Rupanya ada 10 persamaan yang ada dalam diri suami isteri yang boleh kekal bahagia bersama lebih dari 10-20 tahun. Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai ini.
1 – Sentiasa meluahkan perasaan. Ada tak puas hati terus luah, begitu juga jika rasa bangga atau gembira pasangan la orang pertama yang akan di cari.
2 – Segera memaafkan dan ikhlas juga. Usah pendam rasa sakit hati lama-lama. Bak kata tuan Afnan Rosli, perasaan tu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.
3 – Selalu berkompromi. Suami bukan raja yang kena ikut semua perintah, dan isteri bukan pemaisuri yang nak di layan setiap masa.
Ads
4 – Pasangan yang baik ialah pasangan yang selalu beri semangat, sokongan dan dorongan walau apa pun situasi.
5 – Terus mempercayai di kala orang lain tidak. Itulah pasangan sejati.
6 – Komunikasi sentiasa di jaga. Salah faham tetap tak dapat dielakkan tapi jangan sesekali guna bahasa kesat dengan pasangan.
Ads
7 – Sentiasa rindu merindui. Hari-hari jumpa pun sentiasa rindu. Nak ke mana-mana tak pernah seorang diri, sentiasa bersama.
8 – Tiada manusia yang sempurna sejak lahir. Mesti berani akui kelemahan dan berusaha untuk jadi sempurna.
9 – Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.
Ads
10 – Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sering berkongsi perkembangan anak-anaknya menerusi laman Instagram.
Setiap kali berkongsi gambar mahupun video, pasti mengundang perhatian ramai.
Baru-baru ini memuatnaik sekeping gambar anak sulungnya, Siti Aafiyah. Tampak comel dan bergaya penampilan anak kecil yang kini memasuki usia empat tahun. Nampaknya Aafiyah sudah pandai bergaya.
“Ibu balik kerja , Aafiyah siap melawa nak tunjuk kat ayah katanya ..
”Subhanallah anak ibu dah besor..😭 jadi anak yang soleha & berjaya dunia akhirat ye Aafiyah sayang ibu…” tulis Isteri kesayangan Dato’ Seri Khalid menerusi kapsyennya.
Perkongsian Siti Nurhaliza itu sudah meraih perhatian pengikutnya. Rata-rata memuji Kecomelan Aafiyah. Tak kurang yang mengatakan puteri sulung pasangan ini saling tak tumpah seperti ibunya.
Tidak pernah tergambar dalam fikiran Michael Tong Wai Siong, 55, bahawa dia akan dipertemukan dengan takdir yang membuatnya menjadi “bapa” kepada tiga anak lelaki yang berbeza bangsa dan agama.
Namun, dalam perjalanan hidup yang penuh liku dan tidak dijangka, Michael menerima hakikat yang jauh daripada kebiasaannya. Di sebalik setiap kesedihan dan pengorbanan, kasih sayang yang terbina antara mereka mengubah segalanya, menjadikan hubungan itu lebih bermakna daripada sekadar pertalian darah.
Dikenali dengan panggilan mesra “Uncle Mike,” Michael merupakan seorang yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Melalui penyertaan dalam kelab kereta dan program rumah amal, dia dipertemukan dengan tiga anak Melayu yatim piatu yang akhirnya mengubah seluruh hidupnya.
“Semasa saya pertama kali bertemu mereka, saya tidak pernah bayangkan akan jadi sebahagian daripada hidup mereka. Ia berlaku dengan begitu cepat,” katanya dengan mata berkaca.
Lebih 16 tahun yang lalu, di sebuah rumah anak yatim di Gombak, Michael dipertemukan dengan Rafei Ahmad Fauzi, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang baru kehilangan kedua ibu bapanya. Hati Michael terusik melihat kesedihan dalam mata Rafei, dan tanpa berfikir panjang, dia membuat keputusan besar untuk membawa Rafei pulang dan menjaganya sebagai anak angkat.
Namun, kebahagiaan itu tidak lengkap. Rafei mempunyai dua lagi adik lelaki, Rasyid yang ketika itu berusia 11 tahun dan Abdul Rahman yang berusia 8 tahun. Melihat kesedihan di wajah dua kanak-kanak itu, Michael tak sanggup memisahkan mereka. Tanpa memikirkan kesukaran yang bakal dihadapinya, dia memutuskan untuk menjaga ketiga-tiga beradik itu sekaligus.
“Pada mulanya, saya hanya niat untuk bantu Rafei. Tapi bila saya lihat wajah adik-adiknya yang tak sanggup berpisah, hati saya tak boleh biarkan. Saya tak mahu mereka rasa kehilangan lebih dari yang mereka dah lalui,” katanya dengan suara yang sebak.
Kini, setelah hampir 16 tahun, hubungan Michael dengan ketiga-tiga anak angkatnya kekal erat, seperti keluarga kandung. Rafei, 29, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, telah dewasa di bawah jagaan Uncle Mike, yang bukan hanya menjadi penjaga, tetapi seorang ayah yang penuh kasih sayang walaupun tiada pertalian darah antara mereka.
“Kasih sayang saya terhadap mereka tak pernah pudar. Walaupun kami berlainan bangsa, agama, dan asal-usul, hubungan kami jauh lebih dalam dari semua itu. Mereka adalah anak-anak saya, dan saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya buat dulu.”
Michael juga menyifatkan sokongan keluarganya sebagai salah satu kekuatan utamanya dalam menjaga ketiga-tiga beradik itu. Walaupun pada awalnya ada yang terkejut dengan keputusannya, keluarganya akhirnya menerima ketiga-tiga anak angkat itu dengan hati terbuka.
“Saya bersyukur kerana keluarga saya memahami dan menyokong keputusan saya. Mereka juga menasihati saya untuk menjaga anak-anak ini dengan penuh kasih sayang. Ini adalah rahsia yang saya simpan selama bertahun-tahun, dan tidak ramai yang tahu mengenai kisah kami,” tambah Michael.
Pada Isnin lalu, di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), Michael diiktiraf dengan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024 atas dedikasinya dalam menjaga tiga anak yatim berlainan bangsa dan agama. Lebih istimewa lagi, anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, menjadikan Michael satu-satunya penerima berbangsa Cina pada hari yang penuh makna bagi masyarakat Islam.
“Saya terharu dan bersyukur. Penghargaan ini bukan sekadar untuk saya, tapi untuk seluruh keluarga saya dan anak-anak yang telah bersama saya selama ini. Ia menginspirasikan saya untuk terus berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan,” kata Michael dengan penuh rendah diri.
Ini bukan sekadar kisah tentang Michael menjaga tiga anak yatim. Ia adalah kisah tentang kasih sayang, pengorbanan, dan bagaimana sebuah keluarga boleh terbentuk walaupun tanpa pertalian darah. Kasih sayang sejati tidak mengenal bangsa, agama, atau asal usul, dan Michael adalah bukti hidup bahawa manusia boleh menyatukan hati yang terpisah, hanya dengan keikhlasan.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.