Buat yang merancang menyediakan hidangan sate di pagi raya, boleh lah cuba resipi legend ni. Rasanya memang sedap. Siap ada resipi buat kuah kacang. Memang rasa mak-mak masak di kampung. Terubatlah sikit rindu tak boleh rentes negeri balik ke kampung.
Nak tahu lanjut, ikuti resepinya perkongsian Murni Rahmat via Masak Apa Hari Ni.
Salam semua, nak share resepi satay dan kuah kacang yg saya niaga di bazar ramadhan..
Boleh tambah menu dipagi raya nanti.
Resepi ni boleh diguna untuk satay ayam/daging/kambing.
BAHAN-BAHAN
Dua ekor ayam besar- dapat 150/170 cucuk
2 biji bawang besar
2 labu bawang putih
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 biji buah keras
11 batang serai
CARA PENYEDIAAN
Kisar bahan diatas dgn sedikit air,
Ads
Kemudian perap isi ayam yg dipotong dadu dengan bahan kisar tadi bersama;
2 cawan gula – boleh adjust klu tak suka manis
1 cawan gula merah
1 sudu penuh asam jawa
5 sudu minyak masak
Garam dan serbuk perasa
Perap semalaman,cucuk isi sate pada pencucuk yg telah direndam semalaman.
Sate yg sedap mesti ada selit kulit/lemak ayam sikit kan.. Saya buat 3 ketul isi+1 ketul lemak.
Bakar dengan bara api sampai masak..
Ads
#Saya memang pakai ayam segar utk buat sate,ambil semua bahagian daging,kulit dan lemak,kecuali dibahagian leher dan hujung kepak sbb tak berdaging.
#Makin lama diperap,bertambah lembut sate kita nanti.
#Boleh guna dada ayam frozen, tapi sate akan kurang lembut,tapi tetap sedap.
RESEPI KUAH SATAY
500gram kacang tanah digoreng dgn minyak dan dikisar
*3 biji bawang besar
*5 biji bawang putih
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 sudu udang kering
Sedikit belacan
5 sudu cili kisar
7 batang serai
1/2 cawan gula putih – boleh adjust
1 cawan gula merah/melaka
1 cawan air asam jawa
CARA PENYEDIAAN
Ads
Goreng bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas dan udang kering hingga wangi. Kemudian dikisar halus.
Tumis bahan2 dikisar tadi smpai pecah minyak,masukkan cili kisar,masak dgn api kecil smpai pecah minyak lagi,
Masukkan kacang yg dikisar tadi, tambah air,ikut kpekatan yg anda mahukan. Biarkan mendidih..kemudian masukkan air asam jawa,gula,belacan dan serai ketuk. Biarkan merenih dgn api perlahan selama 1-2 jam, sambil2 kena kacau bhgian bwah takut hangit.
Rahsia kuah kcg yg sedap ialah,masak dgn perlahan menggunakan api kecil sampai pecah minyak.
Kuah kacang juga akan lebih sedap jika dimasak sehari sebelum dihidang.
Kuah kacang mungkin nampak cair semasa dimasak,jgn risau kerana kuah akan menjadi pekat ketika sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menikmati sajian Asam Pedas Ikan Pari dengan sepinggan nasi panas menjadi menu istimewa ketika makan tengahari. Tambah pula dilengkap dengan sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai penyedap rasa. Memang layan. Silap-silap orang panggil pun kita tak dengar.
Asam pedas memanglah enak tetapi menyediakan makanan yang satu ini tidaklah semudah ketika menjamahkan. Harus menyiangnya terlebih dahulu dan kena pastikan ianya segar dan tidak berbau hancing.
Ikan pari sering dikatakan berbau hancing mungkin disebabkan oleh jenis pemakanan yang diambilnya dan bukanlah cara kita mencucinya. Jadi ketika nak beli, kenalah pastikan yang betul-betul segar. Jom intai tip ni.
Cara Pilih Ikan Pari Segar
Ketika berada di pasar, kena belek-belek ikan supaya senang nak tentukan ikan mana yang lebih segar. Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Ambillah ikan yang berwarna kemerah-merahan.
Begitu juga dengan ikan ketuka yang hampir sama dengan ikan pari. Sebaiknya tekan badan ikan terlebih dahulu dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik. Ciumlah baunya samada hancing atau tidak. Pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana
ia memudahkan proses memasak.
Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa
membantutkan selera.
Cara Siang Ikan Pari
1. Terlangkupkan ikan pari tersebut. Biar nampak tulang belakangnya.
2. Gunakan pisau yang tajam, potong (dengan jarak kira-kira satu inci dari tulang belakang), dari hujung atas kepala hingga bawah.
Buat kiri dan kanan.
3. Buang bahagian tengah yang bertulang beserta isi perut. Ambil bahagian kiri dan kanan sahaja.
4. bersihkan dengan air asam jawa.
Atasi Bau Hancing
Bahan-bahan:
Ikan pari/ketuka
Asam jawa
Air
Caranya:
1. Bersihkan ikan pari atau ketuka dan basuh bersih.
2. Rendamkan dengan air asam jawa dan biarkan sekejap.
3. Bilas menggunakan air bersih dan toskan.
4. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedapnya kuih talam sagu merah ni. Ramai yang ingin mencuba kuih ni. Makan ketika minum petang pun sedap.
Ikuti perkongsian puan Harum Wangi ni. Dah lah sedap, nak buat pun senang.
Percubaan Malam semalam. Nak buat sagu saja malas nk on mesin kelapa. So terhasil lah #talamsagu . Tak pernah buat pon, ini Kali pertama. Menjadi pula. Tekstur sagu kukus, kenyal² bukan liat ye. Topping atasnya kena cantik keras supaya bila potong tak berlemuih kata org utara. Hehehe..
Resepi: Sagu ( rendam bg kembang sat & buang airnya) Gula halus ( Gaul dlm sagu ikut agak² manis je + pewarna merah @ sirap) Oles Loyang dgn sikit minyak & ratakan sagu tak perlu tekan². Bg sagu ruang utk mengembang. Boleh tambah sikit air dlm sagu Tu supaya bila sejuk sagu tak liat MCM getah scrap . Boleh kukus sehingga masak. Tak lama sgt, blh npak sagu bertukar rupa. Sebelum letak lapisan ats , cakar2 sikit permukaan sagu supaya lapisan senang melekat. ** Sukatan sagu agak² jer utk Loyang. Jgn penuh sgt nnt nk letak lapisan ats tak Ada ruang.**
LAPISAN ATAS:
1 cwn tepung ( tpg gandum + tepung ubi sikit dlm 2 sdb.) 2 sdb tepung jagung 3 cwn santan ( santan pekat + air. Lemak terpulang. Nak guna santan sama bnyk dgn air pon blh. Sy tak suka terlalu lemak. Nisbah saya 1:2. ) Garam sikit bg lemak jer rasanya.
Bancuh sekali semua. Tapis jika tepung berketul. Kacau naik wap sikit ats dapur. Jgn biarkan tpg berketul. Lepas siap Tu tuang ats sagu kukus & kukus lg sekejap dlm 10 mnt @ btl² masak. Siap!!!
Roti sememangnya antara makanan yang menjadi kegemaran ramai disebabkan teksturnya yang lembut dan sedap. Roti juga boleh dijadikan sebagai makanan ‘instant’ untuk dibawa ke tempat kerja atau bekal anak sekolah.
Jika anda penggemar roti, anda sangat disyorkan untuk mencuba resipi yang dikongsikan oleh Douglas Abdullah Voon ini. Selain dapat dimakan beramai-ramai bersama keluarga, hasilnya yang gebu dan lembut ini pastinya tidak akan menghampakan. Selamat mencuba.
– Campur tepung dengan telur, planta, gula, garam, susu oekat dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Lagi lama uli lagi lembut roti (20 minit uli).
– Rehatkan doh dan tutup selama sejam biar kembang 2 kali ganda.
– Bila doh dah kembang tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sekali lagi sehingga menjadi licin kemudian boleh susun dalam loyang.
– Tunggu sehingga doh tadi kembang kemudian boleh sapukan telur kuning dan tabur gula di permukaan doh.
– Bakar doh dengan suhu 170 selama 20 minit dan bila dah masak boleh sapu dengan planta dan siap.