagi.
Jenazah Allahyarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun pendidikan terawal adalah dari rumah.
Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak justeru cara mendidik mereka harus betul supaya tidak tersalah langkah.
Mulakan dari awal bak kata pepatah jika nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Menerusi satu catatan, wanita bernama Nurul Atika Moktar berkongsi tentang tip mendidik anak yang dikongsikan oleh seorang wanita cina kepadanya.
Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.
Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
“Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.