Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran.
Tidak ketinggalan barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Mungkin ada antara ibu-ibu yang bosan melihat peti sejuk nampak ‘togel’ tidak berbalut. Jadi bagi yang kreatif mereka menampal kertas dinding atau wallpaper untuk menampakkan ia lebih menarik.
Wallpaper ditampal pada dinding untuk mencantikkan dinding. Apabila siap dipasang, wallpaper dapat memberi impak atau tekstur yang berlainan daripada cat. Tetapi jika ditampal pada barangan elektrik, ia boleh mengundang bahaya . Nah baca perkongsian ini sebelum anda mencantikkan peti sejuk di rumah.
USAH PASANG KERTAS DINDING PADA PERALATAN ELEKTRIK.
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Sumber info: Public Health Malaysia
Resipi Jejari Kentang Viral. Kudapan Ringkas, Sedap & Rangup Buat Anak-Anak. Krup Krap Bunyinya!
Resipi yang cukup ringkas tapi membuka selera anak-anak di rumah. Sesuai sangat buat ibu-ibu yang pening apa nak disediakan buat anak-anak lebih-lebih lagi cuti sekolah ni kan. Apa kata buat Jejari kentang Viral ni. Mudah, ringkas tapi sedap.
Kentang Viral sempena cuti sekolah…. Ranggup2 je krup krap bila makan… Mula2 anak ckp tak nk makan sekali dia rasa… Asal sedap sngat ni ummi… Nnti buat lagi ya🤣… Itulah jngan cepat menolak bila ummi masak…
KENTANG VIRAL
————_—————
Resepi
————-
💚Kentang 4 biji..rebus/kukus
💚5 sudu besar tepung jagung
💚1 sudu besar tepung beras
💚Carrot
💚Daun sup
💚Cili merah besar
💚Susu full cream/fresh
💚Garam sedikit je jika perlu
Cara membuat:
❤️Kentang rebus atau kukus.. Lepas tu lenyekkan…
❤️Hiris halus daun sup, carrot dan cili merah…
❤️Masukkan tepung jagung dan juga tepung beras.. Gaul semua bahan bagi rata
❤️Jika nmpak adunan berderai masukkan susu full cream/fresh dlm adunan sehingga dapat doh yg senang di bentuk…
❤️Gelek2 kan atas dulang dan potong mcm dlm gambar ( jika takut melekat alaskan plastik)
❤️Goreng seperti biasa… Pasti kan minyak jngan terlampau panas masa letak kentang ni… Sbb nnti dia akan mengelembung dan tak garing… Api kecil je ya… Dan balik2 kan selalu…
💕Bila goreng dgn cara yg betul akan dpt hasil yg ranggup krup krap😊😍
Sumber :Sha Roziah Al Yahya
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kanser Bukan Sakit Biasa, Rawatan Alternatif Tak Salah Tapi Jangan Tinggalkan Temujanji Doktor!
Menerima kenyataan disahkan menghidap sakit kanser oleh doktor memang payah. Sesiapa pun pasti terasa tidak kuat saat berdepan dengan situasi ini.
Disebabkan rasa tidak percaya itulah ramai diantara kita yang lebih senang memilih rawatan altenatif, tidak kurang juga berjumpa dengan pihak tertentu yang dikatakan dapat memulihkan keadaan ini.
Kata Doktor Hj. Ezairy M.Sallih, sebenarnya tak salah untuk kita mencuba rawatan altenatif pada permulaannya. Akan tetapi temujanji dengan hospital dan semua yang disarankan oleh doktor jangan pula diabaikan. Ini penting!
Cerita dari doktor kita ni memang menyentuh hati. Sama-sama ambil ikhtibar.
“Darah dalam badan isteri awak ni rendah sangat… sangat rendah.. dia memang akan saya tahan di wad,”
“Buatlah apa yang terbaik pada doktor, saya ikut saja,”
Saya belek-belek rekod lampau pesakit ini. Umur tiga puluh empat tahun. Known case of breast cancer, planned for chemotherapy and referred to oncology in february…hmmm..”
Saya menghela nafas panjang. Saya teruskan pembacaan secara ringkas.
“She was given appoinment to see onco team in March.. but she didnt turn up.. defaulted!!”
Saya segera ke katil pesakit. Saya dapat lihat beberapa pesakit lain turut sedang di rawat di zon kuning. Semua tidak stabil.
“Encik, saya baca rekod isteri… nampaknya kami pernah jumpa isteri encik pada februari lepas. Kami bagi temujanji dengan doktor
bahagian onkologi. Kenapa tak datang ya?”
Saya sekadar mahukan kepastian.
Lelaki itu tertunduk. Dia hela nafas dalam- dalam…
—————————————-
“Isteri kamu ni kena buatan orang, nasib baik cepat dibawa berubat,”
Otak yang berserabut terasa lega. Seakan ada ‘penawar’ yang dapat menyembuh. Seolah ada sinar di hujung jalan. Seakan ada pintu di hujung lorong yang sangat gelap.
“Alhamdulillah, kalau macam tu…boleh ke ubatkan isteri saya ni tok,”
Lelaki itu banyak berdiam. Sekali kali mulutnya terkumat kamit. Tak jelas kedengaran bacaannya. Sukar sangat untuk difahami.
Sekali kali dilihat ia menghembus hembus nafasnya. Sekali kali menggeleng geleng. Sekejap kejap terangguk angguk.
“Jangan dibuat apa- apa dengan isteri kamu ni. Aku akan berikannya air penawar, minumlah.. ”
Saya menghela nafas panjang.
“Astaghfirullahal’azim…”
“Tak apalah, encik. Buat masa ini saya kena selamatkan isteri encik. Keadaannya sangat tak stabil sekarang,”
“Kami akan upgrade dia ke zon merah selepas ini,”
“Dr Ezairy, kami baru dapat call dari blood bank. Darah patient ni tak boleh transfuse dulu. Ada antigen yang incompatible. So blood bank minta kita withold dulu,”
Panggilan salah seorang doktor di jabatan kecemasan itu benar- benar mengganggu saya.
” Hb is only 2.8 and they asked us to hold the transfusion??” “They said they will try to get it as soon as possible,” Kriing.. kringgg…. kringgg
“Helo hi Dr Ezairy. Dr Nabihah here. I just want to update you that we now are able to get 1 pint packed cell for your patient, and we will try to get another pint tonight,”
“Huh…Saya merengus sendiri. Once stable, admit this patient…” pendek arahan saya.
————————————-
Keesokan harinya saya lihat keadaan pesakit dengan lebih dekat. Saya luangkan sedikit masa untuk menyelami keadaan pesakit dan keluarga.
“Kami ada empat orang anak doktor.. yang sulung enam tahun.. paling kecil baru dua tahun,” ujar si suami. Dia nampak tabah.
Dari sehari ke sehari keadaan pesakit semakin tidak stabil. Daripada hanya memerlukan oxygen nasal prong 3 litre, sehingga memerlukan oxygen maximum high flow mask.
Beliau nampak tercungap cungap ketika saya melakukan rondaan bersama doktor yang lain.
“Daripada x-ray yang kami buat, besar kemungkinan sel-sel kanser itu dah merebak ke bahagian tulang-tulang dan paru-paru, sebab itu juga isteri awak nampak susah untuk bernafas..”
“Kalau rasa nak bawa ahli keluarga atau anak anak, bolehlah bawa. Kami izinkan..”
Saya boleh lihat keempat-empat anaknya sudah berada di sisi si ibu. Ya… si ibu yang sedang berjuang mempertahankan kudrat dan nyawa yang terdaya.
Air mata menitis di atas pipinya. Kesemua anak anak kecil itu tak mengerti apa- apa. Wajah mereka kosong. Tak ada apa-apa kata yang mampu terluah.
Hanya pilu dan bermacam macam perasaan yang bercampur- baur di saat itu. Saya tinggalkan mereka sekeluarga sekitar jam lima petang.
————————————-
Saya kembali ke wad membuat rondaan pagi sebagai rutin harian pada keesokan harinya. Katil bernombor sembilan kosong…
Tiada pesakit. Hanya sebuah bantal dan cadar putih bersih sahaja di atas katil itu.
Nama pesakit juga telah dipadam. Saya segera periksa dokumen- dokumen pesakit.
“Innalillahiwainna ilaihirajiun…” DaripadaNya kita datang
KepadaNya kita juga kembali..”
1. Tidak salah untuk kita mencari dan menemui apa apa juga rawatan alternatif selagi ianya boleh mendatangkan kesembuhan… InshaaAllah.
2. Namun jangan sekali kali ditinggal rawatan dan temujanji di hospital.
3. Ingatlah sentiasa insan insan serta orang yang sentiasa menyayangi dan amat memerlukan kita.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.
[Al Jumu’ah:8].
****************************************
** Saya pernah kongsi kisah ini sebelum ini. Tiba-tiba rasa ramai lagi antara kita yang perlukan kesedaran. Bantulah mereka, kalau bukan kita , siapa.
Dr. Hj. Ezairy M.Sallih
Hidup untuk memberi jauh lebih bererti walau kita belum cukup sempurna.
Kredit: Dr. Ezairy M.Sallih
“Tayang Sedekah Bukan Riak Tapi Nak Ajak Orang Lain Sama-Sama Dapat Pahala.” Ben Ali & Isteri Sumbang RM40K Untuk Palestin!
Penderitaan rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel mendapat perhatian ramai. rata-rata meluahkan rasa marah dengan tindakan Israel tersebut.
Jika baru-baru ini Khairul Aming dan MUA Bellaz tampil memberi sumbangan, kini giliran usahawan dan pelakon Ben Ali pula tampil menyumbang RM40,000 kepada tujuh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Sumbangan tersebut dibuat bagi membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat Palestin.
Menurut Ben atau nama sebenarnya Nurali Nadzwan dalam satu perkongsian menerusi Harian metro, sumbangan itu diperoleh hasil jualan produk Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah. Ini adalah hasil pembelian pelanggan dan juga berkat izin Allah SWT.
‘Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura. Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.
“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya.
Selain memberikan sumbangan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, Ben turut berkongsi aktiviti amal dia dan isteri mulakan sejak Ramadan lalu.
“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya. Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.
“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan Allah SWT,” katanya.
Sumber: Harian Metro & bena1i
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club