Pasti ramai yang geli bila banyak tahi cicak di tepi tingkap, tandas dan juga belakang langsir. Boleh hilang selera makan jugalah bila lihat kotoran najis ini.
Walaupun ia tidaklah membawa bahaya seperti lipas atau tikus, namun cicak masih lagi tergolong dalam kumpulan serangga perosak. kerana boleh mendatangkan penyakit.
Manakan tidak, haiwan ini makan lalat, nyamuk dan haiwan perosak lain. Jadi, bakteria daripada serangga yang dimakan cicak mungkin akan berkumpul di dalam tahinya.
Sebenarnya, ada banyak cara hilangkan tahi cicak di dinding. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang ada di rumah atau guna sahaja khidmat profesional!
Untuk kurangkan tahi daripada cicak di dinding rumah, pertama sekali anda perlulah tahu dari mana mereka masuk. Jangan lupa, cicak mempunyai badan yang fleksibel. Jadi, ia boleh masuk melalui rekahan-rekahan kecil di rumah.
Jadi, selepas anda kenal pasti dari mana cicak masuk, cuba tutup rekahan tersebut. Jika ia masuk dari tingkap, cuba pasang kasa dawai untuk menghalangnya daripada memasuki rumah.
Ads
2. Sembur Dinding Dengan Bahan Penjauh Serangga Semula Jadi
Anda tidak perlu berbelanja ratusan ringgit untuk halau cicak dari rumah. Sebenarnya, ada banyak bahan semua jadi yang anda boleh gunakan sebagai penghalau cicak.
Sebenarnya cicak tidak menyukai bau yang kuat dan pedas. Ada juga yang kata cicak tidak sukakan bau bawang putih dan bawang merah.
Cara pertama, cuba campurkan beberapa sudu serbuk cili di dalam air panas. Kemudian, sembur pada kawasan dinding, tingkap dan pintu.
Selain itu, anda juga boleh kisar bawang bersama air dan gunakan campuran ini sebagai semburan. Tapi jangan sembur banyak-banyak, berbau bawang pula rumah nanti!
Jika anda tidak mahu sembur rumah dengan bawang, hirisan bawang putih sudah memadai untuk menghalau cicak. Letak sahaja beberapa ulas bawang putih di kawasan yang dikehendaki. Pasti kurang tahinya nanti!
Ads
3. Letak Ubat Gegat Di Tempat Banyak Tahi Cicak
Jangan ingat ubat gegat berkesan untuk lipas sahaja! Ia juga boleh digunakan untuk menghalau semut, lalat, kupu-kupu dan juga cicak!
Tidak rugi jika anda beli ubat gegat sebungkus dua. Letakkannya di kawasan yang ada banyak cicak seperti di bawah sinki, bilik air, dapur atau di sekitar peti ais.
4. Gunakan Campuran Serbuk Kopi Dan Tembakau
Tahukah anda, campuran kopi dan tembakau sebenarnya berkesan untuk membunuh cicak! Tak percaya? Cuba letakkan kopi dan tembakau dalam kain nipis. Kemudian gantung di tempat yang ada banyak cicak.
Keesokan harinya, anda mungkin akan nampak banyak bangkai cicak bergelimpangan di sekitar kain tersebut.
Selain itu, anda juga boleh campurkan kopi dan tembakau dalam satu bekas. Sapukan gam pada hujung pencungkil gigi dan gaulkannya dengan campuran tadi. Letakkan umpan tersebut di kawasan kegemaran cicak seperti di belakang peti ais atau almari.
Ads
5. Kemas Rumah Untuk Elak Banyak Tahi Cicak
Kadangkala, cicak suka singgah sebab rumah kita bersepah! Cuba tengok kebun dekat luar, sudah berapa lama dibiarkan tak terjaga?
Jika ini yang berlaku, cuba habiskan masa hujung minggu untuk kemas rumah dan potong rumput yang tumbuh meliar di rumah.
Bersihkan kesan-kesan tahi yang melekat di dinding dan sembur dengan air bawang atau lada seperti yang diterangkan tadi.
Baru-baru ini tular di Tiktok, sepasangan pengantin bersanding dengan mengenakan baju sekolah
Pada mulanya, ingatkan acara tersebut adalah tema majlis ‘Kembali Ke Sekolah’ namun sangkaan meleset. Majlis tersebut memang majlis persandingan antara Nur Jannatul Zafirah dan Muhammad Firdaus Alias dari Pasir Mas, Kelantan.
Menurut Jann yang baru sahaja berusia 18 tahun ini, dia telah mendirikan rumahtangga selepas tamat persekolahan dan selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Katanya, dia seperti pasangan lain yang inginkan sebuah majlis yang meriah, pakai baju pengantin yang cantik dan mahal dari pereka fesyen terkenal.
“Tapi apabila difikirkan semula, biarlah berbelanja besar untuk kehidupan selepas berkahwin dan bukannya masa bersanding.”
“Kos baju sekolah kami cuma RM 150 sahaja berbanding harga ribu-ribu kalu pakai baju designer.”
Cerita Jan lagi, konsep persandingan ini di pilih atas sebab-sebab tertentu.
Sebagai seorang yang terlibat dengan perniagaan sejak berusia 15 tahun, Jan kini sudahpun bergelar stokis untuk sebuah produk minuman kesihatan.
“Saya bermula menjadi stokis terbaik dengan jualan mencecah RM 1 juta. Walaupun ketika itu masih bergelar pelajar, saya mampu buktikan saya boleh melakukannya.
“Karakter ‘budak sekolah’ ini adalah sebagai personal branding. Sebab saya mahu mengekalkan identiti ini di majlis bersanding.”
Menurutnya lagi yang merupakan anak bungsu dari 7 beradik ini, dia beryukur kerana majlis persandingan ini dihadiri oleh 500 – 600 tetamu. Kos perbelanjaannya adalah dari hasil kejayaan perniagaan mereka.
“Berniaga ketika masih belajar bukanlah mudah. Apatah lagi nak raih jualan mencecah RM 1 juta. Sebagai pelajar, cabarannya adalah untuk membahagikan masa antara keduanya, bisnes dan pelajar.”
“Lebih-lebih lagi nak ambil SPM. Itu belum lagi mulut orang yang cakap negatif kepada pelajar yang berniaga.. ada yang cakap ‘masih belajar tapi ada hati nak buat bisness.”
Kata Jan, sejak usia 6 tahun lagi dia sudah menjadi anak yatim. Ibunya adalah ibu tunggal yang membesarkan mereka adik beradik dengan pendapatan sebagai tukang jahit.
Berpegang pada prinsip ‘beauty with brain and money,’ yang ana walaupun mencari rezeki di bangku sekolah tetapi pendidikan tetap diutamakan.
“Alhamdullilah, pada usia 16 tahun saya mampu tanggung diri sendiri dan walaupun berusia 17 tahun, saya dah beli kereta untuk ibu secara tunai. Nak pergi honeymoon ke London nanti pun hasil duit bisnes.”
“Ilmu tatap penting, jangan lupa pendidikan dan habiskan sekolah. Sekurang-kurangnya kena habiskan SPM sebagai persediaan masa depan.”
Jan berkata dia akan menyambung pengajian dalam bidang perniagaan di masa akan datang.
Bila pertama kali ke rumah teman lelaki, pelbagai perasaan berkecamuk di hati. Kadang teruja, kadang berdebar, dari segi penampilan hingga ke tutur kata semua akan di ambil kira. Supaya nampak sempurna di depan bakal mentua.
Reaksi bakal mentua yang paling ditakuti, kadang diri kita tidak seperti persepsi mereka kerana pada hari tersebut, banyak yang memilih untuk berpura-pura untuk kelihatan sempurna.
Namun berlainan dengan seorang gadis bernama Bella ini. Pertama kali dia bertandang ke rumah bakal mentuanya, dia telah di sambut dengan hidangan istimewa. Mengenangkan dirinya pasti diberikan layanan istimewa, namun yang berlaku adalah sebaliknya.
Bukah sahaja dirinya diperhatikan seperti tidak tahu membuat kerja dapur, malah dia turut disuruh melakukan pelbagai kerja dapur seperti menghangatkan makanan.
Jujur dengan perasaannya ketika itu, dia berharap agar dirinya dilayan seperti tetamu yang lain. Seperti yang dilakukan oleh tuan rumah kepada tetamunya, melarang tetamu membasuh pinggan tetapi yang terjadi kepada dirinya adalah sebaliknya.
‘Aku tunggu kalimat larangan “Tak payah basuh, letak je”.. Tak de.. Tak de ..’
Malah Bella mengatakan dia turut disuruh membasuh pinggan mangkuk yang terdapat di dalam sinki tersebut.
Pada ketika itu, dia sudah dapat membayangkan layanan yang akan diterima apabila menjadi menantu nanti lalu Bella memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan dengan teman lelakinya itu.
Melalui perkongsian Bella ini, ramai juga yang bersetuju dengan tindakannya tetapi ada juga yang kurang setuju memandangkan masih terlalu awal untuk dia membuat sebarang persepsi. Biasalah kadang kala bakal mak mentua ini mahu menguji.
Bagi yang ingin mendirikan rumah tangga, pastinya penerimaan mentua terhadap anda menjadi kerisauan yang sangat besar. Usah bimbang, anda boleh amalkan surah-surah ini untuk melembutkan hati mereka. Cara Untuk Melembutkan Hati Mentua
Di ruangan komen pula, ramai menyatakan pendapat dan pengalaman peribadi mengenai perkara ini.
Wanita ‘hilang’ suami 10 bulan lalu kini hilang dua anak, “Saya tak kuat…”Norizan Ujak, 40 sedih apabila dua orang anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, pada petang Isnin.
Wanita ‘Hilang’ Suami 10 Bulan Lalu Kini Hilang Dua Anak, “Saya Tak Kuat…”
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.
Norizan yang melihat sendiri nahas membabitkan anaknya di depan mata berkata, dia hanya mampu menjerit ‘Ya ALLAH anak aku’ apabila melihat motosikal yang ditunggangi anaknya merempuh tong sampah pukal roro berwarna biru menyebabkan mereka terpelanting.
Menurutnya, ketika kejadian dia mengekorinya mangsa dengan motosikal lain dari arah belakang sebelum dua beradik itu merempuh tong sampah tersebut.
“Kami dalam perjalanan nak ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu untuk menziarah kubur arwah suami yang meninggal dunia akibat komplikasi sakit termasuk kencing manis.
“Kami rancang lepas ziarah nak makan bersama selepas itu, namun tak sangka berakhir dengan tragedi,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka, di sini, pada malam Isnin.
Ibu anak tiga itu berkata, lebih menyedihkan dia nampak depan mata tong roro yang diletakkan betul-betul atas bahu jalan lorong kecemasan menyebabkan anak tidak sempat mengelak kerana terdapat lori di lorong kanan.
Katanya, lebih dikesalkan tong sampah pukal yang diletakkan di bahu jalan untuk membuang sisa pokok ditebang didakwa tidak diletakkan ciri-ciri keselamatan termasuk kon diletakkan terlalu hampir dengan tong terbabit.
“Malah ketika kejadian tak ada seorang pun pekerja kontraktor yang mengawal lalu lintas memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Harap pihak berkuasa supaya ambil tindakan tegas kerana kecuaian ini telah menyebabkan saya hilang dua anak sekali gus. Jangan ada orang lain lagi yang menjadi mangsa,” katanya lagi.
Tambahnya, bukan sahaja kehilangan dua orang anak seretak malah hilang punca pendapatan keluarga kerana sejak pemergian arwah suami November lalu, arwah anak sulung yang menanggung keluarga dengan bekerja sambilan sebagai tukang cuci kereta.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan perjalanan dua beradik untuk menziarahi pusara bapa mereka, tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan.
Kejadian yang berlaku mengakibatkan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam dan 12.30 pagi Selasa ketika dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan penunggang motosikal terbabit dipercayai tidak perasan sebuah tong sampah roro berada di bahu jalan sebelum merempuhnya.