Cheese cake gebus gebas
Saya lebih suka guna cheddar cheese instead of cream cheese kalau buat kek. Rasa lebih creamy, sedap bangat gitu.
Mlm tadi tiba-tiba teringin nak mkn cheesecake.Cheddar cheese yg block tu tak ada. Buka peti ais jumpa slice cheddar cheese.Boleh lah, asalkan cheese.
Guna apa yg ada, Kita yg buat dia.
Nah resepinya:
Bahan-bahan
Loyang 4 segi saiz 8″ atau 9″.
Preheat oven suhu 160c
Sapu butter pd loyang Dan lapik baking paper.
Bhn kuning telur
250gm cheddar cheese*
(Boleh guna yg block ataupun saya guna yg slice sebyk 12 keping)
80gm butter*
260gm full cream milk*
50gm tpg gandum
40gm tpg jagung
2 sdt jus lemon
1 sdt esen vanilla
6 kuning telur grade A
Cara membuatnya
Bhn bertanda * dimasukkan ke dlm satu bekas tahan panas, contohnya stainless steel ataupun kaca.
Letak bekas tersebut di atas periuk yg airnya sedang mendidih.Kita panggil teknik double boiling.Biarkan bhn2 cair dan larut.Kacau sebatikan.
Angkat dari api, masukkan tpg gandum dan tpg jagung yg telah diayak.Sebatikan dgn handwhisk.Masukkan kuning telur, jus lemon Dan esen vanilla.Ketepikan.
Bhn meringue
6 putih telur
1 sdt jus lemon
160gm gula caster
Masukkan putih telur dlm bekas yg bersih tanpa sisa minyak ataupun air.
Pukul dgn kelajuan perlahan hingga berbuih.Masukkan jus lemon.Pukul lagi hingga berbuih halus, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga adunan kental.Terbalikkan bekas dan adunan tak jatuh atas kepala.
Step ni penting supaya kek menjadi gebu.
Masukkan meringue dlm 3 peringkat ke dlm adunan kuning telur sambil dikaup balik perlahan dgn spatula.Hentak manja2 bekas supaya dpt pecahkan udara dlm adunan.
Masukkan dlm loyang.Bakar secara loyang diletakkan dlm air panas.Kaedah bain marie namanya (boleh googe kalau x faham).
Bakar selama 1 jam 30 minit.40 minit pertama dgn suhu 160c, selebihnya suhu 150c.
Dah masak, off kan oven.Keluarkan loyang air panas.Buka sedikit pintu oven dan biarkan kek berada satu jam dlm oven atau hingga agak suam baru keluarkan.Utk elakkan kek merekah.
Saya malam tadi keluarkan terus jer, mengantuk.Ok jer x merekah.
Selamat mencuba!