Tanyalah kepada mana-mana wanita, percayalah ramai yang mahu tampil cantik.
Memang sSifat dan naluri semula jadi setiap wanita pasti ingin kelihatan sempurna seadanya.
Dalam pada itu, ramai yang mengakui kecantikan bintang filem Bollywood. Biarpun berkulit gelap, namun memiliki kulit bersih dan cantik. Kecantikan mereka membuatkan kita tercari-cari apakah rahsianya.
Seorang pengguna facebook, Norafiza Mahmud telah berkongsi petua yang diamalkan oleh masyarakat India.
Katanya petua itu diperolehi daripada sebuah rancangan di televisyen yang hanya menggunakan dua bahan sahaka untuk mendapat kulit muka ‘glowing’ seperti pelakon Bollywood.
Tradisi masyarakat India atau kacukan mereka. Ini cik oya pernah tenguk di majalah 3. Bakal pengantin akan membuat tradisi naik seri wajah. Hari berinai mereka acara menyapu serbuk kunyit di muka. Naik seri pengantin katanya. Why not kan. Cik oya olah sedikit. Selamat mencuba.
Bahan-bahan
Kasturi manjal atau serbuk temu lawak dan telur.
*Serbuk kasturi manjal boleh cari di kedai India.
Ads
Bancuh sedikit menggunakan air biasa/ tapis. Selepas Itu campurkan sedikit putih telur.
Ada sedikit rasa pedih. Bau nya sama seperti temulawak. Cik oya Diamkan selama 15minit.
Hasilnya selepas 15 minit.
Ads
Wow, glowing!
Dalam pada itu, warganet teruja untuk membeli serbuk yang dikatakan di jual di kedai India. Siap ada yang memesan antara satu sama lain.
Ini satu lagi projek ibu dan anak boleh buat untuk mengisi waktu lapang sepanjang musim cuti sekolah ini.
Apa kata, kita buat inai untuk warnakan kuku bersama dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah kita.
Nak tahu bagaimana dan apa teknik penyediaannya, jom semak!
”Mak nak syer inai homemade yang mak buat siang tadi.Actually Uolls buleh jugak tanya pakcik Google…Cuma.., resepi ni mak dapat dari kawan Mak.Mungkin lain orang lain bahannya.. modal tak sampai 3 hengget..”– Rosdiana Dian
3 Bahan-bahan asas:
1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan byk2 takut panas… kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin..
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi).
Alternatif
Atau, sabun axion pun buleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).
3. Pewarna makanan kaler ceri merah. Ada yang pakei sirap. Hehehe.. ikut la nak kaler apa pun… oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).
Cara-cara bancuhan.
1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil.
Toksah campur air tau… Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan buleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar…
Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku macam kuitik tu (betoi ke mak eja). Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.
Sumber : Rosdiana Dian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam dunia yang semakin sibuk, dapur boleh menjadi tempat anak-anak belajar tentang hidup dengan lebih menyeronokkan dan menjadi lebih kreatif. Memasak bukan sekadar mengikut resipi dan menyediakan hidangan tetapi turut mengajar mereka tentang kepentingan memilih yang terbaik untuk diri sendiri.
Pemakanan seimbang memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang lebih aktif. Tambahan pula, setiap hirisan kecil dan setiap tumisan sederhana adalah langkah halus yang membina keberanian serta keyakinan dalam diri mereka.
Apabila anak-anak didedahkan kepada pemakanan seimbang sejak kecil, mereka belajar sesuatu yang lebih besar daripada sekadar membuat pilihan yang lebih sihat. Selain itu juga mereka dapat mempelajari teknik memasak yang mudah untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian. Dari sinilah lahirnya generasi yang membesar dengan sihat, kuat dan penuh cinta pada diri dan orang lain di sekeliling mereka.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah MAGGI® memandang potensi yang ada pada pelajar sekolah menengah yang sedang melalui perubahan fasa hidup, dari alam kanak-kanak meningkat dewasa. Di pertengahan fasa kehidupan inilah, para remaja banyak belajar dan mengadaptasi.
Jenama yang diyakini ramai ini percaya pengetahuan dan kemahiran hidup ini juga terbentuk melalui pengalaman mereka ketika menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC). Lebih menarik, kemahiran memasak para peserta ini diteruskan melalui bengkel interaktif khas untuk membuka ruang pembelajaran kepada mereka.
MSSCC yang kini memasuki tahun ke-28 bukan sekadar pertandingan tetapi sebuah perjalanan membentuk remaja menjadi tukang masak muda yang berkeyakinan. Nilai yang dibawa melangkaui dapur: pemakanan seimbang, kreativiti, kerjasama dan kemahiran hidup yang kekal relevan sehingga dewasa. Melalui bengkel lanjutan ini, MAGGI® memastikan pembelajaran tidak terhenti walaupun tirai pertandingan sudah pun dilabuhkan.
Bengkel sehari ini menghimpunkan lima pasukan pemenang MSSCC 2025, cef profesional dan pakar pemakanan Nestlé untuk sesi demonstrasi dan aktiviti amali umpama suasana anak-anak belajar di rumah bersama ibu ayah di dapur.
Di dalam bengkel memasak tersebut, para peserta dapat belajar pelbagai panduan mudah dan praktikal untuk merancang hidangan seimbang. Menurut Pakar Pemakanan Nestlé, sangat penting untuk mengamalkan pemakanan seimbang untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan diri terjamin dan potensi diri dapat diserlahkan dengan lebih baik.
Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat belajar resipi yang ringkas, seimbang dan pastinya enak dari Cef Sharifah Hamidah iaitu Cef Residen MAGGI®.
“Bengkel pada hari mengumpulkan kembali Top 5 peserta MSCC dan kita kongsikan tip memasak kepada mereka. Antaranya perkara asas dalam memasak seperti cara potong bawang dan sebagainya.
Selain tu ada juga cef selebriti dan pakar nutrisi dari pihak kami untuk berkongsi pengetahuan kepada para peserta. Selain itu ada juga praktikal memasak bersama mereka. Jadi bengkel hari ni memang menarik.”
Kata Cef Selebriti iaitu Cef Naem Ramli, latihan secara konsisten akan menjadikan seseorang itu jadi lebih mahir. Melalui sesi demonstrasi bersama chef hebat itu, para peserta berasa terinspirasi kerana dapat belajar untuk mengukuhkan asas dapur dari teknik memotong hingga penyediaan makanan agar mereka lebih yakin memasak sendiri.
Menurut bekas Juara MSSCC 2016, Cef Arif, banyak yang dia belajar sepanjang perjalanannya menyertai pertandingan ini dahulu sehingga membuka ruang kepada dirinya untuk menjadi Cef Profesional. Tambah Cef Arif, setiap ilmu yang dipelajari sepanjang MSSCC digunakan ketika memasak dan menjadikan dirinya lebih cekap di dapur.
“Pada waktu saya sertai MSSCC dulu pada tahun 2016, cikgulah yang banyak beri galakan. Ketika itu saya diberitahu masak bukanlah sekadar memasak tapi sebenarnya boleh cungkil kemahiran dan teknik memasak. Pertandingan ini unik kerana ada cabaran misteri yang mencabar diri kita.
Banyak nilai yang saya belajar dari pertandingan ini antaranya kerjasama dengan kawan, belajar teknik memasak, kaedah mengasah pisau dan juga cara mengatur masa.”
Semua peserta bengkel tampak teruja dengan perkongsian dari cef dan pakar pemakanan. Salah seorang peserta yang mengikuti bengkel ini, Muhammad Amsyar Haikal dari SMK Belara, Kuala Terengganu, berkongsi rasa gembira kerana terpilih untuk sama-sama belajar pelbagai ilmu baharu bersama MAGGI®.
Bukan sekadar belajar asas di dapur seperti penggunaan pisau dan sebagainya namun dapat melatih diri menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan resipi.
“Benda baharu yang saya dapat hari tentang persahabatan dan masak bersama cef profesional. Teknik yang saya belajar hari cara menyiang ayam dan ikan dengan cara yang mudah. Saya juga dapat belajar cara ‘pecahkan’ ayam seekor kepada beberapa bahagian. Saya sangat bangga dan teruja dapat berjumpa dengan semua cef jemputan dan saya juga berpeluang untuk masak lontong goreng dalam bengkel ni.”
Ternyata bengkel masakan anjuran MAGGI® ini bukan sahaja membuka mata para peserta tentang dunia masakan bahkan memberi pendedahan kepada mereka untuk menjadi lebih mahir di dapur dengan perkongsian ilmu dari semua chef dan pakar pemakanan.
Melalui usaha berterusan seperti MSSCC, MAGGI® terus komited membentuk generasi masa depan yang bukan sahaja mampu memasak, tetapi juga peka, berpengetahuan dan yakin untuk membawa amalan pemakanan seimbang pulang ke rumah, keluarga dan komuniti.
Beri galakan kepada anak-anak untuk serlahkan minat memasak mereka. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai MSSCC tahun hadapan, mana tahu anak-anak kita pula yang menjadi Juara nanti!
Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® MSSCC 2025, sila layari:https://www.maggi.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini pernah tular tentang wanita hebat, Norfarrah Syahirah Shaari yang mampu menguruskan kehidupan sendiri termasuklah memandu kenderaan walaupun tidak mempunyai kedua-dua belah tangan.
Dia yang sudah bertemu jodoh dengan kekasih hati, Zulfadli Syahrul pada Julai lalu telah mendapat ucapan tahniah serta masing-masing mendoakan kebahagian pasangan tersebut.
Baru-baru ini, Norfarrah ada memuat naik satu video di aplikasi Tiktok miliknya yang memaparkan dirinya dan suami sedang makan di dalam kereta.
Apa yang membuatkan ramai terharu adalah setiap kali wanita itu makan akan disuap oleh suaminya dan kapsyen Norfarrah yang mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana telah sudi menjadi ‘tangannya’ apabila menyuapkan makanan serta tidak kisah berkongsi juadah bersama-sama.
“Terima kasih suami berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku…Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata tersentuh melihat si suami menyuap isterinya dan akui turut terharu dengan kebahagiaan yang dikecapi pengantin baru itu. Mereka juga turut menitip doa buat pasangan ini kekal bahagia selamanya.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2023 di Bagan Datuk, Perak. Difahamkan, mereka telah pun berkenalan sejak setahun yang lalu dan mengambil keputusan bergelar suami isteri selepas masing-masing ikhlas menerima pasangan mereka seadanya.