Awet muda memang menjadi impian ramai antara kita. Meskipun bertambahnya umur, kalau boleh kita tidak ingin terlihat tua. Malah bimbang juga jika wajah mengerepot sebelum waktunya.
Perasaan bimbang tersebut bukan hanya wanita sahaja yang terlihat ketara dan seterusnya mencari rawatan-rawatan atau petua-petua tertentu untuk kekal awet muda. Pun begitu, lelaki masa kini juga sudah pandai dan serius dalam penjagaan personaliti agar tampak segak dan bergaya.
Hal itu membuat ramai orang ingin terus mencari untuk melakukan cara agar memiliki wajah tampak awet muda. Nak tahu apa tip dan petua yang diamalkan? Ikuti perkongsian seorang isteri terhadap suaminya yang nampak jauh lebih muda daripada usianya.
KOMEN ISTERI
Dah lama sangat kenal dia ni. Dari umur 18 tahun. Kenapa saya saja yang nampak makin tua? Dia masih kelihatan hensem walaupun beberapa bulan lagi dah 40 tahun.
Dia tak makan suplemen pun. Saya masak sedap macam mana pun, dia makan sikit saja. Padahal saya bukan tak pandai masak pun.
Pantang ada masa, dia sarung kasut, pakai baju sukan terus pergi joging. Saya tak ikut sebab saya tak rajin. Kerja rumah yang tak pernah habis, boleh kurus juga harapnya.
Yang paling penting, SUAMI SAYA BUKAN PEROKOK. Menagih rokok tu tambah 10 tahun ok kat muka kita. Sebab tu ramai askar nampak tua. Mereka sembur asap macam cerobong kilang.
Hari-hari dia berjalan nak ambil bas, keretapi dan MRT untuk pergi kerja. Bukan dekat-dekat.
Dia tidur awal dan jarang sangat keluar makan tengah malam. Boleh kira setahun berapa kali saja. Kengkawan dia semua jenis ‘family man’. Maka, masa dia memang banyak di rumah.
Suami saya hidup dia rileks dan sempoi. Sangat merendah diri walaupun siapa yang kenal dia tahu dia ni pandai bukan calang-calang. Dia nilah yang tak ada orang tak suka dia. Personaliti bukan jenis A. Langsung tak sama dengan saya. Sebab tulah saya rasa dia macam tak menambah usia pun. Tengok dia, saya dengki dan iri hati.
JAGA PENAMPILAN
Ramai orang kata bila dah kahwin, mesti akan tambah berat badan. Kahwin bukan alasan untuk kita jadi malas dan tak ambil pusing tentang penampilan diri.
Saya paling tak nak kalau tak pandai bawa diri sampai suami saya segan nak bawa saya ke mana-mana. Saya paling tak mahu kalau saya nampak selekeh sangat sampai suami saya malu nak angkut saya pergi jumpa rakan-rakan baik atau sepejabat.
Boroi tu bukan bermakna bahagia. Buncit tu bukan bermaksud pasangan kita pandai jaga kita. Tu alasan kita untuk tak nak jadi rajin.
Tu sebab kita untuk tak peduli.
TIP AWET MUDA
Meh kita sama-sama
1. Paksa pasangan kita BERHENTI JADI PENAGIH. Rokok tu ketagihan.
2. Berhenti makan sebelum kenyang – ikut sunnah Rasulullah SAW.
3. Kekal aktif dan bersenam – nak pergi cari Just Dance 2017 nak main dengan PS4 untuk mula bersenam.
4. Jaga berat badan – BMI kena 18 ke 23. Kita orang Asia.
Nak cantik macam Neelofa saya tak boleh dan tak mampu. Tapi taknak la nampak hodoh dan selebet sangat. Saya pernah tergemuk sedikit, mak ai terasa macam aduh beratnya nak bergerak. Bukan setakat suami kata, abah ma pun tegur. Alhamdulillah, bila dah motivasikan diri, saya dah masuk zon selesa dengan berat badan saya sekarang. Anak saya kata kalau saya kurus lagi 2kg memang terbaik.
Saya sebagai isteri sudah buat terdaya mungkin. Semoga suami saya sentiasa letak saya di hatinya di tempat seorang isteri patut duduk.
sumber : Dr. Rusyainie Ramli