Rupanya Guna Air Sejuk, Ais & Garam Kasar Lagi Cepat Bersihkan Kerang Dari Berus Pakai Tangan. Wanita Ni Kongsi Caranya

Share

Sedapnya makan kerang bakar, cicah pula dengan sos ala thai manis-manis pedas. Memang menyelerakan. Atau boleh juga dibuat rebus, letak serai cili dan bawang. Sudah membuka selera.

Tapi, bab nak mencuci tu ambil masa sikit. Apa tidaknya, permukaan cengkerang  yang tidak sekata menyebabkan ia mudah terdedah dengan kotoran. Jadi, banyak petua yang dikongsikan bagaimana cara cuci cengkerang ini.

Perkongsian video dari puan Norhilyani Harun menerusi MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL boleh membantu ibu-ibu untuk mencuci kerang dengan dengan mudah dan cepat.

Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari.

Jenuh nak berus sekilo kerang Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.

Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul2 bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?

 

 

 

 

IKLAN