Ada antara kita kebiasaannya selepas menjamu selera, mula terasa ingin makan makanan manis sama ada kek atau coklat. Keadaan ini jika dibiarkan akan menjejaskan kesihatan.
Rupanya keadaan ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Malah ada cara untuk mengelak daripada ia menjadi habit yang membantu kita kekal sihat.
Ikuti penjelasan oleh pakar bioteknologi Magaret Sivapragasam menerusi group Makmal Makanan (MaMa).
Teringin makanan manis selepas makan? Rasa bersalah? Ini sebabnya!
1.Selepas makan, tubuh badan menggunakan tenaga yang banyak untuk melalui proses penghadaman. Disebabkan itu, badan menginginkan lonjakan tenaga dari sumber segera seperti gula.
Ads
2.Diet rendah protein akan mencetuskan keinginan pada makanan manis. Makanan yang kaya dengan protein dapat memperlahankan pengaliran gula ke saluran darah dan jika protein tidak diambil secukupnya, kadar gula dalam darah akan meningkat dan menurun pada kadar yang tidak normal. Ini menyebabkan badan anda menginginkan makanan manis untuk tenaga segera. Apabila makanan yang diambil tidak mempunyai nutrien yang seimbang dan hanya mengambil makanan yang tinggi karbohidrat, kadar gula dalam darah akan meningkat tinggi dan cepat menurun selepas makan. Ini menyebabkan badan menginginkan makanan manis untuk meningkatkan tahap gula dalam darah.
3. Kajian menunjukkan mereka yang biasa mengambil makanan yang tinggi gula dan lemak boleh membawa kepada perubahan neurokimia di dalam otak di mana ianya memberikan respon kepada mereka untuk menginginkan makanan manis. Sentiasa ingin manisan adalah berpunca daripada tabiat dan kebiasaan di mana jika anda sentiasa mengambil makanan manis selepas makan anda tidak akan berasa puas jika tidak memenuhi keniginan tersebut.
4.Otak akan diaktifkan sistem ganjaran apabila makanan bergula di ambil. Di mana proses ini merembeskan hormon gembira seperti opioids dan dopamine. Mengambil makanan manis sentiasa dikaitkan dengan perasaan positif yang menyebabkan individu bermotivasi untuk terus menginginkannya.
Tip untuk mengurangkan keinginan makanan manis selepas makan.
Ads
1.Pastikan anda mendapatkan nutrien dan kalori yang secukupnya setiap hari. Cuba untuk menyediakan makanan yang mempunyai protein, lemak sihat dan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh.
2.Gosok gigi selepas makan. Mengunyah gula-gula getah tanpa gula juga membantu.
Ads
3.Pilih buah-buahan segar atau kering yang mengandungi nutrisi dan pemanis semulajadi untuk memenuhi keinginan kepada makanan manis.
4.Mengambil makanan manis dalam sarapan pagi juga boleh mengurangkan keinginan kepada makanan manis untuk seharian.
5.Mengidam akan makanan manis adalah fenomena semulajadi. Ianya okay untuk mengendahkannya supaya anda tidak terlalu bergantung kepadannya jika tidak ianya akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan.
Bawang putih yang menjadi antara bahan wajib dalam masakan untuk memberi aroma dan rasa pada masakan, diakui juga semamangnya bermanfaat dalam penjagaan kesihatan. Ini kerana antara khasiatnya ia mampu menjadi antibiotik semulajadi bagi meningkatkan imunisasi tubuh. Dikatakan juga, sebaiknya dimakan mentah untuk kesan yang optimum.
Pun begitu, jika tidak ‘lalu’ dengan rasa dan baunya untuk dimakan mentah, boleh juga mencuba petua yang dikongsikan oleh Myra Chaqkey yang amalkan makan bawang putih yang dimasak semasa menanak nasi.
Ujarnya, “Musim-musim sekarang boleh la amalkan masak nasi letak bawang putih.
Bawang putih tak perlu buang kulit. Basuh bersih-bersih. Agak-Agak Nasi nak kering baru letak bawang putih( kenapa tak buang kulit untuk elakkan bawang terlalu lembik)”
Bawang putih Antibiotik Semulajadi
Berkongsi pengalaman bagaimana mula mengamalkan petua makan bawang putih ini, menurutnya dia pernah mengalami batuk yang teruk semasa mengandung dan setelah amalkan pelbagai cara,nyata berkesan dengan bawang putih.
“Pengalaman saya sendiri dulu masa mengandung saya batuk memang teruk. Macam-macam ubat, macam-macam petua saya cuba.
“Saya ternampak 1 post dekat FB cakap masak nasi letak bawang putih. Alhamdulillah batuk saya beransur pulih. Tapi hampa jangan makan banyak sangat, nanti panas badan tu. Cukup 2-3ulas 1hari.
“Anak- Anak saya ambil 1 ulas gaul dalam nasi. Rasa macam ubi rebus”
Semoga Memberi manfaat untuk semua.
Baru-baru ini, penyanyi lagenda Datuk Nash Lefthanded telah menyambut ulang tahun kelahiran ke 63.
Penyanyi, Datuk Nash Lefthanded yang baharu menyambut ulang tahun kelahiran ke-63 bersyukur masih dikurniakan kesihatan yang baik serta kudrat untuk terus bekerja.
Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias bersyukur masih dikurniakan kesihatan yang baik serta kudrat untuk terus bekerja. Dia memang mementingkan kesihatannya termasuk tidak mengambil minuman berais serta melakukan senaman pijak rumput sejak lebih 10 tahun lalu.
“Apabila mendapat ucapan bertalu-talu menerusi mesej media sosial dan telefon, saya rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah saya masih bertenaga dan sihat hingga kini terutama sebagai penyanyi.
“Untuk penyanyi lagu bernada tinggi seperti saya, tenaga itu sangat penting. Saya ingin kongsi tips di mana sebaik selesai solat Subuh, pergi berjalan dengan berkaki ayam di atas rumput untuk menyerap tenaga.
“Selain itu, pengambilan ais juga sangat tidak baik untuk sesiapa pun. Tipulah saya tak ambil tapi bila ada masa yang saya mengidam sangat saja. Saya amalkan ini sudah lebih 10 tahun,” katanya.
Nash ditemui di sidang media program Getaran Jiwa terbitan TV Sarawak (TVS) di mana beliau dilantik sebagai juri tetap program itu.
Dalam pada itu, ini antara kebaikannya yang pasti anda akan terkejut apabila mengetahui kelebihan berkaki ayam atau ‘earthing’ semasa berjalan.
– Tidur Malam Akan Bertambah Baik
Journal Altenatif Perubatan Amerika menyatakan orang yang mengalami masalah tidur akan lebih baik sekiranya melakukan perkara ini. ‘Barefoot’ dipercayai menstabilkan pengaliran tekanan darah pada kaki dan seterusnya akan mengubati seseorang untuk tidur dengan baik.
– Menguatkan Sistem Imunisasi
Dalam laporan komprehensif yang diterbitkan dalam Journal of Environmental and Public Health, para penyelidik mendapati bahawa berjalan kaki tanpa kasut sebenarnya dapat menurunkan jumlah sel darah putih dan meningkatkan jumlah sel darah merah, menunjukkan tindak balas imunisasi yang positif.
– Melonggarkan Otot Yang Tegang Dan Menghilangkan Sakit Kepala
Seorang atlet akan berjalan kaki tanpa kasut di atas padang rumput kerana untuk mengelakan kesakitan otot selepas melakukan senaman fizikal.
Jadi walaupun anda bukan seorang atlet, anda juga disarankan untuk melakukan hal ini kerana anda menggunakan kaki sepanjang untuk berjalan melakukan kerja sehinggakan kaki anda tidak mempunyai masa untuk berehat.
Hal ini juga akan mengakibatkan anda mudah pening kepala. Apabila anda melakukan perkara sihat seperti ini mungkin penyakit anda dapat berkurang.
– Mengurangkan Kemurungan
Apabila anda berjalan kaki tanpa kasut di rumput membantu anda mengurangkan masalah kemurungan sebanyak 62 % dan meningkatkan tahap hormon positif dalam badan anda.
– Membantu Meningkatkan Tenaga
Ramai orang menyedari bahawa apabila melakukan senaman ini akan menigkatkan tenaga dan melawan keletihan sepanjang anda bekerja. Ini boleh menjadi satu kesan sampingan untuk tidur yang lebih baik tetapi juga disebabkan oleh peningkatan hormon dan tahap keradangan yang lebih rendah.
Kembimbangan dan keperihatinan terhadap penularan Covid-19 tentunya boleh menyebabkan sesiapa pun akan mudah berasa curiga jika kesihatan diri terganggu.
Adakah itu deman biasa atau petanda telah dijangkiti. Tidak mahu terus dibelenggu dengan teka teki tersebut, ada yang terus ingin membuat saringan di hospital.
Pun begitu, sebelum pergi hospital doktor ini kongsikan macam mana hendak check Covid 19. Sila take note.
INI PERKONGSIANNYA
RASA NAK KE HOSPITAL LAH, NAK CHECK COVID19.
Anda risau anda dapat #COVID19 ?
Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan?
ANDA BAGUS SEBAB ANDA CONCERN PASAL KESIHATAN ANDA DAN ORANG SEKELILING ANDA.
TAPI TUNGGU DULU.
Kami sayang anda.
Kami tak mahu anda yang SEBENARNYA SIHAT / TAKDE COVID untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
JADI, jawab soalan-soalan di bawah SEBELUM anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.
1. Anda ada flu symptoms?
(Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak)
– kalau ya, 1 poin
– kalau ada salah satu saja, tak dikira ya
2. Anda ada pergi ke mana-mana Negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?
– china, south korea, japan, italy, iran, etc
(Sila check full list negara-negara terlibat, ni contoh negara yang ada jumlah kes tertinggi sahaja)
– join tabligh sri petaling, church di sarawak, atau anda dengar melalui berita bas yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit +ve COVID
– kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA
– kalau ya, 1 poin
3. Anda ada close contact dengan sesiapa yang anda tahu positif COVID?
– close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc
– contact yang tak dikira:
contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun org tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(+anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
– Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di Hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
– Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing2. Tak sepatutnya dia berjalan2 di tempat awam.
– Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA
– jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point
———————————————————— KEPUTUSAN. KALAU ANDA ADA:
0 point
– anda berisiko rendah dijangkiti covid
– duduk diam2 kt rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jgn ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.
1 point
– anda berisiko sederhana dijangkiti covid
– duduk diam2 di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)
2 dan 3 points
– anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
– anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
– pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
– pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil taknak check, kesian kt ahli keluarga anda.
Pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:
1. Symptoms ada sejak bila
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
3. Siapa positive COVID contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc)
Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat COVID adalah rendah sebab COVID hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.
————————————————————
Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID19 di HOSPITAL.
Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit2 bersesak2 menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID19 secara tak sengaja.
Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.
KKM buat begitu untuk:
1. mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
2. mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam2 di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID19 ini.
Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan.
Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.
KAMI AKAN TERUS PERGI KERJA UNTUK MEMBANTU ANDA. ANDA DAPAT MEMBANTU KAMI DENGAN DUDUK DIAM DI RUMAH.