Umum mengetahui sejak 17 Disember lalu, Malaysia dilanda hujan lebat secara berterusan yang mengakibatkan banjir di beberapa kawasan, tanah runtuh, rumah dinaiki air dan pelbagai kerugian dicatatkan.
Namun, untuk ini, mungkin ada yang tidak tahu bahawa boleh membuat tuntutan insurans jika rumah terlibat dengan bencana alam.
Nak tahu lanjut caranya, ini perkongsian Mohd Mustaqim mengenai insurans itu dan cara untuk membuat tuntutan.
Insurans bencana alam untuk rumah.
Arini aku cuba share sikit pengalaman insurans rumah untuk bencana alam. Pada tahun 2014, banjir besar melanda Kelantan. Rumah mak aku salah satu mangsa kejadian. Rumah tinggal bumbung. Barang kt dalam umah mmg total lost abis (rujuk gambar).
Tp Alhamdulillah nasib baik mak aku ada amek insurans khas untuk cover bencana alam mcm banjir. So fully covered. Dalam masa less than 2 minggu duit masuk dlm acc. Dpt lebih kurang dkt RM60k kot untuk perabot sahaja. So mmg lega la. Yg x lega penat nk kemas. Ok now ak share ap patut korang tau time nk apply.
Ads
Aku sudah apply insurans khas bencana alam, kebakaran, dan juga kena pecah rumah untuk rumah aku. So kalau jadi ap2 mmg Insyallah fully covered. Bila korang apply, akn ada dua benda korang kena take note iaitu : 1-Coverage untuk building. Rujuk gambar ke 4.
Ini coverage khas untuk bangunan rumah korang. Bukan isi rumah ye. Contoh, rumah aku letak coverage 400k. So rumah korang runtuh ke, rosak ke, pecah ke, disebabkan banjir, maximum insurans akan bayar ialah 400k. Paham kan?
Ads
2-Coverage untuk ON HOUSEHOLD GOOD. Ini pula coverage untuk benda2 di dalam rumah, contoh perabot, alatan elektronik, atau apa sahaja YANG BERADA DI DALAM RUMAH. Ok ni yg menarik, contohnya aku ada basikal, sekiranya kena curi, or terbakar or watsoever, basikal tu ada dalam rumah, akan termasuk dlm coverage. Power kan? So untuk yg ni aku insured RM100k.
Cara nk claim.
Mudah je, contact agent, nt diorg akan suruh amek gambar seeemuaaa tempat yg terjejas. Kalau mcm aritu agent mmg dkt rumah, die dtg dan amek sendri gambar. Kemudian tnggu je. Xperlu report polis. X sampai 2 minggu duit masuk. *apapun rujuk semula dgn agent masing2. Mungkin berbeza mengikut company. Insurans ni korang kena renew secara TAHUNAN (bermaksud byr sekali setaun je). So benda ni ak rasa mmg sgt galakkan korang ambil selain medical card dan juga hibah. At least dapat ringankan beban kita kalau jadi pape. Aku da kena sekali. Sbb tu ak mmg ambil berat benda2 mcm ni. So, kalau sape2 nk apply, sile contact terus salah sorang my trusted agent, Mr Pui Tiong Hoo. Mmg sgt komited, cekap dan arif untuk urus benda2 mcm ni. Sekian perkongsian saya. Semoga membantu.
Sekali suruh tak jalan, berkali-kali ibu beri arahan baru anak nak bangun. Rungutan semacam ini selalu kita dengar dari mak-mak.
Mendidik anak melakukan kerja rumah seharusnya dimulakan dari awal lagi. Lebih-lebih lagi di musim PKP ini, ajarlah anak kecil kita membantu uruskan kerja rumah. Bukan menyusahkan atau mendera anak tapi mendidik. Benar apa yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Wahai ibu jangan la kedekut kerja rumah dengan anak. Kami tahu ibu ibu semua tak nak menyusahkan anak anak, ibu rasa bertanggungjawab untuk buat semua kerja rumah itu sendiri.
Tapi jangan di lupa, ibu juga ada tanggungjawab untuk mengajar anak jadi seorang yang ada rasa tanggungjawab dengan kerja rumah juga.
Baru la anak tadi membesar jadi seorang yang tidak jelik membuat kerja rumah. Bila ada rasa tanggungjawab ni percayalah anak anak kita akan jadi sangat matang dan sangat mahir untuk cope dengan kehidupan seharian. Nampak je rumah bersepah dengan sendiri dia ambil penyapu sapu.
Nampak sinki penuh dengan sendiri dia basuh semua pinggan mangkuk yang kotor. Malah bila dia nampak kita sedang kepenatan dengan sendiri dia akan datang bawakan kita air dan urut kaki kita.
Tapi ibu kena mulakan dulu. Jangan kedekut kerja rumah dengan anak, baru la anak tak kedekut bantu kerja rumah kita.
Ajar la anak buat kerja rumah sejak dari kecil lagi, – sapu rumah – basuh pinggan – lipat baju – susun meja makan – kemas mainan
Mulakan yang ringan ringan. Tapi ingat, tujuan nak mengajar bukan mendera tau. Jangan pula anak buat kerja rumah kita goyang kaki layan drama korea, itu mendera namanya.. Buat la kerja tu bersama-sama.
Ya, nampak genyah sikit banyak main dari buat kerja nanti tapi percayalah selain anak belajar buat kerja rumah dalam masa sama ibu bakal dapat kuatkan silturrahim bersama si comel ibu.
Jadi jangan kedekut tau ibu!
~ Mohd Fhais Salim ~
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan ikatan dua hati dalam melayari alam rumah tangga. Dua insan yang berbeza hidup sebumbung dan berkongsi segala-galanya. Suami sebagai pemimpin dan ketua keluarga, manakala sang isteri sebagi suri yang menjadi pembantu kepada pemimpin.
Sebagai suri dalam rumah tangga, sudah pasti menuntut banyak pengorbanan dari seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu. Justeru, sang suami patut menghargai setiap apa yang isteri lakukan.
Tidak perlu hadiah atau barangan mahal, memadai dengan perhatian, ucapan terima kasih dan paling penting menghargai apa yang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka lakukan.
Perkongsian wanita ini cukup menggambarkan betapa penghargaan itu cukup bermakna. Hilang segala penat dan letih tatkala menerima ucapan yang cukup ringkas namun besar maknanya. Betapa ajaibnya ucapan TERIMA KASIH dari seorang suami itu buat seorang isteri.
Namun, tidak bermakna tidak perlu langsung sebarang hadiah dari suami untuk isteri. Sesekali buat kejutan tanpa perlu yang mahal-mahal pun pasti isteri akan gembira dan tersenyum lebar. Tak percaya cuba buat nanti ya.
Sebelum itu, jom baca perkongsian dari Intan Dzulkefli ini. Moga memberi manfaat kepada pasangan lain di luar sana.
Langit gelap seakan mahu meruntuhkan air. Resah hati apabila melihat jam, sudah tiba waktu menjemput anakanda solehah.
“Bismillahi tawakkaltu ‘alallah,” bisik bibir sambil menyarungkan kasut ke kaki Insyirah. Tiada pilihan. Kereta dibawa suami ke tempat kerja. Payung besar ada di bonet.
Berbekal payung kecil merah jambu bercorak strawberi kepunyaan anakanda, langkah kaki laju menapak menuju ke sekolah Maira sambil melayan Insyirah yang becok bertanya itu ini.
Tepat seperti yang dijangka, hujan titik demi titik mula turun waktu tiba di bawah pokok depan sekolah.
Apa lagi, berlarianlah sambil mendukung Insyirah menuju ke tepi sekolah ada rumah yang sudah direnovasi, berbumbung tambahan dan bertangga untuk berteduh.
MasyaAllah. Hujan terus lebat seolah dicurah-curah melalui tempayan yang sangat besar dan penuh air. Kami berdiri di atas tangga, taklah basah kuyup terkena air.
Dalam pada itu mata ini nampak satu persatu kereta ibubapa yang lain menjemput anakanda masing-masing.
‘Ya Allah, harapnya kakak tak menangis.’
Lama menunggu hujan reda. Sampai Insyirah yang mulanya ceria menyanyi mula menghulur tangan minta didukung sebab sudah penat berdiri.
Rasanya lebih kurang 45 minit berlalu, hujan sudah tidak terlalu lebat. Tetapi payah juga jika mahu mendukung Insyirah sambil pegang payung dan dukung kakak juga sebab tak ada tempat berteduh depan sekolah. Basah jawabnya nanti.
Insyirah yang baru 2 tahun tersenyum mengangguk sambil menunjukkan isyarat ‘bagus’. Ummi positif, insyaAllah kejap je nak ambil kakak. Bukan jauh pun. Nanti lari cepat-cepat semula ke adik.
Berlarian ke depan sekolah yang cuma sejengkal. Nampak kakak di sebalik pintu kaca sedang duduk di kerusi. Mukanya nampak penat, sedih pun iya juga.
Sebaik melihat ummi, dia tersenyum lebar dengan mata bersinar.
‘Allahu, kesian anak ummi,’
Sementara menunggu dia menyarung kasut, melayan pertanyaan dan cerita cikgu, ‘dum!’ berdentum bunyi guruh.
“Terima kasih cikgu, maaf saya lambat ambil Maira,” kata ummi.
Kemudian bergegas mendukung Maira menuju semula ke adik Insyirah. Sambil itu mulut Maira pun becok bertanya kenapa lambat menjemputnya hari ini.
Di belakang rumah tadi, nampak adik didukung.
“Menangis dia takut guruh..” ujar insan yang baik hati menenangkan anak solehah. Beliau tuan rumah yang duduk di dapur dengar adik menangis, lalu mendukung adik. Sebaik nampak ummi mendekat terus makin laju esakannya.
Ummi menurunkan kakak di tangga. Lalu mengambil adik. Memujuk keduanya. Jiran yang baik hati meminjamkan payung yang lebih besar.
“Terima kasih banyak-banyak ya…” ucap ummi terharu kebaikan hati wanita itu. Berjalanlah sambil mendukung adik dan kakak. Jarak tak jauh pun dengan rumah tetapi bila mendukung kedua puteri rasa jauh pula tiba-tiba.
Fuhhhhh.. Dalam keadaan hujan yang masih renyai, Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke muka pintu rumah. Semput ummi mendukung hampir 30kg puteri-puteri solehah.
Masuk ke rumah, terus mandikan anak-anak.
Lepas itu contact suami. Bercerita panjang lebar tentang peristiwa sebentar tadi seperti tipikalnya para isteri- yang semua hal pun mahu bercerita dengan suami.
Panjang bercerita kisah lama tunggu hujan lebat di belakang rumah jiran sampai lenguh kaki.
“Sorry yang…” balas suami.
Si isteri terus menyambung lagi bercerita kisah Maira hampir menangis tunggu ummi di sekolah. Kisah anak seorang lagi menangis takut bunyi guruh. Dan tak dilupakan kisah ummi berlarian sambil mendukung anak-anak solehah yang boleh tahan beratnya.
Ting! Mesej masuk.
“TERIMA KASIH YANG…”
Zup!
Eh hilang sudah ayat panjang berjela-jela dalam kepala, yang rancak mahu bercerita lagi tadi.
Semput, penat tadi pun lesap juga. Tiba-tiba diganti rasa seronok seolah baru dapat perkhabaran gembira.
MasyaAllah….
Begitulah ajaibnya ucapan TERIMA KASIH dari seorang suami itu buat seorang isteri.
Simple sangat ayatnya. Namun besar sangat impaknya buat seseorang yang sayangkan kita.
TERIMA KASIH.
SORRY.
LOVE YOU.
Tiga ayat ringkas tetapi mampu mengubah emosi isteri sekelip mata. Fitrah wanita dia suka baca dan dengar kata-kata azimat seperti ini.
Sebab itu bila pasangannya ambil mudah, jarang mengucapkan kata-kata ini, mereka akan membebel, mereka memberontak, mereka marah. Muka mereka kelat.
Kerana apa? Sangka mereka kalian suami tak nampak dan tak pandai menghargai pengorbanan mereka.
Kalian tak sayang mereka.
Iya, kadang hal tersebut remeh sangat, seperti menyediakan makanan yang ringkas untuk makan malam, tetapi percayalah apabila ucapan penghargaan TERIMA KASIH suami ucapkan dengan senyuman, dalam hati mereka berbunga-bunga ibarat ladang Tulip KeuKenhof tahu?
Sebab apa? Sebab bagi wanita bergelar isteri, penghargaan suami itu juga adalah tanda cinta.
Dia suka nak dengar 3 ayat yang ringkas ini diucapkan kepadanya.
‘Terima kasih masakkan saya makanan.’
‘Terima kasih jagakan anak-anak.’
‘Terima kasih sebab tolong jemput anak-anak sekolah.’
‘Sorry susahkan sayang.’
‘Love you yang…’
Silap-silap tiba-tiba basah pipinya bila suami ucap kata-kata sebegitu.
Kalau kalian suami jarang ucapkan ayat-ayat ni, cuba lazimi mulai sekarang. Lihatlah sendiri kesannya bagaimana. InsyaAllah kalian akan nampak perubahan pada mood isteri, intonasi suaranya, layanannya pada anak-anak. Taklah asyik nak marah je memanjang.
Tak percaya cuba dulu.
Jujur, kiranya isteri asyik marah-marah, kurang senyum, asyik tak ada ‘mood’ , malas nak berbual, cuba koreksi diri. Mungkin itu kerana kalian sebagai suami terlalu jarang menunjukkan penghargaan melalui kata-kata.
Betul, isteri berkhidmat kepada suami dan anak-anak kerana inginkan redha Allah semata. Tetapi jangan lupa, mereka juga manusia biasa yang suka dibelai, dipuji, dipeluk, disayang. Emosi mereka memerlukan semua itu.
Mereka mengungkit kerana mereka terlalu mahukan kata penghargaan dari lelaki yang mereka cinta.
Kalau bukan dari suami mereka mengharapkan semua ini.. Siapa lagi kan?
Sayangnya kadang hal remeh sebegini ramai suami terlepas pandang hingga kadang isteri rasa dirinya ibarat pengemis yang meminta-minta.
Yang dikatakan para orang alim tentang hakikat suami perlu memberi nafkah batin, bukan semata bab jimak ya tuan-puan. Hal sebegini juga salah satu daripadanya.
Itulah dia, menggembirakan dan menenangkan hati isteri dengan kata pujian dan penghargaan. Kata sokongan dan kasih sayang.
Every woman deserves a man that will value her, respect her, that loves her and above all that will PROVE it to her.
Isteri yang dihargai akan menghargai. Isteri yang berasa aman tenteram hatinya akan mententeramkan dan menyejukkan hati suaminya. InsyaAllah.
After all marriage is about mutual respect, a healthy dose of admiration and never ending portion of love and grace. – Fawn Weaver
Intan Dzulkefli
Memori payung strawberi.
010419
#intandzulkefli
#notabaitulmuslim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pastinya mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Justeru, pelbagai cara didikan dan panduan diberikan kepada anak-anak supaya dalam menggapai kejayaan.
Usaha sahaja tanpa disusuli dengan doa pastinya tidak lengkap. Justeru, ibu bapa perlu mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Jom kita amalkan doa yang dikongsikan ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
4. Doa supaya anak rajin mengerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.