Satu badan anda gatal dan mungkin sudah berjangkit kepada ahli keluarga yang lain? Ini mungkin “kudis buta”. Gatalnya tidak dapat dibawa bincang dan apabila garu akan sampai berdarah. Ini pesanan dari Dr Ahmad Sahman untuk merawat kudis buta.
Kudis buta atau nama lainnya, “scabies” adalah keadaan kegatalan pada permukaan kulit yang digigit oleh kutu “sarcoptes scabiei”.
Apabila dilihat di bawah mikroskop, kutu ini berbadan bulat dan mempunyai 8 kaki. Kutu ini betina dan akan menggorek masuk ke dalam kulit untuk bertelur dan mati kemudian. Apabila telur menetas, ianya akan menjadi kutu dan akan menyebabkan kegatalan.
Bagaimana boleh berjangkit?
Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta. Kutu ini boleh didapati pada tuala, selimut, baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !
Jangkitan scabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ruam scabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
Bagaimana ingin merawatnya?
Rawatan pertama: Menggunakan losyen anti scabies
Losyen Permethrin 5%:
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan ke atas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
Ads
– Contoh: A-Scabs lotion
Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%:
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa (12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak-kanak (2-12 tahun): campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi (2 bulan ke atas): campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed
Losyen Lindane 1%:
Ads
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan pada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
– Contoh : Scaboma Lotion
Rawatan kedua: Jangan berkongsi tuala, baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.
Rawatan ketiga: Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah atau tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
Rawatan keempat: Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.
Rawatan kelima: Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Semoga bahan bacaan kali ini dapat memberi manfaat buat anda dan keluarga.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Jika diikutkan petua orang dulu-dulu memang banyak, salah satunya jaga kesihatan dan berubat dengan menggunakan halba. Malah khasiat halba ini kini telah diakui oleh saintis yang mana menemui banyak khasiat halba untuk dimanfaatkan. Ini sebagai mana perkongsian daripada Dr Suri Roowi, saintis MARDI.
KHASIAT HALBA
Halba boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan menurunkan kolesterol.
2. Bahan berkhasiat utama dalam biji halba adalah 4-hidroksi-isoleusin, trigonellin dan diosgenin.
Biji halba juga mengandungi;
a. 20 – 30% protein
b. 45 – 60% karbohidrat (terutamanya galactomannan)
c. 5 – 10% lemak
3. Biji halba membantu menurunkan glukosa darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2 terutamanya dikalangan ‘mild type 2 diabetes’
4. Pengambilan halba pada kadar 5 g/sehari lebih menampakkan kesan yang nyata. Walaubagaimanapun jika dimakan bersama makanan berlemak contohnya yoghurt, ianya tidak boleh menurunkan kolesterol (LDL) dan trigliserida (TG) darah
5. Penggunaan halba dalam makanan seperti kari memberikan kesan yang tidak konsisten
6. Halba lebih memberikan kesan jika hanya dibancuh bersama air panas
7. Kajian juga menunjukkan halba juga boleh meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Walau bagaimanapun, penggunaan halba perlu dielakkan dikalangan ibu-ibu mengandung kerana mungkin boleh mengakibatkan keguguran.
Dapatkan nasihat Dr anda terlebih dahulu
Rujukan : Singletary, K. W. (2017). Nutrition Today. Vol. 52(2) 93-111
Melihat para saintis juga memperakui kehebatan halba ini, apa kata anda amalkan minum air rebusan halba untuk mendapatkan manfaatnya. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh puan Hamizah Zakaria.
Menurutnya dengan mengamalkan minuman halba, berat badannya turun dan semakin langsing. Jom semak bagaimana menghasilkan air rebusan halba tersebut.
“Hmmm.. Ramai kata Ratu dah khurosss sikit dari beranak anak tiga aritu. Orang kata, anak tiga slim biasa jer, tapi kalau dari sekarang tak jaga tak mampu jugakks. Ye dakkkk.
Rasa dia sesedap minum air tembikai susu di kocak kocak dengan susu. Rasa sekali mesti nak lagi. Nak kurus nak kurus khennn. Tapi tak boleh tak makan nasi, tak makan pizza. So boleh amalkan ni jerr. Halba bahan utamanya. kawan kawannya tambahan jer. Kalau rerajin letak daun pandan sepotong dua tiga.”-Hamizah Zakaria
Bahan-bahan:
Halba satu sudu kecil
Air segelas
Madu satu sudu besar(boleh ganti gula kabung) guna sudu plastik tau.
Limau kasturi(option lemon, limau nipis) tak masuk kan pun tak pe.
Cara-cara:
Rebus halba sehingga mendidih. Biarkan sejuk.
Kemudian masukkan madu dan perah jus limau.
Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Banyak faedah yang diperolehi bila seorang ibu itu aktif bersenam dan bersukan, bukan sahaja memiliki tubuh badan yang ideal malah sedar atau tidak dengan sendirinya seseorang itu akan terlihat lebih muda daripada usianya sebenar.
Lihat sahaja ibu anak dua ini, jika dilihat sekali pandang persis anak dara dan siapa sangka umurnya kini adalah 42 tahun. Apa sebenarnya yang dilakukan olehnya?
Jom baca perkongsian kisah ini dan diharapkan selepas ini lebih ramai ibu-ibu terinspirasi untuk aktif bersenam dan bersukan dengan turut serta program larian seperti Nancy.
Saya mulai menyertai aktiviti run pada tahun 2018 tatkala usia saya sudah mencecah 41 tahun. Medal saya yang pertama adalah Dinasty Hotel Charity Run iaitu Fun Run 3KM. Itupun saya menggantikan orang lain.
Suasana yang seronok masa tu menyebabkan saya terus berminat untuk join mana-mana run yang ada. Selepas itu event kedua saya terus melompat ke 21KM Half Marathon, 16 Mac 2018. Kemudian saya dan suami join hampir kesemua acara run yang ada di Miri dan ada juga di luar Miri seperti Bintulu, Kuching Marathon dan Borneo Marathon di Kota Kinabalu Sabah.
Suami adalah pendorong saya. Dulu dia sekadar menemankan saya sahaja, tetapi sekarang dia pula sudah ‘ketagih’ untuk berlari bersama. Setakat ni, anak-anak baru 3 kali turut serta, iaitu kalau ada Fun Run kurang daripada 6KM. Saya galakkan mereka bersama-sama agar memupuk minat tesebut dari kecil.
Setelah genap setahun (2018-2019) Run, saya dan suami sudah mengumpul 43 medal. Manakala pada April hingga September 2019 ni, ada 7 acara dalam senarai yang bakal kami sertai.
Penjagaan medal
Tiada petua khas untuk saya menjaga medal, saya lap dan bersihkan daripada habuk sahaja. Saya juga peruntukkan 1 ruang untuk menggantung medal iaitu di laluan tangga ke tingkat atas rumah saya. Setiap kali melihat medal itu, saya akan berasa seronok dan bersemangat. Maka itulah yang menjadikan hari-hari saya semakin indah.
Rutin harian
Biasanya anak-anak ke tuition jam 6.00-8.00 malam, masa itulah saya dan suami akan berlatih di gym dan berlatih running. Balik dari sekolah saya akan terus memasak untuk makan malam dan prep meal saya dan suami keesokan hari. Masa itu juga saya akan bertungkus lumus menyiapkan seberapa banyak tugas-tugas rumah yang boleh. Kami akan bertolak ke pusat tuition anak-anak jam 5.45pm dan terus bersenam di gym.
Jam 8.00 malam mereka habis tuition dan kami pun habis bersenam dan terus menjemput mereka. Begitulah rutin setiap hari sehinggalah Jumaat. Pada hari Sabtu pagi, kami akan buat LSD sampai 21km kalau ada event HM21KM yang perlu kami sertai.
Hari minggu pula kami akan rehat sepenuhnya dan beriadah bersama anak-anak. Kadang-kadang menonton wayang, picnic, trekking atau shopping. Mana-mana permintaan anak-anak yang dapat ditunaikan. Kalau event di luar Miri, seperti hiking di Pinacales di Mulu National Park dan mendaki Gunung Kinabalu, saya dan suami akan menjemput ibu mertua dan bapa mertua datang ke Miri untuk menjaga anak-anak buat sementara waktu kami di sana.
Kekal bertenaga
Saya konsisten bersenam dan menjaga pemakanan sudah hampir 3 tahun. Apabila saya konsisten bersenam, semua kerja saya menjadi lebih mudah sebab saya sentiasa bertenaga. Saya akan sentiasa positif dan sentiasa bersemangat. Saya memang menjaga diet dengan konsisten. Tanpa sebarang suplimen, saya bergantung sepenuhnya kepada real food. Amat jarang saya menikmati makan di luar, kecuali masa cheat meal iaitu lunch hari Ahad . Selebihnya saya memang memasak di rumah dan dibawa ke tempat kerja.
Mak ayah mana yang tidak panik bila anak mengadu sambil menangis tidak boleh berjalan seperti selalu. Apa puncanya? Apa sebab anak sakit sampai tak boleh berjalan?
Pengalaman Dr Redza Zainol yang berdepan masalah sama bila anaknya secara tiba-tiba tidak boleh berjalan ini mak ayah perlu ambil tahu.
Jangan pandang mudah bila anak mengadu sakit tekak atau telinga.
Panik betul bila anak saya mengadu dia tak boleh berjalan. Waktu malam punyalah sihat. Bila bangun pagi, dia kata sakit sangat pada sendi pinggul siap menangis-nangis.
Saya tengok kaki kanan sampai ke atas semua nampak elok. Tak ada bengkak, tak ada kesan gigitan serangga. Kulit pun tak ada merah.
Saya cuba papah dia lagi sekali, tapi kaki dia rapatkan ke perut. Dia takut sangat nak jejak kaki ke lantai.
Sakit sangat. Sedih tu Allah saja yang tahu. Terus saya angkat dia dan letak dalam kereta. Pandai terus sampai ke hospital.
Lepas selesai semua ujian, doktor pakar datang dan kata ini kes penyakit Transient Sinovitis.
Jujur cakap pada mulanya saya pun tak pasti itu penyakit apa.
Ujian darah normal, ultrasound pada sendi pinggul anak pun normal.
Transient Sinovitis tu:
* Boleh berlaku secara tiba-tiba pada kanak-kanak umur 3-10 tahun.
* Rasa sakit ni berlaku secara tiba-tiba disebakan radang pada lapisan dalam sendiri pinggul (hip joint)
* Boleh terjadi selepas anak dijangkiti apa-apa virus pada tekak atau telinga.
* Paling selalu terjadi pada sendi pinggul kanak-kanak dan 2 kali ganda lebih kerap terjadi pada anak lelaki.
Kalau terkena Transient Sinovitis ni boleh jadi anak tu mengadu sakit yang sedikit atau sekadar berjalan tempang.
Tapi 60 peratus kes boleh jadi teruk sampai tak boleh berjalan.
Aduh tak sangka anak sakit tekak pun boleh jadi sampai tak boleh berjalan.
Nasiblah doktor pakar tenangkan hati saya. Dia kata benda ni akan sembuh sendiri dalam masa 2-7 hari.
Kalau masih tak boleh berjalan lebih 7 hari wajib datang semula untuk pemeriksaan lanjut.
Dua hari ni saya hati saya tengok dia mengesot sambil pegang lego kesayangan dia. Nak pergi mana-mana dia minta kita tolong angkatkan.
Pagi tadi anak saya dah boleh berjalan semula. Syukur sangat. Alhamdulillah.
Terus saya niatkan nak kongsi dengan mak ayah semua apa tanda-tanda Transient Sinovitis ini.
Kalau ada tanda-tanda ni terus bawa anak ke hospital.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dulu dipisahkan sebagai kembar siam, kini Muhammad jalani rawatan kanser di Riyadh. "Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia," kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.